Sabtu, 26 Mac 2022

Hasil survey "dulu nak jadi apa, sekarang jadi apa"

 Ramai di antara kita mempunyai cita-cita sejak dari sekolah rendah lagi. Antara cita-cita kegemaran kanak-kanak adalah polis, askar, doktor, nurse dan cikgu. Baru-baru ini saya ada membuat survey untuk bertanyakan tentang cita-cita dahulu dan sekarang ni dah jadi apa.  Survey ini telah mendapat komen dan like yang banyak di Facebook
 Mari kita lihat apa yang telah terjadi kepada budak-budak yang mempunyai  cita-cita seperti yang dinyatakan di atas.

 Seperti kita boleh lihat kebanyakan orang tak menjadi seperti apa yang dicita-citakan semasa kecil dahulu. Ada juga yang menjadi lebih berjaya daripada apa yang diimpikan dan ada juga yang sebaliknya. Namun selagi hayat dikandung badan kita masih lagi berpeluang mengejar cita-cita. Saya tertarik dengan kisah dua individu yang menjadi tulang belakang kepada KFC dan juga McDonald. Kedua-dua individu ini mencapai kejayaan ketika usia sudah lanjut ataupun di usia pencen. 

Ada apa-apa nak tambah. Sila tuliskan di ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan