Jumaat, 11 Mac 2022

Jerami Gulung Sedaka, Yan

 Kali ni saya nak bawa anda semua ke satu tempat tarikan terkenal di Yan iaitu jerami gulung sedaka. Sebenarnya kami pernah cuba untuk sampai ke sini tapi malangnya ketika itu bukan musim menuai. Jerami gulung hanya wujud pada musim menuai sahaja. Bermakna Sesiapa yang berminat untuk datang ke sini haruslah peka dengan musim padi. Kami kesini pada bulan Februari.


 Untuk ke sini kami hanya menggunakan Google Map saja. pastikan di Google Map anda tertulis jerami gulung sedaka sebab ada juga jerami gulung yang disalah letak tempatnya. sebelum ini kami menggunakan Google Map juga tapi kami di bawa ke tempat yang lain dan tempat yang sukar untuk dilalui oleh kereta.
 jerami gulung ini terletak di tepi jalan sahaja dan parking juga amat mudah. di sini parking free disediakan juga. selain parking free di sini juga terdapat warung betul-betul bersebelahan dengan tempat yang famous untuk mengambil gambar.
 Masuk ke sini free tanpa sebarang bayaran. Memang banyak tarikan di sini dan semuanya bergantung kepada skill mengambil gambar masing-masing. Selain dari itu ATV juga disediakan dengan bayaran RM15 ringgit untuk 2 kali pusingan. Bagi kami harga ini amat berbaloi untuk anak-anak mencuba. Ternyata anak-anak amat gembira dengan aktiviti ATV ini. 
 Saya cadangkan untuk anda datang pada waktu pukul 10 pagi kerana ketika itu cahaya matahari juga amat cantik. Dengan berlatar belakangkan Gunung Jerai cahaya matahari dan terang dan langit yang biru pasti gambar anda akan lebih cantik
 Selain 10am waktu yang sesuai adalah pada pukul 4 petang. Photographer memanggil waktu ini sebagai golden hour kerana ketika itu warna cahaya matahari adalah seperti warna keemasan. Tapi pada ketika blog ini ditulis kebiasaan waktu petang adalah waktu hujan. Jarang pagi hujan.
 Rata-rata pengunjung di sini mengambil masa 30 hingga 40 minit untuk mengambil gambar. Dengan teknik yang betul gambar tentu akan jadi menarik.

Taman Tema Air, Bukit Merah Laketown Resort

Kali ni saya nak bawa anda semua ke Bukit Merah Laketown Resort. Sebenarnya dah banyak kali saya pergi ke tempat ini tapi dah lama sangat.  mungkin dalam 10 hingga 13 tahun yang lalu.  Last sekali saya pergi ketika Company saya ada buat free trip  ke sana.
  Lama juga tempat ni ditutup kerana covid.   pada mulanya isteri saya ingin membawa kami ke Lost World Tambun tapi memandangkan kami hanya ingin bermain air selama dua atau tiga jam sahaja,  Mungkin ianya tidak berbaloi dengan harga tiket yang perlu kami bayar.
 melalui website Bukit Merah Laketown Resort,  saya dapati harga tiket untuk dewasa adalah RM40 manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM 20.  bagi keluarga yang ramai harga tiket ni adalah masih berpatutan.  setelah berbincang kami semua setuju untuk ke Bukit Merah Laketown Resort.
 masa kami sampai,  kapasiti parking adalah sebanyak 30 peratus. kira kira Okeylah juga sebab kami pergi pada hari biasa dan bukannya hujung minggu.  kalau penuh pun tak seronok juga. semasa nak bayar tiket,  rupanya harga tiket untuk dewasa hanyalah RM25 sahaja.  bagi saya okeylah Sebab banyak juga yang kita dapat jimat.  pakaian untuk masuk ke sini tidaklah seketat  Lost World of Tambun  cuma kami diberitahu pakaian berzip dan kain kapas tidak dibenarkan.
 kami  diberikan gelang kod untuk diletakkan di pergelangan tangan dan gelang itu mestilah di scan sebelum dibenarkan masuk.  Ruang masuk adalah  berdekatan dengan locker.  Kos loker adalah sebanyak RM15 Tapi kalau tak nak pakai local pun tak apa.  janji kena ada orang yang jaga barang-barang kita Semasa kita sedang bermain air.

  Tandas dan tempat persalinan juga disediakan tanpa sebarang  bayaran yang dikenakan.  keadaan dalam tandas adalah bersih.  selain dari itu surau juga disediakan untuk pelancong Muslim.  disebelahnya pula ada bilik rawatan.  setelah pakaian semua ditukar maka anak-anak pun terus bergerak ke tempat permainan air.
 mula-mula kita akan jumpa  permainan yang  sesuai untuk kanak-kanak.  semakin jauh kita pergi  kita akan tengok tarikan lebih kepada untuk orang dewasa.  luas juga kawasan di sini.  dari jauh Kita akan dengar suara DJ yang memainkan lagu dan berinteraksi dengan  pengunjung.
 masa kami datang Kebetulan selalu hujan di waktu petang.  Kami cuma sempat bermain selama 2 jam sahaja. Walaubagaimanapun kami rasa puas.  cuma satu teguran yang saya telah buat kepada pihak Bukit Merah Laketown Resort iaitu  tempat untuk mengambil wuduk tak sepatutnya diletakkan  di luar tanpa dilitupi bumbung.  adalah tak logik untuk mengambil wuduk di dalam hujan yang lebat.  juga mereka seharusnya  menyediakan Jalan berbumbung untuk pengunjung berjalan keluar  ketika hujan lebat.  Kita tahu mungkin konsepnya adalah waterpark tapi selepas kita menyalin pakaian  seharusnya kita tidak akan suka jika pakaian kita basah sekali lagi sebelum masuk ke dalam kereta.

 untuk keseronokan maksimum saya cadangkan untuk sewa pelampung  tapi harganya mahal lah sikit. Satu pelampung berharga RM30. Saya dengar ramai juga yang complain pasal harga pelampung tapi redha je lah.

Khamis, 10 Mac 2022

Kampung Agong, Penaga


kali ini saya ingin membawa anda semua ke tempat tarikan terbaru di Pulau Pinang yang di panggil Kampung Agong yang terletak di Penaga di daerah Seberang Perai Utara. Tempat ni cantik ibarat Bali dan ramai yang mengambil gambar Disini untuk diletakkan di dalam Instagram, Facebook dan sebagainya. Banyak kali juga saya nampak gambar rakan-rakan Facebook tentang tempat ini, tapi hati saya belum terbuka lagi untuk ke tempat ini. Maklumlah sebab dua tahun lepas sebaik sebelum pandemik melanda, kami sempat ke Bali. Lagipun tempat ini tak jauh dari rumah kami dan selalunya tempat yang dekat ni lah tempat yang paling susah kita nak pergi. 

Kami pun akhirnya pergi ke sini kerana adik ipar yang tinggal di Pahang datang semata-mata untuk ke kampung Agung ini. kami pun macam tak percaya apa yang menarik sangat tentang tempat ni sampai orang jauh pun sanggup datang. maka kami pun setuju untuk ikut dah jadi penunjuk arah. 
Kami pergi pada hari Isnin dan kami jangkakan tak ramai orang datang ke sini. Maklumlah sebab hari ini kan hari kerja namun sangkaan kami meleset kerana parking hampir penuh. parking disediakan elok untuk tetamu yang datang. saya tak dapat bayangkan kalau hari ini adalah hari hujung minggu. Mesti parking penuh. 
Tiket masuk untuk dewasa adalah sebanyak RM10 manakala untuk kanak-kanak pula adalah sebanyak RM5. Bila dah masuk kita akan nampak betapa besarnya tempat ini sampai anak-anak pun give up tak sanggup untuk jalan jauh. 
Terlalu banyak hotspot untuk ambil gambar dan ianya berbaloi dengan apa yang kita telah belanjakan untuk masuk kesini. dekat sini ada tiga taman semuanya dan dijangkakan akan ada pertambahan kawasan pada masa hadapan kerana kami boleh nampak ada tempat baru nak buat. 
Kami luangkan masa hampir 3 jam di sini. Itu pun sebab anak-anak sudah keletihan. Penat jalan dalam kawasan ni sebab kawasannya terlalu luas. Apa pun saya yakin sesiapa saja datang sini pasti puas hati. Sebelum kami masuk kami ada ternampak satu papan tanda yang tertulis Kampung Agung ala Bali. Kami sebagai pelancong yang pernah ke Bali setuju dengan pendapat ini. Memang setaraf. 


























Banyak Pilihan Makanan depan Jeti Sungai Perak Indah, Kuala Kangsar

Selepas selesai lawatan kami di Victoria Bridge kami bergerak ke arah Bandar Kuala Kangsar untuk menikmati makanan tengahari. Saya diberitahu di tepi sungai Perak ada jeti baru yang bernama Jeti Sungai Perak indah dan di hadapannya terdapat Banyak pilihan makanan yang sedap-sedap di daerah Kuala Kangsar.

 kalau sampai sini pada waktu tengahari agak susah sikit untuk cari parking.  kami datang pada hari ahad   dan saya beranggapan orang Kuala Kangsar Mungkin makan tengahari di rumah  Tapi ternyata sangkaan saya tidak benar. Sebenarnya ramai pelancong  yang datang ke Kuala Kangsar  dan makan di sini.  Kalau hari biasa dah tentulah pekerja office di sekitar Kuala Kangsar akan datang makan disini

 Setelah Parking di sini terbukti cakap cakap itu adalah benar kerana memang terdapat Banyak pilihan makanan di sini. Antara yang famous di sini adalah ikan bakar,  patin tempoyak dan patin asam pedas. kami singgah di salah satu kedai makan di sini. banyak juga Lauk yang disediakan untuk pelanggan dalam banyak-banyak tu Saya memilih ikan patin asam pedas.

Asalnya Saya teringin nak ambil ikan patin tempoyak tapi mengenangkan saya baru saja makan ikan patin tempoyak di Pahang, saya terpaksa pilih yang lain.  kerana tak mahu Kecewa saya ambil juga sedikit kuah tempoyak untuk diletakkan sebagai kuah di atas nasi saya.  Setelah saya makan saya rasa amat menyesal kerana saya sepatutnya pilih ikan patin tempoyak kerana ikan tempoyak nya amat sedap sekali berbanding ikan patin asam pedas.  menurut adik ipar saya yang tinggal di Bera dan selalu makan ikan patin di Temerloh,  tahap kearifan orang Perak terhadap tempoyak mungkin membuatkan  ikan patin tempoyak di Kuala Kangsar rasanya Lebih sedap dari Temerloh

Disamping itu di sini juga terdapat banyak gerai gerai yang menyediakan makanan ringan contohnya cendol, laksa, spaghetti dsb.  ada juga aktiviti busking untuk meriahkan suasana di sini. 
kepada anda semua yang merancang untuk melawat negeri Perak saya cadangkan anda ke sini untuk menikmati hidangan yang sedap seperti patin tempoyak yang saya sebutkan ini.  memang puas hati. Tak percaya cubalah.

Victoria Bridge, Kuala Kangsar

Selepas kami melawat Warung Pak jabit, kami bergerak ke satu lagi tempat yang menarik di Kuala Kangsar iaitu Victoria Bridge. Jika kita menggunakan Google Maps kita mungkin akan keliru kerana ada kemungkinan Google Maps akan tunjuk kita ke lokasi yang salah. Pada asalnya kami mendapat maklumat dari Google Map kami perlukan 16 minit untuk sampai tapi rupanya kami perlukan hanya 2 minit sahaja untuk sampai. Dekat rupanya.

Masa kami sampai di sini keadaan agak sesak dan banyak juga geng motor yang datang. kami terpaksa parking kereta jauh sikit dari tempat yg disediakan kerana tempat parking sudah penuh. kami berjaya jumpa Parking di sebelah kedai buah yang terletak dalam lebih kurang seratus meter dari Victoria Bridge.

Tiada wang masuk dan parking dikenakan tapi tempat ni terjaga dengan baik. Di sini juga ada dipaparkan sejarah tentang Victoria Bridge. disamping tempat yang menarik untuk bergambar tempat ini juga boleh kita pengetahuan Dari sudut sejarah. kebanyakan orang akan menghabiskan masa lebih kurang 30 minit di sini

Rabu, 9 Mac 2022

Warung Pak Jabit, Kampung Pisang

Kali ini saya ingin bawakan anda semua ke satu tempat yang tidak asing lagi bagi penggemar filem Kampung Pisang iaitu warung Pak Jabit. saya mendapat tips lokasi pengambaran setelah menonton YouTube  temubual antara Man ex drummer kumpulan May dan juga Kazar  yang berlakon dalam filem Kampung Pisang sebagai Pak Din.


lokasinya terletak di Enggor berdekatan Kuala Kangsar di belakang stesen minyak Buraq Oil.  perjalanan kami ke sini adalah lancar dan kawasan kampung juga amat tenang  ketika kami sampai.  Memang patut pun mamat khalid membuat filemnya di sini kerana saya rasakan suasana di sini boleh memberikan Ilham kepada penggiat seni.


Semasa kami sampai tiada penggambaran pun dilakukan dan tempat tu kosong tiada orang dan barang. dalam keadaan begini suasana lokasi sudah tidak sama seperti yang digambarkan dalam filem.

contohnya latar belakang buraqoil tu telah ditutup dengan penghadang.  kerusi meja juga tiada.  Tapi dari struktur bangunan kami yakin itulah tempatnya Warung Pak jabit.


Saya berharap mungkin satu hari nanti pihak pelancongan negeri Perak menjadikan tempat ini sebagai satu salah tempat pelancongan yang di negeri Perak.