Jumaat, 8 April 2022

Patutkah kelas murid diasingkan mengikut kemampuan

 Topik samada pelajar harus diasingkan mengikut kemampuan ataupun tidak adalah satu topik yang tidak berkesudahan. kali ini mari kita tengok apa komen-komen daripada netizen tentang topik penting ini.
" murid yang laju ni bila dah siap kerja sekolah dia akan kacau kawan yang lain."

" zaman PKP ni makin banyak budak ketinggalan dan pelajar haruslah diajar mengikut kemampuan masing-masing"
" cikgu yang mengajar kelas belakang bukan semuanya nak mengajar sungguh-sungguh pun.."
 "kelas campur ni sesuai hanya untuk di sekolah yang kurang murid sahaja"
 "cikgu yang nak pencen dihantar untuk mengajar kelas belakang, cikgu yang hebat pula dihantar untuk mengajar di kelas depan."

 cuma pendapat saya ada cikgu yang dah nak pencen ini dihantar berdasarkan pengalaman sebenarnya 


" kelas campur ni bukan Hanya memberi kesan kepada Cikgu Sshaja tetapi kepada murid juga"

' ibubapa tak sepatutnya risau anak masuk kelas mana sekalipun"

 "arahan untuk tidak membeza-bezakan kelas adalah datang daripada komen ibu bapa juga"

" Kementerian Pendidikan tidak seharusnya melarang kelas campur ni hanya berdasarkan komen daripada ibubapa sahaja"

" murid yang cepat faham mungkin bosan bila mendengar cikgu mengulang benda yang sama  berulang bali dan pelajar yang lambat pula akan berasa stress bila cikgu mengajar terlalu cepat"
" jika kita mempunyai ramai anak di rumah,kita pun mesti tahu yang cara ajar setiap anak tidak sama"

 "Kementerian Pendidikan seharusnya tidak mendengar komen-komen ibu-bapa yang hanya suka mengkritik dan akhirnya cikgu dan anak murid pula yang jadi mangsa"

 saya sendiri menyokong untuk kelas diasingkan mengikut kemampuan pelajar Sebab saya sendiri pun pernah mengalami situasi yang sama. saya pernah duduk di kelas paling depan dan juga pernah duduk di kelas yang paling belakang. Saya pernah duduk di kelas paling belakang untuk subjek matematik tambahan semasa di tingkatan 5. Saya diajar oleh cikgu yang juga penulis buku teks matematik tambahan tingkatan 5 yang  digunakan pada tahun 95. Bayangkanlah master sifu add math yg buat buku teks yg ajar kami. Muka dia pun ada kat belakang buku teks tu. 

Namun kami faham tugas beliau bukanlah untuk buat magic dari bakal gagal sampai boleh dapat A1 SPM. Kami faham yang matlamat utama kelas kami hanyalah untuk lulus SPM dalam mata pelajaran tersebut manakala matlamat untuk pelajar kelas depan pula mestilah untuk mendapat A1. Kami Okey dengan matlamat itu sebab kami tahu kemampuan kami. Maka cikgu pun hanya tumpukan 2 atau 3 bab awal yang senang saja berbanding semua bab dalam buku yg kelas depan buat. Paling tidak dengan hanya menjawab soalan dari bab awal dengan betul pun membolehkan kami lulus subjek tersebut.

Anda pula bagaimana ? sila tulis di ruangan komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan