Biasanya setelah bersoal jawab tentang detail rumah yang hendak anda beli ajen juga akan cuba untuk check kelayakan loan anda terlebih dahulu. Ini adalah untuk permudahkan urusan kedua-dua pihak. Pihak pemilik rumah juga telah memberikan amanah kepada ejen Hartanah untuk cek kelayakan bakal pembeli terlebih dahulu sebelum mempelawa bakal pembeli ke rumah mereka. Tambahan pula pada musim pendemik ini pemilik takut nanti rumah tak beli penyakit pula yang dapat. Kesediaan anda untuk diperiksa kelayakan juga menunjukkan bahawa anda adalah pembeli yang serius. Setakat ini pengalaman saya kalau rumah tu harga berjuta sekalipun, pihak pembeli akan memberi kerjasama untuk cerita bab kelayakan loan terlebih dahulu. Jika tidak menggunakan pinjaman perumahan bank sekalipun, mereka akan kongsikan dari mana sumber wang tunai yang akan mereka gunakan untuk membiayai kos jual-beli itu nanti.
Tujuannya untuk menyakinkan pihak ejen dan juga pemilik Hartanah tentang kedudukan kewangan mereka. Selain kelayakan pinjaman perumahan, pembeli juga harus sedar kos-kos sampingan yang perlu ditanggung sepanjang proses jual-beli itu nanti. Contohnya kos jurunilai dan juga kos Guaman. Kalau loan boleh lulus tapi duit untuk kos-kos tambahan tidak ada maka pembelian itu tidak menjadi juga.
Jika dari awal kita sudah tahu yang anda mungkin bermasalah untuk mendapatkan pinjaman ataupun membiayai kos kos sampingan untuk pembelian rumah, mungkin ejen tersebut boleh memberikan nasihat yang lebih sesuai. Atau mungkin terus mencadangkan rumah lain yang ejen tersebut ada dan yang difikirkan lebih sesuai untuk anda. Selalunya ejen Hartanah bukan menjual hanya satu hartanah sahaja. Selalunya ejen Hartanah mempunyai berpuluh hingga beratus senarai Hartanah yang dijual.
Jika anda memilih untuk membeli rumah dari pihak pemaju kemungkinan besar kos kos sampingan ditanggung oleh pemaju. Namun ada juga segelintir projek perumahan baru anda perlu tanggung kos kos sampingan ini. Tambahan pula pada zaman harga bahan binaan tinggi seperti sekarang ini di mana margin keuntungan syarikat pemaju semakin mengecil.
Jika semuanya okey Barulah kita akan bincang dan tentukan bilakah masa dan waktu yang sesuai untuk melihat rumah tersebut. Selalunya perbincangan dilakukan sehari atau dua hari sebelum melihat rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan