Ahad, 13 Mac 2022

Tips pembelian rumah pertama: Kelayakan pinjaman bank

 Rumah adalah keperluan asas bagi setiap manusia tak kira zaman, kaya ataupun yang miskin. membeli rumah pada zaman sekarang adalah agak mencabar kerana harga adalah terlalu tinggi berbanding dengan pendapatan. jika ditahun 2000 seorang engineer muda boleh beli rumah dua tingkat dengan mudah tapi kini engineer muda hanya mampu membeli rumah flat. Walaubagaimanapun rumah tetap kena beli. Di sini saya ingin memberikan tips kepada pembeli muda yang ingin membeli rumah pertama.

 pertama kita haruslah mengetahui kelayakan pinjaman loan kita terlebih dahulu. kelayakan adalah berdasarkan kepada pendapatan, hutang, umur dan pekerjaan. Jika kita mempunyai pendapatan yang tinggi contohnya RM10 ribu sebulan tetapi kita punya hutang adalah sebanyak RM8 ribu sebulan, juga tidak akan memberikan pinjaman kerana nisbah hutang kita telah tinggi. Jika umur sudah lanjut bank juga sukar untuk memberikan pinjaman. Setiap bank mempunyai kriteria yang berbeza. Ada Bank yang boleh bagi pinjaman ke individu sehingga umur 60 tahun, ada yang hingga 65 tahun dan ada juga yang hingga 70 tahun. itu adalah secara kebiasaannya. Jika anda mempunyai duit yang sangat banyak dan berpangkat besar mungkin kriteria untuk anda juga berbeza.
Antara faktor lain mengapa orang berusia susah untuk mendapat pinjaman adalah kerana tempoh pinjaman mereka adalah singkat. sebagai contoh jika kita memohon pinjaman ketika berusia 55 tahun, ini bermakna kita hanya boleh pinjam selama tempoh 15 tahun sahaja jika bank tersebut memberikan had umur sehingga 70 tahun. Jika orang biasa membeli rumah dengan harga RM2000 sebulan mungkin dengan anda yang berusia 55 tahun anda perlu bayar RM4000 sebulan untuk rumah yang sama. Dalam istilah perbankan kita ada istilah dipanggil DSR iaitu singkatan kepada Debt service ratio. setiap bank mempunyai kadar DSR dan juga pengiraan yang berbeza

 satu lagi tips yang penting untuk saya nyatakan disini adalah jangan sekali-kali dengan mudah membenarkan pihak lain mengambil atau memotong bayaran secara terus dari slip gaji anda. Sebab jika ianya dipotong secara terus dari slip gaji anda, ianya akan dikira sebagai komitmen yang wajib anda bayar setiap bulan. contoh yang selalu saya jumpa adalah potongan ASB, Tabung Haji, Takaful dan sebagainya. 

 Pekerjaan juga diambil kira. Jika anda bekerja di sektor-sektor tertentu yang mempunyai risiko yang tinggi kemungkinan besar dan tidak akan meluluskan pinjaman anda. Pernah ada satu masa dimana syarikat oil & gas membuang ramai pekerja dan pada ketika itu juga bank susah untuk memberi pinjaman kepada golongan ini walaupun gaji pekerja di sektor ini adalah tinggi dari industri lain. Ketika COVID melanda ramai pekerja yang terlibat dalam sektor pelancongan juga tidak dapat bekerja dan akibatnya golongan ini juga tidak dapat kemudahan pinjaman perumahan.
 Bank lebih mudah memberikan pinjaman kepada pekerja di sektor yang kurang risiko. Gaji dan jawatan tetap juga penting. Jika jawatan anda adalah kontrak ada kemungkinan kriteria yang lebih ketat dikenakan untuk anda. Untuk yang bekerja sendiri pula, anda harus menyediakan slip bayaran cukai pendapatan syarikat selama dua tahun. Jika anda adalah peniaga di tepi jalan atau di pasar malam dan mengimpikan untuk memiliki rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan dari bank, anda haruslah menitikberatkan hal-hal cukai ini terlebih dahulu. Bukan hanya sekadar pendaftaran SSM sahaja.

 Hutang kad kredit juga memainkan peranan. Jika had limit kad kredit anda adalah tinggi ini bermaksud bank percaya kepada anda dan anda mampu membayar hutang tanpa sebarang risiko terhadap pihak bank. Namun jika anda berhutang hingga melebihi 50 peratus daripada had kad kredit anda, kemungkinan besar pinjaman perumahan anda tidak akan diluluskan. Selalunya bank akan minta anda untuk bayar kad kredit terlebih dahulu sebab yang ni boleh settle dengan cepat. Apa pun adalah baiknya anda kawal perbelanjaan dan berhutang secara berhemah.
 Hutang juga haruslah dibayar tepat pada masanya. Jika anda lewat bayar rekod anda akan sampai kepada pihak ctos dan ccris. CTOS adalah badan yang akan menyediakan laporan tentang kesihatan kewangan anda termasuklah komitmen-komitmen yang bukan dari bank. Manakala CCRIS pula adalah badan yang akan menyediakan laporan kewangan anda yang berkaitan dengan hutang hutang bank. Yang penting Bank nak tengok bagaimana risiko yang mereka akan terima jika terima anda sebagai klien. Maka jika ada hutang,  janganlah bayar lambat bermula dari sekarang.

 Selain itu jika anda ada hutang dengan PTPTN, PTPTN ada hak untuk blacklist anda jika ada terus menyepi dari membuat bayaran. Bukan sahaja anda tidak dapat keluar negara,  anda juga tidak dapat membuat pinjaman perumahan. Jika anda di blacklist, anda haruslah menghubungi PTPTN dan berbincang bagaimana untuk anda dapat keluar daripada blacklist tersebut. Kebiasaannya jika anda telah lepas daripada blacklist, mereka akan sediakan satu surat yang menyatakan ada sudah tidak bagi blacklist. Surat ini perlu disertakan semasa anda memohon pinjaman perumahan nanti.
 Kalau nak tahu berapa kelayakan maksimum loan rumah boleh guna link dibawah


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScpmKibYdkd7OqmhJ4RN13hKrmIup2I8pUetgZRS5X9ipvdTQ/viewform

 Selain itu nilai simpanan didalam bank juga adalah penting. Jika kita bergaji rm20000 sekalipun tapi kalau hujung bulan duit kita dalam bank adalah kosong, bank juga takut untuk memberikan kita pinjaman. Secara asasnya bank nak lihat betapa kukuhnya kewangan kita. Kalau kita boleh memberi bukti kita mempunyai income tambahan ataupun simpanan tambahan itu lebih baik. Tak kiralah simpan ASB, Tabung Haji ke dan sebagainya.

Diharap dengan penerangan di atas anda dapat memahami tentang hal-hal yang berkaitan dengan permohonan pinjaman perumahan dengan bank. Untuk tajuk berikut saya akan sentuh pula bagaimana tentang pinjaman perumahan melalui lppsa iaitu badan yang akan menguruskan pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan.
 

Sabtu, 12 Mac 2022

Concubine Lane, Ipoh

 
Kali ni saya nak bawa anda ke concubine lane di Ipoh. Dulu masa saya melawat Ipoh saya tak kenal tempat ini tapi kali ini adik ipar saya beria-ia untuk membawa kami ke sini. Saya tak berapa berkenan sangat dengan nama tempat ini sebab concubine bermaksud gundik. Nak bawa anak ke sini lagilah saya tak berkenan. Namun setelah melihat gambar-gambar yang diambil di sini saya cuba untuk meluangkan masa disini.
 Parking di sini tidaklah sesukar mana dan mudah nak cari parking. kami menggunakan Google Map sahaja untuk ke sini. Kami tiba pada pukul 9 pagi dan kelihatan beberapa peniaga sudah mula membuka kedai. Ketika ini orang pun tak berapa ramai lagi. Di Lorong sini saja kita boleh nampak berapa tempat yang sesuai untuk di ambil gambar. Memang tempat ini cantik dan klasik.
 Pada mulanya kami nampak kedai yang menjual sarapan pagi. Cantik kedai ni dah ramai yang mengambil gambar di sini. Kemudian kami nampak banyak juga kedai yang menjual cenderamata. Bahulu panas-panas pun ada. Kami luangkan masa sebanyak lebih kurang 30 minit di Lorong ini sebelum kami pergi ke Lorong lain pula iaitu Lorong market atau dipanggil market Lane.
 Di sini kelihatan beberapa mural yang menarik untuk diambil gambar. mural adalah lukisan yang dilukiskan pada dinding. saya dapati ada beberapa pihak yang telah melukiskan dinding di disini. salah satu pelukis yang terkenal yang melukis di sini adalah Ernest Zacharevic yang juga telah melukis beberapa mural yang terkenal di Pulau Pinang.
 Kami rasa amat berbaloi untuk datang ke sini dan kami cadangkan setiap pengunjung yang datang ke Ipoh patut datang ke sini untuk mengambil gambar.

Gerbang Malam Ipoh

 Kali ni saya nak bawa anda semua ke satu tarikan yang terletak di Ipoh iaitu gerbang malam.  Gerbang Malam terletak di tengah Bandaraya Ipoh dan dibuka pada waktu malam.  Konsepnya sama seperti Uptown di bandar-bandar lain. 
 Saya difahamkan tempat ini dibuka pada setiap malam.  terdapat banyak gerai yang menjual pakaian seperti jersi sukan, baju t-shirt, topi dan sebagainya. Terdapat juga gerai yang menjual gadget telekomunikasi  seperti earphone, headphone,  charger  dan sebagainya.  Selain itu ada juga gerai untuk mengurut kaki. 
 Parking di sini free cuma kita perlukan masa untuk mencari sebab parking selalu penuh. kami menghabiskan masa lebih kurang satu jam di sini kerana  adik ipar saya memang datang sini untuk mencari baju.  Ambil masa yang lama juga untuk mencari baju yang sesuai.

Tasik Cermin, Ipoh

 Kali ni saya nak bawa anda ke tasik cermin, Ipoh. Kami bergerak dari Pahang dan untuk ke sini kami keluar lebuhraya Plus melalui tol Simpang Pulai.   

Tasik ini sebenarnya berdekatan dengan Kampung Gunung Rapat. Kedudukan tasik cermin ini agak ke dalam sedikit dan kita terpaksa melalui tanah milik company lain terlebih dahulu sebelum kita boleh sampai ke tasik cermin ini.


 Bayaran RM10 dikenakan oleh company tersebut( company kuari) untuk setiap kenderaan yang melalui tanah ini sebelum anda boleh tiba ke tasik cermin. Setelah sampai ke kawasan tasik cermin kami perlu membayar lagi duit untuk masuk ke sini. Bayaran masuk adalah sekitar RM2 seorang
 Saya agak terkejut sebenarnya sebab sebelum ini daripada sumber yang saya dapat dari internet bahawa bayaran masuk hanya dikenakan sekali sahaja iaitu sebanyak RM5 sebagai duit parking. Mungkin sumber dari Internet tersebut adalah sumber lama dan kami cuba berlapang dada. Mungkin ada penambahbaikan yang mereka lakukan di tempat ini. Yang tak patut adalah syarikat kuari berkenaan yang mengenakan kadar tol yang tinggi.
 Untuk sampai ke hotspot tasik cermin kita perlu melalui terowong atau gua sejauh lebih kurang 50 meter. Terowong nya agak gelap tapi dari kejauhan kami boleh nampak suasana yang cantik berwarna hijau kebiruan dihujung sana.
 Saya cadangkan anda untuk datang ke sini pada waktu cuaca baik kerana jika anda datang pada waktu hujan, ada mungkin tak akan nampak kesan cermin atau pantulan yang baik. Contohnya ketika itu air bergelora ataupun mungkin permukaan air itu terkena tompok-tompok hujan. Maka imej daripada persekitaran tak nampak jelas di permukaan air.
 Juga saya cadangkan anda untuk tidak datang ke sini pada waktu hujung minggu ataupun cuti am kerana gambar yang sesuai untuk tempat seperti ini sepatutnya menunjukkan hubungan anda dengan Alam. Tak boleh ramai sangat orang di dalam satu gambar. kami meluangkan masa selama hampir satu jam di sini kerana kami perlu menunggu giliran dan juga mencari idea untuk mengambil gambar. kawasan ni sebenarnya kecil sahaja tapi kami rasakan tempat ini amat berbaloi untuk dikunjungi

 saya mungkin akan datang sekali lagi kerana secara jujur saya tidak puas hati dengan kualiti gambar yang saya ambil kerana saya tiba ketika waktu hampir hujan dan efek pembalikan imej ke atas permukaan Tasik tidak berapa menjadi.

Jumaat, 11 Mac 2022

Floating Market Kangar

 Kali ini saya ingin membawa anda ke tempat tarikan terbaru di Kangar iaitu floating market Kangar. Oleh kerana pintu sempadan mati ditutup mesti ramai yang rindukan floating market di Hatyai. Maklumat terbaru yang kita terima adalah sempadan negara akan dibuka pada 1 April nanti. Rasanya Mesti ramai yang tak sabar hendak ke Hatyai.

 Ok kita berbalik kepada topik asal kita iaitu Floating market Kangar. Kami di sini hanya dengan menggunakan Google Map sahaja. mudah untuk sampai ke sini. Sebenarnya kawasan ini terletak di dalam jabatan Parit dan saliran negeri Perlis. pada mulanya kami mengganggap tempat ini sama seperti floating market di Hatyai tapi sangkaan kami meleset.
 Tergamam juga kami sebab hanya beberapa sampan sahaja di sini. Jualan di atas sampan pun tak semeriah di Hatyai. Tapi bagi saya jika lebih banyak sampan disediakan dan jualan juga lebih menarik, mesti lebih ramai pengunjung yang datang dan membuatkan tempat ini menjadi lebih meriah.
 berbanding Hatyai yang sampannya diletakkan di dalam sungai di sini sampainya di letak dalam kolam.   
Walaupun begitu kolam ini amat cantik. Aktiviti bersampan di dalam kolam juga disediakan. Kami menyewa satu sampan untuk anak-anak dan harganya kami rasakan amat berbaloi. Seingat saya tak sampai RM 15. Ternyata anak-anak kami amat gembira dengan aktiviti bersampan disini.
 Selain jualan disampan di sini juga terdapat gerai gerai yang diletakkan di bawah khemah di depan pejabat JPS. Kami meluangkan masa hampir sejam di sini. insya-allah kami akan ke sini lagi untuk aktiviti bersampan

melawat Kota Kuala Kedah

 Selepas makan di Gulai Ikan Meletop saya ingin membawa anda untuk melawat atau tarikan pelancong berdekatan dengan kedai ini iaitu Kota Kuala Kedah. Jaraknya tak sampai satu kilometer pun.
 Berdasarkan fakta sejarah Kota ini dibina pada tahun 1771 dan tukang bina dibawa dari India. Kota ini pernah diserang oleh Bugis, Siam dan Acheh. Semasa zaman perang Dunia Kedua, Kota ini pernah dijadikan markas oleh tentera Jepun. Kini tempat ini telah dijadikan tempat pelancongan yang amat menarik.
 Parking adalah percuma dan masuk juga adalah percuma. Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk diambil gambar. di dalam kawasan itu juga terdapat di galeri yang menerangkan tentang pengenalan sejarah fungsi kuota tersebut.
 Rata-rata mengambil masa lebih kurang satu jam untuk bergambar Disini. di sini bukan hanya bergambar tapi anak-anak kita juga mendapat ilmu terutama ilmu sejarah.

Gulai Ikan Meletop, Kuala Kedah

 Kali ini saya ingin membawa anda makan berdekatan Kota Kuala Kedah. Kalau anda ke sini ada akan nampak banyak kedai menjual ikan segar yang baru turun dari laut. Kebanyakan kedai menjual ikan termenung di sini dan harga pun murah murah belaka.

 kami singgah di salah sebuah kedai makan yang menyediakan kari ikan temenung. Dalam perjalanan kami ternampak satu kedai yang penuh dengan kereta Parking di situ. Tanpa banyak soal kami pun ingin mencuba. kedainya agak Sibuk dengan orang dan di depan kedai itu tertulis kedai termenung meletop. 
 Saya anggapkan dalam kedai tu mungkin boleh memuatkan 100 orang dalam sesuatu masa. lauk-pauknya pula terdiri daripada lauk-lauk kampung macam mak kita masak di rumah. mungkin dalam 30 jenis masakan disediakan disini. 
 Oleh kerana di sini terkenal dengan ikan termenung maka adalah wajib untuk kita ambil ikan termenung di sini. nak ikan termenung goreng pun ada ikan temenung kari pun ada. macam saya, saya ambil kedua-duanya sekali. makan disini Alhamdulillah Kerana kami amat puas hati dan kenyang. harga pun amat berpatutan.
  selain dari lauk utama di sini juga ada gerai kecil-kecilan yang menyediakan makanan seperti cendol. selepas kenyang anda boleh bakar kalori anda dengan meluangkan masa berjalan kaki di dalam Kota Kuala Kedah yang terletak tak sampai satu kilometer dari restoran ini