Tengok juga arah matahari. Ada setengah orang suka matahari terbit dari depan dan ada juga yang suka matahari terbit dari belakang. Ada juga yang suka terbit dari tepi. Bab ni terpulang kepada kesesuaian masing-masing.
Kemudian adakah ianya sama seperti gambar yang anda lihat di iklan? sebab ada juga kes dimana ejen tersalah letak gambar rumah. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
Kemudian di dalam rumah anda harus cari titik-titik air atau kulat di siling rumah.
Jika anda jumpa tanda ini, Ini bermaksud atap ada kebocoran. Biasanya kebocoran bukan perkara senang untuk di perbaiki. Anda juga boleh cuba mencari titik-titik air di dinding. Kadang-kadang bukan sahaja titik air tapi cat yang bertapuk-tapuk juga menandakan ada masalah air yang mendap di dalam dinding. Air di dalam dinding ini membawa dua maksud iaitu air yang berpunca daripada masalah paip dalam dinding dan satu lagi air yang berpunca dari tepisan air hujan dari luar dinding. Saya pernah jumpa satu rumah flat yang terletak di Corner lot dimana dinding sebelah dalamnya akan lembab jika hujan. Siap tuan rumah perlu sediakan mop jika hujan terlalu lebat dan lama kerana lantai akan banjir. Kes macam ni lagi susah nak settle. Takkan kita sendiri nak repair dinding luar tingkat 15?
Kemudian cuba buka semua paip. Adakah air semua keluar cantik seperti sepatutnya? jika air yang keluar dari semua paip adalah kecil ini bermakna tekanan air di tempat situ mungkin ada masalah. Kalau anda ada kawan yang duduk berdekatan dengan tempat tersebut mungkin anda boleh bertanyakan tentang keadaan tekanan air di situ. Kalau bukan waktu puncak pun air sudah kecil bayangkan pula kalau waktu puncak contohnya pada waktu orang semua buka shower bilik air untuk mandi pergi kerja.
Untuk bahagian elektrik pula mungkin tak banyak benda yang kita boleh periksa kalau rumah tersebut kosong. Kalau ada lampu ataupun kipas di rumah tersebut ianya masih belum boleh dijadikan ukuran untuk menentukan sama ada wiring ada masalah atau tidak. Ini kerana bulb lampu ataupun komponen kipas yang mungkin sudah rosak tapi bukan wiring.Tapi kalau ada penyewa yang sedang tinggal di situ mungkin anda boleh tanya tentang elektrik pada penyewa.
Kemudian anda juga harus check sama ada anai-anai telah membuat sarang di rumah tersebut. Anai-anai boleh didapati di bingkai pintu ataupun bingkai tingkap. anai-anai juga boleh memberi kesan yang negatif terhadap rumah yang kita beli.
Jika terdapat kecacatan pada rumah, anda harus tanya pada ejen tersebut sama ada tuan rumah tersebut akan membaiki rumah sebelum dipindahmilik ataupun bagaimana. Kebiasaannya tuan rumah tidak akan membaiki kerosakan di rumah tersebut dan akan memberi diskaun berdasarkan kerosakan yang dijumpai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan