Selasa, 15 Mac 2022

Tips pembelian rumah pertama: Kumpul dokumen

 setelah anda mengisi dan menandatangani booking form ataupun borang tempahan, kini tibalah masa untuk kita kumpul dokumen yang berkaitan. jenis-jenis dokumen yang perlu kita kumpul akan berdasarkan sama ada kita ingin memohon pinjaman bank, LPPSA ataupun kita membeli rumah tersebut dengan tunai.
 Untuk permohonan bank dokumen yang diperlukan adalah seperti di bawah

Salinan kad pengenalan‌

salinan kad pengenalan


salinan slip gaji penyata bank selama 3 bulan


penyata bank selama 6 bulan jika ada pendapatan tambahan ‌

penyata KWSP terbaru


‌surat sah jawatan dari syarikat 


Saya selalu ingatkan client saya untuk minta HR sediakan surat pengesahan jawatan sebagai keutamaan kerana HR juga memerlukan masa untuk sediakan. Lepas dah bagitau HR barulah kumpul dokumen lain.

 Jika anda berniaga anda haruslah sertakan orang SSM  contoh resit pembayaran cukai selama dua tahun
 Jika anda ingin memohon pinjaman lppsa anda haruslah sertakan salinan kad pengenalan dan juga slip gaji. Ejen lppsa akan berurusan dengan anda untuk memudahkan proses.

 Jika anda ingin membeli rumah tersebut dengan tunai dokumentasi yang lebih mudah. anda hanya perlu sertakan salinan kad pengenalan sahaja.

 Secara asasnya urusan mengumpul dokumen ini akan diminta terus oleh pegawai bank dan ejen lppsa namun ada juga ejen Hartanah yang minta dokumen daripada anda dan ejen Hartanah sendiri yang akan serahkan semua dokumen berkaitan ke pihak pegawai bank dan lppsa setelah lengkap.

 Sekarang semua dokumen hanya perlu softcopy sahaja. maka anda akan lebih jimat kos print dan juga kos penghantaran dokumen ke bank dan sebagainya. Banyak apps ketika ini boleh digunakan untuk scan dokumen dengan kualiti yang cantik. Anda boleh cari app ini di Apple App Store ataupun Google Play Store


Tiada ulasan:

Catat Ulasan