Berbanding dengan pinjaman bank, di LPPSA anda boleh memohon pinjaman sebanyak 100 peratus untuk rumah yang anda ingin miliki. Manakala pinjaman Bank selalunya adalah 90% daripada harga rumah yang ingin kita miliki. Kebelakangan ini bank juga ada menyediakan pinjaman 100% untuk pembeli rumah pertama namun ada syarat-syarat lain contohnya harga rumah tersebut tidak boleh melebihi RM300 ribu, pendapatan kasar pemohon tidak boleh melebihi RM5000 sebulan dan berapa lagi syarat lain
Pinjaman lppsa juga tidak akan kira hutang bank yang anda bayar setiap bulan. Kelayakan akan dikira terus dari slip gaji sahaja. Ini juga bermakna jika anda bekerja kerajaan dan anda pernah memohon pinjaman perumahan melalui bank mungkin dan tak layak, ada kemungkinan anda akan layak melalui lppsa.
Berikut saya sertakan link yg lebih details tentang LPPSA https://ecentral.my/pinjaman-lppsa/
Bukan saja rumah, lppsa juga menyediakan pinjaman untuk membeli tanah dan juga pinjaman untuk membuat rumah di atas tanah tersebut. Tapi prosesnya agak panjang dan saya tak nak sentuh topik ini buat masa ini.
Perlu diingatkan pinjaman lppsa hanya boleh dibuat pada satu kali sahaja pada satu masa. sebagai contoh, jika anda ingin membeli rumah kedua dengan menggunakan LPPSA bermakna anda haruslah menjual rumah pertama anda yang menggunakan lppsa sebelum ini terlebih dahulu sebelum anda boleh memohon untuk pinjaman baru lppsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan