Selasa, 13 Februari 2018

Mee Rebus Mama, Permatang Pasir

#penang food #mee rebus #sedap



Kali ni nak bawa anda ke Mee Rebus Mama yang terletak berdekatan dengan PPD daerah Seberang Perai Tengah. Dibuka Isnin~Sabtu dari 11am hingga ke 8pm, menyediakan pelbagai makanan terutamanya Mee Rebus. Selain tu ada Mee Goreng, Maggi goreng, Nasi Ayam, Bihun sup dll. Ramai yang telah mencuba dan puas hati. Harga dari MYR4 hingga MYR12 shj.


Saya dah cuba mee rebus biasanya. Rasanya memang terbaik dan saya rasa akan kerap singgah makan disini. Di dalamnya ada daging yang lembut, cucoq yg rangup,  dan telur rebus separuh. Boleh terliur kalau teringat. Kuahnya pekat dan ada kacang kisar.  Harga myr4 untuk mee Rebus sesedap ini. So kalau anda ada di kawasan butterworth, permatang pauh, penanti; anda boleh try mee rebus yang sedap ni.





































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan