Jika anda membeli rumah bersama isteri, dan lokasi tempat kerja anda dan isteri adalah berbeza, adalah lebih baik Jika anda membeli rumah yang berhampiran dengan tempat kerja isteri. anda kena fikir yang mungkin satu hari nanti isteri akan mengandung yang tidak boleh pemandu kereta dengan jarak yang jauh.
Satu lagi tips yang ramai orang terlepas pandang adalah jarak antara rumah dengan tempat asuhan anak. ini juga penting kerana ini adalah lokasi yang akan kita tuju hampir setiap hari. Jika anda ingin menghantar anak anda ke asuhan secara persendirian, maka Anda perlu cari taman perumahan yang sudah matang. Selalunya tempat begini mempunyai ramai wanita yang tidak bekerja dan berumur atas 35 tahun.
Selain itu jarak rumah ke sekolah juga adalah penting. Ini kerana jika anak kita boleh berbasikal ke sekolah ianya pasti menjimatkan duit kita juga. Antara sekolah menengah dan sekolah rendah, pilihlah rumah yang berdekatan dengan Sekolah Rendah. Kita tidak tahu mungkin rezeki anak kita tinggal di asrama penuh yang mungkin jauh dari rumah kita. Saya pernah jumpa ada satu kes dimana seorang itu ada tiga orang anak tapi satu orang anak pun tidak sekolah berhampiran dengan rumah yang beliau beli. Semuanya bernasib baik tinggal di asrama penuh dari tingkatan satu sedangkan ayahnya membeli rumah di situ kerana rumah itu dengan sekolah menengah.
selain itu rumah juga perlu dekat dengan tempat membeli barang-barang harian contohnya 99 Speedmart. Saya bernasib baik kerana dalam lingkungan satu kilometer dari rumah saya terdapat dua Speedmart. Alhamdulillah dengan cara ini saya dapat berjimat lebih.
berdekatan dengan tempat makan juga adalah penting. Paling tidak kita kena tengok adakah rumah kita dekat dengan kedai mamak supaya kita sentiasa ada bekalan untuk makan pagi, tengahari dan juga malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan