Jumaat, 11 Mac 2022

Floating Market Kangar

 Kali ini saya ingin membawa anda ke tempat tarikan terbaru di Kangar iaitu floating market Kangar. Oleh kerana pintu sempadan mati ditutup mesti ramai yang rindukan floating market di Hatyai. Maklumat terbaru yang kita terima adalah sempadan negara akan dibuka pada 1 April nanti. Rasanya Mesti ramai yang tak sabar hendak ke Hatyai.

 Ok kita berbalik kepada topik asal kita iaitu Floating market Kangar. Kami di sini hanya dengan menggunakan Google Map sahaja. mudah untuk sampai ke sini. Sebenarnya kawasan ini terletak di dalam jabatan Parit dan saliran negeri Perlis. pada mulanya kami mengganggap tempat ini sama seperti floating market di Hatyai tapi sangkaan kami meleset.
 Tergamam juga kami sebab hanya beberapa sampan sahaja di sini. Jualan di atas sampan pun tak semeriah di Hatyai. Tapi bagi saya jika lebih banyak sampan disediakan dan jualan juga lebih menarik, mesti lebih ramai pengunjung yang datang dan membuatkan tempat ini menjadi lebih meriah.
 berbanding Hatyai yang sampannya diletakkan di dalam sungai di sini sampainya di letak dalam kolam.   
Walaupun begitu kolam ini amat cantik. Aktiviti bersampan di dalam kolam juga disediakan. Kami menyewa satu sampan untuk anak-anak dan harganya kami rasakan amat berbaloi. Seingat saya tak sampai RM 15. Ternyata anak-anak kami amat gembira dengan aktiviti bersampan disini.
 Selain jualan disampan di sini juga terdapat gerai gerai yang diletakkan di bawah khemah di depan pejabat JPS. Kami meluangkan masa hampir sejam di sini. insya-allah kami akan ke sini lagi untuk aktiviti bersampan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan