Pertama kali saya datang ke sini adalah secara tak sengaja sebab masa tu saya sebenarnya nak beli roti canai sebab kedai roti canai kegemaran saya tutup pada hari tu. Saya datang sebelum pukul 10 pagi dan masa tu tak ada orang pun yang beratur. Saya terus tanya pada pekerja yang saya nak roti canai dan para pekerja disitu semua macam terpinga-pinga sebab mungkin tak pernah ada orang order roti canai sebelum ini.
Setelah hampir 10 tahun saya tengok kedai ini akhirnya saya beranikan diri untuk mencuba. Antara faktor Kenapa saya tak mencuba sebelum ini adalah kerana isteri saya bukan penggemar nasi kandar. Isteri saya berasal dari Pahang dan saya dapati ramai juga kenalan saya dari Pahang yang tidak menggemari nasi kandar. Tak tahulah mungkin citarasa orang pantai timur tidak sama seperti di pantai barat. Seperti biasa nak makan sini kena beratur panjang. Setelah hampir 15 minit Akhirnya tiba giliran saya. Sebelum tu saya dapati ramai yang mengambil ayam goreng dan saya pun hanya ikut kerja apa yang orang ramai suka.
Saya dapati ayam goreng di sini amat laris dan sentiasa digoreng. Boleh kata kuali goreng ayam disini tidak ada peluang untuk rehat selagi kedai ini beroperasi. selain itu terdapat juga ikan goreng, kari ayam, ayam masak madu, telur goreng, Papadom, sayur kubis goreng, sayur kacang panjang goreng, bendi dan kadang-kadang ada sotong goreng.
Saya dapati harga di sini amat berpatutan dan Patutlah ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan makanan di sini. Ruang makanan di sini terhad dan saya rasakan mungkin tak lebih daripada 20 orang yang boleh makan di sini pada satu masa.
Pada hari berikutnya saya datang lagi dan kali ini saya bungkus bawa balik ke rumah. Lepas isteri saya rasa nasi kandar Ali Khan, barulah dia mula rasa minat terhadap nasi kandar. kini ada anak saya pun adalah penggemar nasi kandar Ali Khan dan kadang-kadang kalau bawa mereka ke line clear pun mereka masih kata alihan lebih power daripada Line Clear
Kalau kita ambil lauk macam gambar yang saya ambil diatas untuk dibawa pulang, bajet nya adalah lebih kurang RM5 lebih seorang. Saya lebih suka masak nasi sendiri berbanding dengan nasi yang dibeli dari kedai. bila beli nasi di kedai kuahnya akan ditaburkan di atas nasi dan kemudian nasi akan dibungkus. Bila sampai dirumah nasi sudah kembang dan rasa dia dah campur dengan kari tadi. saya dah anak-anak tak gemar makan nasi kembang. selalunya kami ambil kuah campur tapi kali ini untuk gambar di atas kami ambil lauk ayam madu. dua-dua sedap. Lauk dengan kuah kari campur pun sedap lauk dengan ayam madu pun sedap.
Kalau anda ada sebarang komen atau pun nak kongsikan tempat yang menarik boleh bagitahu saya di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan