Selepas selesai lawatan kami di Victoria Bridge kami bergerak ke arah Bandar Kuala Kangsar untuk menikmati makanan tengahari. Saya diberitahu di tepi sungai Perak ada jeti baru yang bernama Jeti Sungai Perak indah dan di hadapannya terdapat Banyak pilihan makanan yang sedap-sedap di daerah Kuala Kangsar.
kalau sampai sini pada waktu tengahari agak susah sikit untuk cari parking. kami datang pada hari ahad dan saya beranggapan orang Kuala Kangsar Mungkin makan tengahari di rumah Tapi ternyata sangkaan saya tidak benar. Sebenarnya ramai pelancong yang datang ke Kuala Kangsar dan makan di sini. Kalau hari biasa dah tentulah pekerja office di sekitar Kuala Kangsar akan datang makan disini
Setelah Parking di sini terbukti cakap cakap itu adalah benar kerana memang terdapat Banyak pilihan makanan di sini. Antara yang famous di sini adalah ikan bakar, patin tempoyak dan patin asam pedas. kami singgah di salah satu kedai makan di sini. banyak juga Lauk yang disediakan untuk pelanggan dalam banyak-banyak tu Saya memilih ikan patin asam pedas.
Asalnya Saya teringin nak ambil ikan patin tempoyak tapi mengenangkan saya baru saja makan ikan patin tempoyak di Pahang, saya terpaksa pilih yang lain. kerana tak mahu Kecewa saya ambil juga sedikit kuah tempoyak untuk diletakkan sebagai kuah di atas nasi saya. Setelah saya makan saya rasa amat menyesal kerana saya sepatutnya pilih ikan patin tempoyak kerana ikan tempoyak nya amat sedap sekali berbanding ikan patin asam pedas. menurut adik ipar saya yang tinggal di Bera dan selalu makan ikan patin di Temerloh, tahap kearifan orang Perak terhadap tempoyak mungkin membuatkan ikan patin tempoyak di Kuala Kangsar rasanya Lebih sedap dari Temerloh
Disamping itu di sini juga terdapat banyak gerai gerai yang menyediakan makanan ringan contohnya cendol, laksa, spaghetti dsb. ada juga aktiviti busking untuk meriahkan suasana di sini.
kepada anda semua yang merancang untuk melawat negeri Perak saya cadangkan anda ke sini untuk menikmati hidangan yang sedap seperti patin tempoyak yang saya sebutkan ini. memang puas hati. Tak percaya cubalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan