Soalan ini adalah soalan Lazim yang terlalu difikirkan oleh lelaki. Agak menarik juga untuk dibincangkan tentang topik kenapa lelaki takut pada bini atau bahasa standard nya kenapa suami takut isteri. Baru-baru ini saya ada membuat survey dan saya ingin kongsikan komen-komen yang menarik berkenaan dengan topik ini. Topik ini mendapat banyak like dan juga komen.
Kebanyakan menjawab bukan mereka tak takut bini tapi bini yang tak takut mereka. Memang ada benarnya juga. Banyak juga komen yang agak lucu. Ada yang mengatakan perempuan lebih banyak beremosi berbanding dengan lelaki yang lebih banyak menggunakan akal dan fikiran. Tahap kesabaran lelaki adalah lebih tinggi daripada tahap kesabaran perempuan. Tak kurang juga ada yang menyalahkan drama TV yang selalu dimainkan pada waktu senja memberi pengaruh buruk terhadap bini mereka.
anda ada barang komen untuk ditambah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan