Tasik ini sebenarnya berdekatan dengan Kampung Gunung Rapat. Kedudukan tasik cermin ini agak ke dalam sedikit dan kita terpaksa melalui tanah milik company lain terlebih dahulu sebelum kita boleh sampai ke tasik cermin ini.
Bayaran RM10 dikenakan oleh company tersebut( company kuari) untuk setiap kenderaan yang melalui tanah ini sebelum anda boleh tiba ke tasik cermin. Setelah sampai ke kawasan tasik cermin kami perlu membayar lagi duit untuk masuk ke sini. Bayaran masuk adalah sekitar RM2 seorang
Saya agak terkejut sebenarnya sebab sebelum ini daripada sumber yang saya dapat dari internet bahawa bayaran masuk hanya dikenakan sekali sahaja iaitu sebanyak RM5 sebagai duit parking. Mungkin sumber dari Internet tersebut adalah sumber lama dan kami cuba berlapang dada. Mungkin ada penambahbaikan yang mereka lakukan di tempat ini. Yang tak patut adalah syarikat kuari berkenaan yang mengenakan kadar tol yang tinggi.
Untuk sampai ke hotspot tasik cermin kita perlu melalui terowong atau gua sejauh lebih kurang 50 meter. Terowong nya agak gelap tapi dari kejauhan kami boleh nampak suasana yang cantik berwarna hijau kebiruan dihujung sana.
Saya cadangkan anda untuk datang ke sini pada waktu cuaca baik kerana jika anda datang pada waktu hujan, ada mungkin tak akan nampak kesan cermin atau pantulan yang baik. Contohnya ketika itu air bergelora ataupun mungkin permukaan air itu terkena tompok-tompok hujan. Maka imej daripada persekitaran tak nampak jelas di permukaan air.
Juga saya cadangkan anda untuk tidak datang ke sini pada waktu hujung minggu ataupun cuti am kerana gambar yang sesuai untuk tempat seperti ini sepatutnya menunjukkan hubungan anda dengan Alam. Tak boleh ramai sangat orang di dalam satu gambar. kami meluangkan masa selama hampir satu jam di sini kerana kami perlu menunggu giliran dan juga mencari idea untuk mengambil gambar. kawasan ni sebenarnya kecil sahaja tapi kami rasakan tempat ini amat berbaloi untuk dikunjungi
saya mungkin akan datang sekali lagi kerana secara jujur saya tidak puas hati dengan kualiti gambar yang saya ambil kerana saya tiba ketika waktu hampir hujan dan efek pembalikan imej ke atas permukaan Tasik tidak berapa menjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan