selepas aktiviti berbasikal di Taman Tasik Taiping kami pun terus ke satu tempat yang agak terkenal juga iaitu cendol Bismillah. Sebenarnya setiap kali kami ke Taiping kami akan singgah ke kedai ini. kedai ini kecil sebenarnya tapi tak berhenti orang datang sini untuk order cendol. Yang datang pun terdiri daripada pelbagai bangsa.
cendol biasa di sini adalah RM2 dan selain itu juga ada cendol jagung dan cendol kacang merah. Kami order bertambah-tambah disini. selain dari cendol terdapat juga pasembor dan juga laksa. Laksa dijual oleh orang lain dan dibayar secara asing.
Kalau nak kuah cendol saja pun boleh sebab kami order macam tu untuk Adelia. Anak saya ni geli Kalau nak makan benda-benda yang warna hijau. Dia pun sampai dua kali tambah.
saya difahamkan kedai ini bermula dari tahun 1993. bermakna nak dekat 30 tahun jugalah usia perniagaan ini. Masa saya bersekolah di Taiping saya tak berkesempatan ke sini kerana mungkin atas faktor jarak yang agak jauh dari asrama saya ataupun mungkin ketika itu dari ini tidak terkenal.
anda ada port-port lain yang best untuk makan di Taiping? sila kongsikan diruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan