Khamis, 10 Mac 2022

Kampung Agong, Penaga


kali ini saya ingin membawa anda semua ke tempat tarikan terbaru di Pulau Pinang yang di panggil Kampung Agong yang terletak di Penaga di daerah Seberang Perai Utara. Tempat ni cantik ibarat Bali dan ramai yang mengambil gambar Disini untuk diletakkan di dalam Instagram, Facebook dan sebagainya. Banyak kali juga saya nampak gambar rakan-rakan Facebook tentang tempat ini, tapi hati saya belum terbuka lagi untuk ke tempat ini. Maklumlah sebab dua tahun lepas sebaik sebelum pandemik melanda, kami sempat ke Bali. Lagipun tempat ini tak jauh dari rumah kami dan selalunya tempat yang dekat ni lah tempat yang paling susah kita nak pergi. 

Kami pun akhirnya pergi ke sini kerana adik ipar yang tinggal di Pahang datang semata-mata untuk ke kampung Agung ini. kami pun macam tak percaya apa yang menarik sangat tentang tempat ni sampai orang jauh pun sanggup datang. maka kami pun setuju untuk ikut dah jadi penunjuk arah. 
Kami pergi pada hari Isnin dan kami jangkakan tak ramai orang datang ke sini. Maklumlah sebab hari ini kan hari kerja namun sangkaan kami meleset kerana parking hampir penuh. parking disediakan elok untuk tetamu yang datang. saya tak dapat bayangkan kalau hari ini adalah hari hujung minggu. Mesti parking penuh. 
Tiket masuk untuk dewasa adalah sebanyak RM10 manakala untuk kanak-kanak pula adalah sebanyak RM5. Bila dah masuk kita akan nampak betapa besarnya tempat ini sampai anak-anak pun give up tak sanggup untuk jalan jauh. 
Terlalu banyak hotspot untuk ambil gambar dan ianya berbaloi dengan apa yang kita telah belanjakan untuk masuk kesini. dekat sini ada tiga taman semuanya dan dijangkakan akan ada pertambahan kawasan pada masa hadapan kerana kami boleh nampak ada tempat baru nak buat. 
Kami luangkan masa hampir 3 jam di sini. Itu pun sebab anak-anak sudah keletihan. Penat jalan dalam kawasan ni sebab kawasannya terlalu luas. Apa pun saya yakin sesiapa saja datang sini pasti puas hati. Sebelum kami masuk kami ada ternampak satu papan tanda yang tertulis Kampung Agung ala Bali. Kami sebagai pelancong yang pernah ke Bali setuju dengan pendapat ini. Memang setaraf. 


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan