Kemudian cik Nurul telah membawa saya dalam pejabat untuk urusan pendaftaran. mereka ada sediakan list yang khas untuk kenderaan yang telah terlibat dalam banjir. saya dapati Kereta saya adalah kereta yang ke-15 dalam list tersebut. bermakna ada 14 kereta telah sampai mendaftar Honda semambu dan mungkin akan datang lagi beberapa unit kemudian. saya diberitahu yang mereka tak mampu untuk memberikan tempoh bila Kereta saya akan siap kerana setiap kereta perlu diperiksa dengan teliti dan staf mereka juga ada yang terlibat dengan banjir.
saya pasrah untuk tidak berkereta selama beberapa bulan. setelah urusan pendaftaran selesai Saya pun naik ke lobi atas untuk menunggu norizman datang mengambil saya. Sebelum tu memang Rosman ada memberitahu Saya yang beliau nak bantu apa-apa saja yang boleh boleh bantu dan Kebetulan memang setiap kali saya balik ke Kuantan saya akan berjumpa dengan beliau di kedai kucing milik beliau iaitu kat qobin yang terletak di Indera sempurna. cuma Kali ini saja saya tak sempat untuk bersembang dengan beliau sebab Hujan lebat dan banjir yang terlalu awal dari jangkaan.
Beliau menawarkan diri untuk mengambil saya dari Honda semambu dan pulang ke Inderapura. Saya pun tak menolak sebab memang saya pun nak ambil peluang untuk bersembang dengan norishman. tak lama kemudian norizman tu sampai ke Honda semambu. saya pun masuk ke kereta beliau dan terus menuju ke Taman Seri Inderapura. Dalam perjalanan kami bersembang panjang.
Dalam perjalanan Rosman ada bertanyakan Adakah saya hendak melihat rumah mertua saya sebab alang-alang sudah ada kenderaan untuk ke rumah. Kalau jalan kaki dari pusat pemindahan sementara ke rumah itu pun Agak jauh juga. Saya pun bersetuju.
sampai sahaja di rumah mertua saya saya dapati adik ipar saya sudah pun berada di rumah tersebut bersama isterinya.b mereka berdua sedang sibuk mencuci rumah. Saya pun keluar kereta dan bertanyakan jika ada bantuan yang mereka perlukan. ada beberapa barang yang perlu diangkat keluar terutama perabot kayu kerana banyak yang sudah roboh. mana-mana perabot yang menggunakan chipboard, chipboard pun sudah menjadi seperti biskut. norizman pun membantu kami mengangkat barang bersama dengan isterinya.
Melihatkan kepada bilangan barang yang perlu kami angkut rasanya kami memerlukan Tenaga kerja yang lebih lagi. maka saya cadangkan untuk kita buat yang termampu sahaja Pada hari itu. Lagipun norizman hanyalah tetamu sahaja dan rasanya segan juga untuk kami meminta beliau angkat semua barangan tersebut dengan kami. telah beberapa barangan berat diangkat, Saya pun mengajak norizman untuk menghantar saya ke pusat pemindahan sementara.
Sebelum menghantar saya ke pusat pemindahan sementara norizman ingin membawa saya ke kedai makan kerana dia fikirkan kan saya lapar. Sebaliknya saya mengatakan yang makanan amat cukup dan sebenarnya berlebihan di pusat pemindahan sementara. beliau terkejut Sebab sebelum ni beliau dapat maklumat dari media sosial yang mangsa banjir menghadapi masalah bantuan makanan. jawapan saya Ya. Memang kami memerlukan bantuan makanan pada hari yang pertama tetapi pada hari kedua masalah tersebut sudah selesai. setelah kami sampai di pusat pemindahan sementara saya bawa teman untuk tengok bilik kami.
Ternyata makanan kami adalah cukup sebagai mangsa banjir saya boleh katakan makanan yang kami terima adalah agak mewah. telah meluangkan masa beberapa seketika dengan riezman di bilik tersebut Norishman pun minta diri untuk pulang.
pada hari ketika ini saya dapati anak-anak Saya semakin menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. mereka pun berani untuk mencuba benda baru contohnya seperti mengambil makanan sendiri dari pusat agihan makanan. Pada malam ini rata-rata penduduk masih lagi tinggal di pusat pemindahan sementara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan