Baru-baru ni kami singgah ke satu kedai char kuetiau yang agak baru juga bagi saya( sebab sebelum ni lalu kat situ tak perasan) iaitu Arif Char kuetiau yang terletak di Kampung Pelet Bukit Mertajam. Persinggahan kami ke sini bukanlah dirancang tapi ianya setelah terlihat ramai orang datang ke warung ini.
Warung ini agak besar juga. Parking juga lebih selesa berbanding dengan warung char kuetiau lain yang kita terpaksa parking di tepi jalan. baru ni boleh menempatkan lebih kurang 100 pelanggan dalam sesuatu masa. Disamping char kuetiau terdapat juga otak-otak dan sata dijual disini. kata juga terdapat kata daging dan sata ikan
saya dapat merasa satay daging atau ikan dan otak-otak di sini dan rasanya amat sedap.
Satu kelebihan yang saya rasa patut diwar-warkan tentang warung ini adalah warung char kuey teow ini juga menyediakan char kuey teow tanpa udang. Dengan cara ini ianya amat membantu untuk ahli keluarga semua datang ke sini. Maklumlah bukannya semua orang makan udang terutama kanak-kanak. Saya amat tertekan dan terpedaya kalau saya ke satu warung dan warung Itu wajibkan semua menu yang dipesan mestilah mempunyai udang. ini membuatkan kita yang asalnya mempunyai bajet RM50 untuk makan satu keluarga akhirnya terpaksa menghabiskan hampir RM100 hanya kerana udang yang kita pun tak lalu nak makan. Udang kalau sikit-sikit masih ok tapi kalau dah terlalu banyak pun mual juga sedap makan atas dasar terpaksa. Yalah bahagian anak-anak punya udang pun kita terpaksa makan. Kalau satu orang anak tak apalah tapi kalau 4 orang anak tak makan udang susah juga bapak nak habiskan. Tapi alhamdulillah senario seperti itu tak berlaku di warung ini.
Harganya masih Ok lagi pada saya. Char kuey teow tanpa udang saiz biasa adalah RM3 dan char kuey teow kosong tanpa udang bersaiz besar harganya RM3.50. Untuk char kue teow saiz biasa bersama udang harganya adalah RM6 manakala untuk bersaiz besar pula adalah RM7.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan