Khamis, 24 Mac 2022

Zul Tawa Cendol Sungai Dua


 Kali ni saya nak bawa anda ke satu tempat makan baru di Sungai Dua Butterworth. di Pulau Pinang ini memang terdapat ramai yang menjual cendol tapi rasanya tak banyak yang betul betul sedap. motor yang sedap yang pernah saya Sebutkan sebelum ini adalah cendol maklom, teow chew Chendol kat Penang road dan juga cendol ais tingkap. cendol maklum pula saya tak pasti sekarang ni sebab selalu saya pergi tutup. saya tak pasti sama ada dia tutup sebab memang dah tutup terus ataupun saya dan lambat tadi tutup sebab cendol dah habis. 

 maka semenjak cendol maklom ditutup maka saya selalu pergi ke merata tempat untuk mencari cendol. Banyak juga tempat yang saya dah cuba tapi saya segan nak tulis dalam blog mungkin sebab tak kena dengan citarasa saya. satu hari saya order Pizza Hut di Sungai Dua Butterworth. Saya tak makan disitu sebaliknya saya take away. sementara saya menunggu tiga siap saya ternampak satu penjaja berdekatan. saya perasan penjaja ni dah lama cuma tak ada kesempatan nak singgah lagipun tak ramai yang singgah makan sini.
 Sementara pizza nak siap saya pun singgah ke sini untuk menikmati cendol. Selain cendol ada juga laksa dijual di sini. Waktu saya datang ada seorang saja yang makan cendol sini. Saya pun memberanikan diri order cendol biasa. gaya saya masa tu seolah-olah macam dah biasa datang ke sini. dua minit kemudian datanglah cendul yang saya pesan. rupanya pun dah amat menyelerakan. bila di kacau gula merah yang pekat dalam cendol tu makin terasa nak makan dah bila nampak warnanya cantik naik ke bahagian atas. Rupanya cendol biasa ada kacang merah. saya pun mula makan dan tak tahu nak katalah dia punya sedapnya. memang sedap betul.

 Menyesal pula sebelum ni nampak tapi tak singgah langsung. orang putih kata "Don't judge book by its cover". Ya betul jangan anggap tempat ni tak ramai orang maka rasanya tak sedap. Cuma orang je yang tak tahu. selepas makan saya pun membuat bayaran. saya terkejut Sebab harganya adalah RM2 sahaja. mana nak cari cendol sedap tapi murah macam ni? Semenjak dari itu kami selalu Bungkus bawa balik. Anak-anak saya yang asalnya tak makan cendol pun sekarang sudah makan cendol. Dulu bungkus bawa balik satu saja sekarang kena bawa balik tiga bungkus.

  sila share dan komen jika anda pernah sampai ke sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan