Kali ini saya ke Taman Tasik Taiping untuk tunjuk kepada anak-anak saya sekolah saya semasa saya di tingkatan empat dan lima. Saya bersekolah selama dua tahun di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping. sekolah ni terletak betul-betul dalam Taman Tasik Taiping dan juga terletak betul-betul di hadapan Zoo Taiping. Walaupun bersekolah di hadapan Zoo Taiping, saya cuma ke Zoo selama dua kali sahaja semasa bersekolah di sini. saya akan ceritakan pengalaman saya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah dengan lebih lanjut di topik yang akan datang.
kali ini saya lebih nak bercerita tentang aktiviti yang agak trending ketika ini di Taman Tasik Taiping iaitu aktiviti berbasikal. Namun ianya bukanlah basikal biasa tetapi basikal dua orang sekali kayuh. Sebenarnya saya pun tak tahu apa istilah yang tepat untuk basikal ini. mulanya saya ternampak ada beberapa orang naik basikal seperti ini dan kemudian anak-anak pula teringin nak naik. Agak risau juga sebab tak banyak maklumat tentang aktiviti ni di Internet. Segan pula bila dah tanya tiba-tiba duit pula tak cukup sebab yang nak naiknya ramai. kami pun memberanikan diri untuk bertanya pada orang yang jaga basikal ini.
Rupanya bayaran dia adalah RM20 untuk 30 minit. Bagi saya agak Ok lah kalau sekali sekala. Kalau lebih murah mesti lebih ramai orang yang akan menaiki basikal ini. kadang-kadang benda pelancongan ini kalau harganya mahal dah tentu orang pun tak naik dan akhirnya kedai atau business pun tutup. Kita dah tengok pelbagai contoh dan contoh yang paling terbaru adalah Maps Ipoh. Saya pun tak sempat nak masuk Maps Ipoh. Baru teringat nak masuk dah tutup. Masa dia baru buka dulu masa tu kami baru je meluangkan masa di Tokyo Disneyland.
Ternyata anak-anak dan mak saya juga Seronok dengan aktiviti berbasikal ni. Risau juga saya Kalau mereka terlebih masa sebab penjaga basikal kata kalau terlebih masa 30 minit dia akan automatik minta RM20 untuk satu pusingan lagi. Selain aktiviti berbasikal itu sendiri, menikmati pemandangan yang cantik di Taman Tasik Taiping pun adalah satu kelebihan.
kami main cukup 30 minit sebab kebetulan ketika itu hujan pun turun. Maklumlah Taiping kan Bandar paling lembab di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan