Tujuan ambil insurans untuk pinjaman perumahan ni adalah bertujuan sebagai jaminan terhadap bank jika berlaku kematian ataupun hilang keupayaan di pihak peminjam. Jika berlaku kematian pihak insurans akan melangsaikan semua hutang bank berdasarkan jadual yang telah dipersetujui di peringkat awal. Kita kena ingat perkataan reducing yang terdapat dalam MRTT. Tahun demi tahun perlindungan insurans yang diberikan akan berkurangan berdasarkan unjuran baki pinjaman perumahan tersebut. Kita kena ingat bahawa pinjaman perumahan mempunyai kadar faedah yang boleh berubah, dan perubahan ini mungkin akan memberi kesan kepada baki pinjaman perumahan tersebut.
Jika pihak insurans telah melangsaikan semua baki hutang si peminjam, ini bermakna rumah yang diduduki itu telah menjadi hak milik sepenuhnya si peminjam tadi. jika kadar faedah adalah tinggi daripada jangkaan pihak insurans, kemungkinan ada baki yang masih harus diselesaikan oleh waris peminjam. Begitu juga untuk kes peminjam yang mungkin lewat bayar dan dikenakan interest yang lebih tinggi. Jika ini berlaku bermakna baki pinjaman pun akan lebih tinggi dari jangkaan
Sebenarnya kita ada satu lagi pilihan yang dipanggil MLTA ataupun MLTT. MLTA adalah singkatan bagi mortgage level term assurance dan perkataan level itu membawa maksud nilai perlindungan yang diberikan adalah sama sehingga tamat tempoh. Seperti di atas membawa maksud Takaful dan adalah versi Islamik kepada insurans konvensional. Ini semestinya lebih bagus daripada mrta tadi sebab waris anda tiada risiko untuk perlu tambah atau sambung bayar rumah tersebut jika anda meninggal ataupun hilang upaya kekal.
Selain itu MLTT juga boleh diambil dalam bentuk life insurance ataupun life Takaful. ini betul-betul membantu terutama kepada golongan muda yang lambat lagi membeli rumah. anda boleh mendapatkan perlindungan Takaful dengan bayaran yang rendah di awal umur 20-an dengan pampasan yang sama harga dengan sebuah rumah. jika berlaku sesuatu terhadap tanda contohnya kematian ataupun hilang upaya kekal dan ada juga baru berkahwin, Waris anda boleh terus dapat pampasan dan boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli rumah secara tunai.
Jika ditakdirkan anda meninggal di usia 55 dan mungkin ketika itu anda hampir melangsaikan pinjaman perumahan anda, wang pampasan akan digunakan untuk melangsaikan baki pinjaman perumahan dan selebihnya boleh digunakan oleh waris untuk tujuan meneruskan kehidupan. ini berbeza dengan mrta dimana keluarga ataupun Waris hanya mendapat rumah sahaja. Sedangkan jika anda iaitu tonggak keluarga meninggal sudah tentu lah keluarga anda perlukan ruang untuk teruskan kehidupan juga. tahun dan mungkin ketika itu anda hampir melangsaikan pinjaman perumahan anda, Wang pampasan akan digunakan untuk melangsaikan baki pinjaman perumahan dan selebihnya boleh digunakan oleh waris untuk tujuan meneruskan kehidupan. ini berbeza dengan mrta dimana keluarga ataupun Waris hanya mendapat rumah sahaja. Sedangkan jika anda iaitu tonggak keluarga meninggal sudah tentu lah keluarga anda perlukan ruang untuk teruskan kehidupan juga.
Sebagai perbandingan saya lampirkan carta bawah untuk memberi pemahaman yang lebih kepada anda dan jika ada soalan tambahan anda boleh terus menghubungi 0164449278. ini adalah saat penting untuk anda memilih yang mana satu lebih sesuai untuk anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan