Sabtu, 12 Mac 2022

Concubine Lane, Ipoh

 
Kali ni saya nak bawa anda ke concubine lane di Ipoh. Dulu masa saya melawat Ipoh saya tak kenal tempat ini tapi kali ini adik ipar saya beria-ia untuk membawa kami ke sini. Saya tak berapa berkenan sangat dengan nama tempat ini sebab concubine bermaksud gundik. Nak bawa anak ke sini lagilah saya tak berkenan. Namun setelah melihat gambar-gambar yang diambil di sini saya cuba untuk meluangkan masa disini.
 Parking di sini tidaklah sesukar mana dan mudah nak cari parking. kami menggunakan Google Map sahaja untuk ke sini. Kami tiba pada pukul 9 pagi dan kelihatan beberapa peniaga sudah mula membuka kedai. Ketika ini orang pun tak berapa ramai lagi. Di Lorong sini saja kita boleh nampak berapa tempat yang sesuai untuk di ambil gambar. Memang tempat ini cantik dan klasik.
 Pada mulanya kami nampak kedai yang menjual sarapan pagi. Cantik kedai ni dah ramai yang mengambil gambar di sini. Kemudian kami nampak banyak juga kedai yang menjual cenderamata. Bahulu panas-panas pun ada. Kami luangkan masa sebanyak lebih kurang 30 minit di Lorong ini sebelum kami pergi ke Lorong lain pula iaitu Lorong market atau dipanggil market Lane.
 Di sini kelihatan beberapa mural yang menarik untuk diambil gambar. mural adalah lukisan yang dilukiskan pada dinding. saya dapati ada beberapa pihak yang telah melukiskan dinding di disini. salah satu pelukis yang terkenal yang melukis di sini adalah Ernest Zacharevic yang juga telah melukis beberapa mural yang terkenal di Pulau Pinang.
 Kami rasa amat berbaloi untuk datang ke sini dan kami cadangkan setiap pengunjung yang datang ke Ipoh patut datang ke sini untuk mengambil gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan