Ahad, 13 Mac 2022

Tip pembelian rumah pertama: budget

 Setelah kita menyentuh bab kelayakan loan sebelum ini kali ini saya ingin menyentuh bab bajet pula.  Tak semestinya jika anda layak untuk meminjam loan sebanyak  RM4000 sebulan ini bermakna anda perlu pembeli rumah yang bayaran bulanan adalah RM4000 sebulan. 

 Sebaiknya bajet Kita adalah satu pertiga daripada gaji bulanan.  Sebagai contoh jika kita mempunyai gaji sebanyak RM3000 sebulan,  bajet yang terbaik adalah RM1000 sebulan untuk  rumah.  jangan habiskan semua quota  hutang anda hanya untuk rumah sahaja.  Kita tidak tahu di masa depan mungkin kita akan memerlukan wang yang lebih untuk anak-anak dan sebagainya


 Namun bajet kita juga haruslah realistik. Janganlah kita harapkan dengan RM1000 sebulan ni kita boleh dapat sebiji banglo. Dari survey yang saya jalankan ramai yang meletakkan bajet sebanyak RM700 sebulan dan mengharapkan untuk dapat teres satu tingkat. Tak salah untuk membuat bajet seperti itu tapi kita harus lihat juga di mana lokasi rumah yang hendak kita beli. RM700 sebulan untuk teres setingkat Mungkin kita boleh dapat di Negeri Kedah atau pun Perak tapi Bukankah di bandar-bandar besar seperti Selangor, JB dan juga Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan