Pedang Setiawan, Alam Perwira, Dewata Raya
kedua-dua komik ini berasal daripada HongKong dan diterjemahkan kepada bahasa Malaysia. Oleh kerana saya membesar di Sitiawan maka Pedang Setiawan agak mendapat tempat di hati budak-budak Sitiawan. Saya sedar kemunculan komik ini sekitar tahun 1994
Variasari
Bambino, Bujal
Bambino, Bujal dan Kuntum adalah antara majalah yang terkenal di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Berkonsepkan belajar sambil berhibur, di dalamnya terdapat komik, cerpen, peraduan dan juga bahagian mewarna.
Mastika
Mastika terkenal dengan cerita-cerita seram yang berlaku di Malaysia dan juga antarabangsa. saya mempunyai sepupu yang pernah bekerja sebagai jurugambar untuk majalah Mastika. beliau pernah menceritakan kepada saya tentang bagaimana mereka mendapatkan sumber-sumber cerita. menurut beliau, wartawan dan jurugambar akan ke kampung-kampung dan mencari tempat lepak terutamanya tempat lepak orang tua. Biasanya warung. di sana mereka akan bertanyakan tentang cerita-cerita seram yang berlaku di kampung tersebut. Bila dapat satu pak cik yang suka bercerita, memang senanglah cerita dia. selain itu kawan juga akan meminta pakcik tersebut untuk menunjukkan di mana berlakunya kejadian yang diceritakan itu. Contohnya jika pak cik tersebut menyatakan bahawa ada Pontianak yang selalu bertenggek di atas pokok yang ditunjukkan, maka sepupu saya akan mengambil gambar pokok tersebut. macam pernah nampak kan gambar-gambar macam ni?
Gila Gila, Gelihati, Ujang, Lanun
Majalah ini menyediakan lawak-lawak yang hebat pada zaman tersebut dalam bentuk tulisan dan lukisan. antara yang mula-mula mendapat perhatian ramai adalah majalah gila-gila. Pada zaman itu boleh dikatakan hampir setiap bulan ramai ketagih beli majalah gila gila. Di kedai-kedai majalah ataupun kedai buku ada juga yang menjual 3 majalah lama dalam satu harga yang amat murah. Walaupun keluaran lama tapi lawaknya masih boleh pakai.
Alternatif kepada gila-gila adalah gelihati. konsepnya sama lebih kurang macam gila-gila. di era berikutnya terdapat pula majalah seperti Ujang dan Lanun. Ujang adalah pecahan daripada Gila Gila. Pada era itu terdapat pelbagai kontroversi di kalangan pengeluar majalah lawak. Kemudian wujud pula majalah Lanun. Majalah lanun walaupun namanya lanun tapi dia menyediakan lawak-lawak yang berunsur Islamik.
Di pertengahan tahun 90-an didapati mutu lawak dalam majalah majalah ketika itu agak merudum tak sehebat Pada Zaman 80an. Mungkin masing-masing sudah kehabisan idea. Ada ketikanya satu majalah hanya ada satu atau dua kali sahaja yang membolehkan kita tergelak seorang dan kadang-kadang tak ada lawak langsung. pada zaman ini ada juga kartunis dari majalah majalah tersebut menjadi tunjang belakang kepada kartun-kartun yang hebat pada zaman ini seperti The Amazing Awang Kenit.
URTV, Mangga
URTV dan mangga adalah dua majalah yang menyediakan cerita-cerita panas tentang industri hiburan pada zaman itu. Pada zaman tu kalau nak tahu pasal artis selalunya kena tunggu TV3 rancangan Melodi pada hari ahad jam 12pm. Masa ni mak mak pun dah rancang 12.00 PM masakan semua kena siap sebelum rancangan Melodi ditayangkan. Namun rancangan ini masanya terhad dan tak banyak cerita yang boleh dimasukkan. Cerita-cerita panas lain haruslah didapati dari majalah seperti URTV dan juga mangga. Tak semestinya artis saja kadang-kadang atlet yang kacak atau cantik juga berpeluang untuk masuk dalam majalah ini. Majalah mangga sinonim dengan gambar artis atau selebriti di dalam kolam.
Doraemon
Tak cukup dengan Siri animasi Doraemon di TV, ramai juga yang membeli komik Doraemon. Walaupun diubah menjadi Tora Aman dan bahasanya lebih menyerupai bahasa Indonesia, ianya tetap menjadi kegilaan kanak kanak pada ketika itu.
Dragon Ball
Seperti dengan Doraemon, Dragon Ball juga mempunyai Siri animasi yang disiarkan di televisyen. Namun untuk peminat tegar ianya tidak cukup dan perlu ditambah dalam bentuk komik. Komik Dragon Ball telah dialih bahasa ke bahasa Melayu menggunakan tajuk mutiara naga.
Bercakap dengan Jin, Tamar Jalis
Berbanding dengan Mastika, Tamar Jalis Siri Bercakap Dengan Jin pula adalah bacaan dalam bentuk novel seram dipercayai daripada pengalaman penulis tersebut. Kebanyakan tempat yang dinyatakan dalam buku ini terletak dalam daerah Manjung iaitu daerah saya besar. Saya kenal kampung kampung yang dinyatakan. Dalam keadaan demikian bacaan tersebut bukanlah bacaan saja-saja tapi juga untuk mengetahui apa yang pernah berlaku di kampung berdekatan. Saya sendiri pun pernah mengalami beberapa peristiwa seram. Kadang-kadang sebelum tidur terfikir juga adakah hantu-hantu yang diceritakan dalam novel Tamar Jalis boleh sampai ke rumah saya atau tidak.
Salina
Majalah ni adalah kegemaran budak perempuan sekolah menengah. Tak banyak pun yg saya boleh ulas tentang majalah ni sebab saya lelaki.
Permata yang hilang
Buku ini walaupun untuk pasangan yang bakal berkahwin, tapi ianya cukup terkenal dikalangan budak sekolah menengah. Ianya adalah bahan bacaan alternatif kepada subjek Sains bab persenyawaan. Ada juga yg baca buku ni dulu sebelum baca buku teks Sains. Maka tak hairanlah ramai yang selalunya keputusan biasa biasa saja pun boleh dapat A bila masuk bab ni.
Anak anak Sidek
Siapa yang tak kenal dengan hero hero Malaya yang hebat dalam Arena badminton di peringkat dunia. dari Siri komik inilah maka munculnya Siri animasi anak-anak Sidek. Kisah ini bukan sekadar cerita sahaja tapi ia juga untuk menyuntik semangat kesukanan di kalangan kanak-kanak itu itu.
Agaknya ada lagi majalah yang tak tersenarai? Sila masukkan diruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan