Kemudian kita akan isi borang yang dipanggil " Appointment to Purchase" atau dalam bahasa melayunya lantikan untuk menjual. di dalam borang ini akan disertakan nama penjual dan pembeli, alamat rumah yang dijual, harga rumah yang dipersetujui, berapa RM booking yang telah dibayar, keadaan rumah contohnya menjual rumah sekali dengan kipas, lampu kabinet dan sebagainya. Pendek kata semuanya bertulis supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.
Di dalam borang itu juga terdapat syarat-syarat jual beli contohnya apa akan berlaku jika salah seorang daripada penjual atau pembeli membatalkan jual beli tersebut. Syarat-syarat jual beli yang disebutkan di dalam borang ini terpakai sehingga Perjanjian Jual Beli rumah yang sebenar ditandatangani.
Selain itu berapa RM booking yang telah dibayar, keadaan rumah contohnya menjual rumah sekali dengan kipas, lampu kabinet dan sebagainya. Pendek kata semuanya bertulis supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.
Di dalam borang itu juga terdapat syarat-syarat jual beli contohnya apa akan berlaku jika salah seorang daripada penjual atau pembeli membatalkan jual beli tersebut. Syarat-syarat jual beli yang disebutkan di dalam borang ini terpakai sehingga Perjanjian Jual Beli rumah yang sebenar ditandatangani. jika dinyatakan tempoh Perjanjian Jual Beli yang sebenar harus ditandatangani kedua pihak.
Booking form ini bertujuan lebih kepada untuk melindungi kepentingan kedua-dua pihak. Setelah segala isi maklumat dipersetujui kedua pihak haruslah menurunkan tandatangan.
Untuk rumah baru dari pihak pemaju, mereka juga ada borang tempahan tersendiri. Biasanya di borang tersebut dinyatakan nama pembeli, nama projek perumahan yang ingin ditempah, jenis rumah dan juga plot number. Untuk projek perumahan baru, ianya diuruskan dengan menggunakan plot nombor dan bukannya nombor rumah kerana proses untuk mendapatkan nombor rumah selalunya dibuat ketika rumah sudah hampir siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan