faktor keboleh jualan semula juga perlu diambil kira. sebagai contoh rumah teres satu tingkat adalah lebih mudah untuk dijual berbanding rumah teres dua tingkat. ini kerana harga teres satu tingkat adalah lebih murah berbanding dengan dua tingkat dan permintaan juga juga adalah tinggi berbanding dua tingkat. Sudah tentu satu hari nanti keluarga anda akan bertambah besar dan ketika itu anda juga mempunyai rezeki yang lebih untuk membeli rumah yang lebih besar. Waktu bila anda berfikir untuk menjual rumah tersebut, anda tidak pening kepala sangat untuk menjualnya.
Sepanjang penglibatan saya di dalam bidang Hartanah, Saya telah berjumpa ramai juga pemilik rumah yang terpaksa menjual rumah dengan harga yang sama dengan harga yang mereka beli beberapa tahun sebelum itu. tertentu ini merugikan kerana kita harus ingat yang bayaran bulanan adalah termasuk interest dan sebagainya. Bayaran Guaman untuk rumah pertama itu juga harus dikira. maka anda haruslah bijak memilih rumah pertama. Cari rumah yang senang untuk dijual semula.
Antara faktor yang mudah untuk dijual semula adalah
- harga dibawah RM200 ribu
- dekat dengan tempat kerja
- dekat dengan kemudahan seperti sekolah, masjid dan juga kedai-kedai keperluan harian dan juga kedai makan
- rumah yang senang untuk parking kereta
- rumah yang geran berstatus hak milik kekal
Jika anda berbangsa Melayu adalah lebih senang untuk menjual rumah jika dia jiran persekitaran anda juga adalah Melayu. Begitu juga dengan bangsa yang lain. Jika anda berbangsa India dan rumah anda depan surau, rumah macam ni pun susah nak jual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan