Kini anda sudah tahu serba sedikit tentang tips sebelum membeli rumah. Dah tentu tak sabar nak cari rumah kan? bagaimana kita nak cari rumah?
Langkah pertama ataupun langkah yang paling mudah adalah dengan melayari website ataupun portal-portal Hartanah. Antara contoh yang saya cadangkan adalah mudah.com, propertyguru, iproperty, Facebook marketplace dan sebagainya. Dari sini anda boleh lihat secara lebih mendalam tentang rumah tersebut. Antara kandungan penting yang perlu ada dalam setiap iklan adalah jenis rumah, lokasi rumah, berapa bilik tidur, berapa bilik air, saiz tanah, saiz bangunan, status tanah sama ada freehold ataupun leasehold dan juga nombor contact untuk anda hubungi.
Anda juga boleh terus melawat sales galeri untuk melihat projek terbaru yang ada berdekatan dengan tempat yang anda inginkan. Kadang-kadang bukan sahaja projek baru, rumah yang sudah lama tak terjual pun mungkin masih ada lagi.
Kalau anda berminat untuk membeli rumah subsale iaitu rumah yang pernah diduduki, Mungkin ada boleh terus membawa kereta pusing-pusing ke kawasan yang anda inginkan. Anda mungkin akan jumpa banner rumah untuk dijual. Biasanya banner hanya tertulis nombor contact untuk dihubungi sahaja. Saya juga biasa menggantung banner di rumah yang saya hendak jual.
Kekurangan banner adalah informasi yang boleh diletakkan di dalam banner adalah terhad. Maka banyak persoalan yang akan datang kemudian ke perunding Hartanah. Ramai juga yang terus menyepi setelah mengetahui harga rumah yang hendak dijual tersebut.
Selain itu anda juga mungkin boleh mendapat informasi tentang rumah hendak dijual melalui surat khabar. Tapi saya percaya ramai yang sudah tidak membeli surat khabar sekarang.
Anda juga mungkin boleh dapatkan informasi tentang rumah yang hendak dilelong melalui pelelong, bank ataupun mahkamah. Untuk rumah pertama saya cadangkan untuk anda tidak melibatkan diri dalam lelongan terlebih dahulu. Memang betul kadang-kadang kita boleh dapat membeli rumah dengan harga yang jauh lebih rendah dengan melalui lelongan tepi lelongan ni ada peraturannya. Saya sendiri pun tidak mahu terlibat dalam rumah lelong. Level otai je yg boleh main rumah lelong ni. Nanti saya cerita bab ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan