Saya selalu melihat paras air di tandas dan pada ketika itu parasnya masih boleh dianggap tidak berbahaya sehingga pada pukul 10 malam. kemudian kami sekeluarga pun masuk ke bilik untuk tidur namun saya dikejutkan oleh isteri saya pada pukul 12 malam. isteri saya mengatakan bahawa air sudah mula naik dan jiran-jiran sudah mula mengalihkan kenderaan masing-masing ke tempat yang lebih selamat. saya dalam keadaan mamai mula mencari kunci kereta namun Saya lihat bapa mertua saya pergi ke rumah jiran untuk bertanyakan sesuatu.
Saya lihat hampir 30 minit juga berapa betul saya berbincang dengan beberapa jiran. Akhirnya saya memanggil beberapa motor saya untuk bersama-sama mengalihkan kenderaan secepat mungkin. kami pun tak berhubung masa terus start enjin kereta dan terus memandu ke depan Taman Seri Inderapura. berdasarkan pengalaman yang lalu, kawasan depan Taman Sri Inderapura terutamanya di bahagian berdekatan dengan seven eleven tidak dinaiki air. maka di situlah lokasi kami tujui. Alhamdulillah saya mendapat tempat di depan 7-eleven namun saya memberi peluang kepada bapa mertua saya untuk parking di tempat saya.
kemudian saya membuat satu pusingan lagi untuk mencari parking yang baru untuk saya dan akhirnya saya dapat parking berdepan dengan kedai kucing. Pada ketika itu saya rasa amat bersyukur kerana rasanya tempat itu sudah selamat. Namun saya mula risau kerana melihat air makin naik. tanpa membuang masa saya terus menghubungi isteri saya untuk bangunkan anak-anak dan terus berjalan ke depan ke tempat saya parking. Pada mulanya isteri saya marahkan saya kerana sepatutnya saya pulang ke rumah dan bergerak sama-sama keluarga mengharungi banjir.
Namun bila difikirkan tentang kelajuan air dan juga kelajuan saya berjalan kaki ke rumah, saya anggarkan air akan lebih tinggi bila saya sampai di rumah dan lebih menyukarkan untuk anak-anak saya berjalan keluar ke tempat yang lebih selamat. isteri dan anak-anak Saya mula bergerak dari rumah ke kawasan yang lebih selamat pada pukul 1.30 pagi. kami tak mengharapkan trak tentera kerana sebelum ini trak tentera hanya mengambil warga emas dan juga OKU sahaja.
Semasa keluarga saya mula melangkah keluar dari rumah keadaan air di hadapan Taman Seri Inderapura makin meninggi. Kini paras air sudah mencapai hampir separuh daripada tayar kereta. agak mengejutkan juga kerana tempat ini dianggap selamat berdasarkan pengalaman lalu namun kali ini tidak selamat. Betul-betul kali ini punya banjir adalah di luar jangkaan. Saya mula berfikir Adakah Saya patut mengalirkan Kereta saya ke tempat yang lebih tinggi iaitu di jalan besar namun Pada masa sama saya melihat beberapa kereta sudah mula tersangkut di simpang keluar Taman Seri Inderapura.
Saya sempat berbincang dengan beberapa orang yang parking kereta di kawasan saya dan kelihatan ramai juga yang sudah mula pasrah jika kereta mereka ditenggelami air. Begitu juga saya. namun Saya cuba alihkan Kereta saya untuk menaiki kaki lima kedai supaya jika kereta saya tenggelam pun, kesannya mungkin tidak teruk berbanding dengan kereta lain. kemudian saya keluarkan barang-barang di dalam kereta saya yang saya fikirkan penting terutamanya buku sekolah anak dan diletakkan di atas cermin kereta.
Dua jam kemudian barulah anak-anak saya tiba di depan Taman Seri Inderapura. Bukan senang nak berjalan di dalam banjir. masa anak-anak saya sampai di depan Taman Sri Inderapura ketika itu air sudah di paras pinggang anak-anak. bayangkan jika anak-anak saya lambat untuk bergerak dari rumah dah tentu masa dalam perjalanan anak saya boleh tenggelam sebab di pertengahan Taman Itulah tempat yang paling dalam.
bila sudah sampai di depan Taman Seri Inderapura kami Pun sebenarnya tak tahu apa langkah selanjutnya. kami lihat ramai juga yang bergerak ke sekolah yang terdekat iaitu SMK Mat Kilau. Pada masa sama juga kami mendengar SK Bunut Rendang adalah tempat yang sepatutnya kami pergi kerana disitulah bantuan-bantuan akan diagihkan. namun Bila difikirkan semula jarak SK Bunut Rendang adalah jauh berbanding dengan SMK Mat Kilau. maka kami pun tanpa melengahkan waktu lagi terus bergerak ke SMK Mat Kilau.
kami sampai di sini hampir pada pukul 4 pagi dan ketika itu masing-masing tidak tahu apa yang perlu dibuat kerana masing-masing pun dalam keadaan panik. maka kami pandai-pandai sendiri cari tempat untuk berlindung. Ketika itu bahagian bawah SMK Mat Kilau juga ditenggelami air. kami berjumpa dengan pengawal keselamatan dan kami diminta ke satu kawasan perhimpunan tempat di itu juga ditenggelami air. akhirnya kami naik ke tingkat atas dan mencari bilik. kat sini kami jumpa bilik yang masih kosong di tingkat tiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan