Selasa, 13 Februari 2018

Mee Rebus Mama, Permatang Pasir

#penang food #mee rebus #sedap



Kali ni nak bawa anda ke Mee Rebus Mama yang terletak berdekatan dengan PPD daerah Seberang Perai Tengah. Dibuka Isnin~Sabtu dari 11am hingga ke 8pm, menyediakan pelbagai makanan terutamanya Mee Rebus. Selain tu ada Mee Goreng, Maggi goreng, Nasi Ayam, Bihun sup dll. Ramai yang telah mencuba dan puas hati. Harga dari MYR4 hingga MYR12 shj.


Saya dah cuba mee rebus biasanya. Rasanya memang terbaik dan saya rasa akan kerap singgah makan disini. Di dalamnya ada daging yang lembut, cucoq yg rangup,  dan telur rebus separuh. Boleh terliur kalau teringat. Kuahnya pekat dan ada kacang kisar.  Harga myr4 untuk mee Rebus sesedap ini. So kalau anda ada di kawasan butterworth, permatang pauh, penanti; anda boleh try mee rebus yang sedap ni.





































































Swiss court apartment damai laut





Salam kepada pembaca setia blog ni. Just nak share pengalaman kami bercuti menggunakan voucher percuma 3 hari 2 malam oleh SGI Vacation club. Voucher ni diterima setelah saya hadir ke sessi taklimat oleh SGI Vacation club di Swiss garden Sungai Petani. Setelah selesai taklimat, baru la dapat voucher ni. Saya diberi pilihan untuk menginap dihotel Swiss-Garden Residences Bukit Bintang Kuala Lumpur; Swiss garden Kuantan dan Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut.  Pada mulanya saya cuba booking KL tapi susah nak dapat dan tarikh pun tak sesuai dengan saya. Akhirnya saya mengalah dan ambil Damai Laut.





Damai Laut ni rasanya ramai yg dah pernah pergi dan tahu betapa terpencilnya tempat ini dan susahnya nak cari makan. Disini nanti kami akan kongsikan tempat makan yang berdekatan dengan swiss Garden ni.





Kami bertolak dari Penang melalui jalan lama bermula pukul 9am dan dijangka tiba pada 12pm. Tepat pada waktu makan tengah hari. Tapi kita dah tahu pasal susah nak cari makan, maka kami singgah makan di pekan Trong. Restoran Selera Mak Wok nampak macam well established dan mungkin inilah satunya Restoran yang sebegini disepanjang perjalanan ke Damai Laut. Memang ada beberapa warung lain ditepi jalan cuma mungkin lauknya tak banyak jenis dan kurang selesa. Disini lauknya ada lebih urang 30~40 jenis dan sedap belaka. Harganya berpatutan dan selesa.

































Selepas makan , kami teruskan perjalanan dan singgah di Billion Pantai Remis untuk membeli makanan ringan untuk bekalan di apartment nanti. Selain Billion, ada kedai 99 Speedmart yang boleh membantu kita berjimat. Kami tiba di Damai Laut pada pukul 2pm dan check in. Damai Laut kalau nasib tak baik mungkin kena musim lalat. Alhamdulillah masa kami sampai, lalat terkawal juga. Boleh kata kalau jumpa pun tak sampai sepuluh. Terdapat block A, B, C, D, E dan F dan didalam blok tu sendiri ada yang jenis apartment 2 bilik, Apartment 1 bilik dan ada juga yg Studio.(tak ada bilik. Kitchen , bilik tidur, ruang tamu setempat).
















 Setelah berehat, kami pun bersiap ke swimming pool. Peraturan disini tak ketat sengat. pakaian macam Ameer & Areef ni pun dah OK. Cuma sedikit komen dari saya ialah kalau boleh kolam kanak2 ni dibesarkan sikit. Kebanyakan yang nak mandi sangat kolam ni sebenarnya budak2. Pelampung juga disediakan dengan bayaran MYR5~20. Kami ambil pelampung yang paling besar beharga MYR20 sejam. Kalau pecah, kena ganti MYR100. Selain tu disini ada permainan dart, sauna secara percuma. Aiskrim, Satay dsb pun ada cuma harganya boleh kata 2 kali ganda dari biasalah.




















 Lepas puas bermandi manda, tak sah rasanya kalau tak menikmati sunset disini. Sunset matahari terbenam di sini adalah antara yang tercantik di Malaysia.

















 Selepas menikmati pemandangan indah sewaktu matahari terbenam, kami pun mencari port makan malam yang berdekatan dengan Swiss Garden ni. Kami ke MAME Mee Udang yang terletak di Batu 3 Segari 9km dari Swiss Garden. Makanan dan harganya menepati cita rasa. Cuma masa menunggu makanan tu agak lama juga la.(20~30min). Lepas makan, kami pun pulang ke Swiss Garden.











 Esok paginya saya pergi ke Batu3 Segari lagi untuk mencari makanan untuk dibawa balik ke Swiss Garden. Disini ada 2~3 gerai menjual sarapan pagi dan ada 1 warung roti canai. Harga pun berpatutan dan sedap. Kami makan di apartment sahaja. 



Selepas makan, anak2 dah tak sabar nak mandi kolam lagi. So kami ke kolam mandi lagi dari 9am hinggalah ke 10am. Kemudian suruh anak2 buat kerja sekolah. 







 Kami Check out pada 12pm. Walaupun voucher untuk 2 malam, kami guna 1 malam sahaja. rasa berat hati nak tinggalkan apartment sebab rasa macam tak puas. Tapi apa kan daya , esok anak dah nak sekolah. Voucher SGI hanya boleh digunakan pada Ahad~Khamis sahaja.(weekday). Walaupun ramai yg memberikan komen negatif tentang apartment ni, tapi alhamdulillah ianya tak terjadi kepada saya sekeluarga. Kami terutamanya anak2 amat gembira dengan percutian ini.







Ahad, 17 Disember 2017

Master cendol Cherating


Selepas jalan2 cari keropok lekor di Chendor, kami pun singah ke tempat baru ni. Masa kami sampai kebetulan ramai orang yang datang singgah. tengah hari la katakan. Kami pun dah berjam2 tak minum air dan kebetulan sini boleh refill free.



































Location: Jln Kuantan-Kemaman, Kampung Baharu Cherating, 26080 Balok,Pahang(


4°05'46.8"N 103°22'54.5"E)



Speciality: Chendol 




budget: MYR2 for cendol biasa


Operation time: 10am~6pm


capacity:100 person(estimate)


childseat: provided


toilet:provided


parking:provided


Entertainment: radio




My good comment: Murah dan boleh tambah free. Selain dari cendol terdapat banyak lagi seperti ikan celup tepung, keropok lekor dsb.

My bad comment: Rasanya biasa2 je. Kalau sedap sangat dan ramai orang yg tambah free, macam mana owner nak hidup? tapi bagi saya dari spend beli air kat tepi jalan cherating, better spend kat sini. saya hargai risk yang owner ni amik.

Isnin, 11 Disember 2017

Wedding Photographer


Sedang mencari photographer untuk majlis perkahwinan anda di Penang dan Kedah(Kulim & SP)? Kami di NZRPHOTO Productions ada menawarkan beberapa pakej yang bersesuaian dan menarik untuk anda.








































Pakej A(MYR1299)


Cover akad + sanding
1 senior photographer
1 custom album 8X12 inch glass cover 20 pages
1 wood poster 12x18 inch
1 DVD unlimited qty of edited photos
1 briefcase
Free outdoor
8 hours photo session including outdoor

Pakej B (MYR999)
Cover Sanding
1 senior photographer
1 custom album 8X12 inch glass cover 20 pages
1 wood poster 12x18 inch
1 DVD unlimited qty of edited photos
1 briefcase
Free outdoor
6 hours photo session including outdoor

Pakej C (MYR599)
Cover sanding
1 senior photographer
1 wood poster 12x18 inch
1 DVD unlimited qty of edited photos
Free outdoor
6 hours photo session including outdoor




# Harga utk 10km radius dari Butterworth




PM melalui sms/whatsapp 0164449278/0196890717 Sebelum tarikh anda diambil orang lain.
 


Booking tarikh : 30%
1 minggu sebelum majlis: 40%
1 hari selepas majlis: 20%
Masa ambil album: 10%

ke akaun:
Maybank 158293505217 MOHD NAZREE BIN MOHD NOR
CIMB 7020988173 MOHD NAZREE BIN MOHD NOR
Sekiranya transaksi pembayaran telah dilakukan, sila whatsapp kan bukti utk rujukan kami & anda dimasa depan.
Sekiranya booking dibuat, ini bermakna client setuju dengan terma & syarat kami.
Cash tidak diterima.

Isnin, 17 Julai 2017

Resipi: Spaghetti segera menggunakan Periuk Tekanan Noxxa. Tanpa Prego.

Spaghetti adalah kegemaran anak anak saya. Kadang2 sarapan pagi sebelum ke sekolah pun dah minta spaghetti. Untuk tidak menghampakan anak2 saya buatkan juga. Kalau dah selalu masak tapi asyik dok pakai Prego pun parah juga. Maka saya belajar buat sos spaghetti sendiri yang lebih murah dan menyihatkan. Lagipun resipi ni dah siap dengan kuah spahettinya sekali. So anak2 tak de la gaduh kuah siapa yang lagi banyak. Semuanya sama je.



Bahan2:




5     ulas             Bawang Putih ditumbuk


1     biji              Bawang Besar dihiris

2     tsp               lada hitam ditumbuk

2     tbs               Tomato Puree

2     tbs               Cuka(saya guna Apple Cider Vinegar. Prego guna cuka apa? wallahualam)

1     tbs               Gula

2     tsp               Oregano

2    cawan           Air

1    tsp                Garam

2    tsb                Minyak Zaitun(Saya guna extra virgin. Prego guna canola oil).

200g                   Spagetti              



Cara2:


1. Campurkan semua bahan diatas kedalam periuk Noxxa.



 2. Turupkan periuk Noxxa dan pastikan tombol ke Pressure



 3. Tekan "High Pressure" sebanyak 9 kali macam gambar dibawah.



 4. Selepas 9 minit Noxxa akan berbunyi dan pusingkan tombol ke Steam untuk mengeluarkan tekanan didalam periuk. Selepas tekanan semua keluar dan periuk pun dan "unlock" , then buka penutup. Jadilah macam gambar dibawah.



 5. Cedok untuk dihidangkan.













Diatas adalah resipi asas memasak spaghetti dengan periuk Noxxa. Boleh tambah sosej, daging kisar dan sayur2 yang sesuai untuk spaghetti untuk tambah lagi kesedapannya..





Biasanya kalau seawal subuh saya akan prepare semua bahan ni tak sampai 5 minit. Lepas tekan, terus mandi. Lepas mandi sure spaghetti dah siap untuk dimakan. Mudahkan?