Ahad, 30 Disember 2012

Morning in Hat Yai

Kami mula memasuki Thailand pada pukul 8:30 pagi...ops..tu waktu Malaysia.Adjust jam anda 1 jam lewat utk mengikut waktu Thailand.So waktu di Thailand masa kitorang settle semua urusan kat border adalah pukul 7:30pagi waktu Thailand.Suasana tenang dipagi tu dan lokasi pertama yg anda akan jumpa semestilah Pekan Danok.

Danok
  Walaupun dari segi geografinya Danok dan Bukit Kayu Hitam adalah sama,tapi dengan perbezaan politik menjadikan dua tempat ini amat berbeza.Anda boleh rasakan perbezaan ketara apabila melihat wayar letrik bersilang disana sini.Danok asalnya kampung dan membangun selepas menjadi destinasi harian buat rakyat Malaysia utk membeli belah ataupun berhibur.Danok terletak dlm daerah Sadao tetapi ianya lebih besar dari bandar Sadao itu sendiri.Saya akan bercerita lebih pasal Danok diakhir trip ini.
Destinasi pertama kami adalah Hat Yai.Hat Yai adalah bandar terbesar di selatan Thailand dan jaraknya cuma 50km dari sempadan.Jalan ke Hat Yai juga cantik dan lebar.Mmg selesa memandu di Thailand.Selepas hampir sejam memandu,kami pun sampai ke Hat Yai.First time saya ke Hat Yai dan rasanya sama mcm berada di Bangkok.Bandar yg maju dan meriah.Nak check in rasanya mcm terlalu awal.Maka kami pun jalan2 dulu tanpa proper planning.
   Fikir punya fikir,kitorang decide utk pergi ke Klong Hae floating market.Klong Hae market adalah destinasi yg wajib anda kunjungi di Hat Yai.Tapi duit paling kecil yg kami ada adalah THB1000(=MYR100).Rasa kesian lak makcik pakcik sana nak tukar duit.Maka kami pun plan utk gi ke pasar raya besar utk pecahkan duit.Dalam perjalan tu kami jumpa Pasarraya besar "Big C".Kami pun pecahkan duit kat sana.Yang paling famous kat Thailand adalah Tesco Lotus.On the way ke Hat Yai tu kita boleh jumpa lebih dari 5 Tesco Lotus.

Beli durian kat Big C utk pecahkan duit
   Selepas berjaya pecahkan duit,kami pun terus ke Floating market tapi malangnya hujan mula turun dengan lebat.Lepas tak tau nak buat apa,maka kami pun gamble utk checkin hotel.Hotel kami adalah Centara Hotel dan kami tak tahu bagaimana rupanya dan bagaimana pula lokasinya selain dari maklumat di internet.Setelah meredah beberapa jalan kecil(sbb ikut GPS) akhirnya kami sampai ke hotel.Alhamdulillah hotel kami berada di tengah2 tumpuan pelancong dan rupanya ada class.
   Security utk masuk ke hotel ni ketat dan semua kereta yg ingin masuk akan dicheck menggunakan bomb detector.Security staff juga ramah dan service yg mereka bagi adalah 1st class.Dari mula kami enter parking sampailah barang2 kami pun diorang tolong angkat hingga ke lift lobby.
   Process check in smooth dan semua staff dilobby memberikan service yg terbaik.Barang2 kami dihantar sampai ke bilik dan cara nak buka pintu bilik pun diajar.Keadaan dalam bilik pun bersih dan cantik.




Ehh...Lee Garden?Punya la aku nak elak dari pada hotel ni tapi rupanya ada kat sebelah hotel aku je.In fact depan bilik aku je.
Pemandangan dari bilik aku mmg best.Boleh nampak segala bangunan,bukit bukau serta laut yg nampak sipi sipi.




Bersambung...

Hamid Restaurant,Hat Yai

Cari makanan best kat Hat Yai?

Setelah berehat seketika dlm hotel,maka kami pun keluar utk melihat persekitaran sambil mencari makanan.Tak jauh dari hotel kami,kami jumpa restoran ini.



























































Location : Berhadapan dengan Lee Gardens(GPS:7.006166,100.471698)

Speciality: Thai food

Budget: MYR20 above

Operation hour: morning until mid night

Serving time: 30 min(if crowded.But normally crowded.)

Capacity:100 person

Parking : not provided

Entertaintment: No

childseat:Couldn't find

toilet : provided

Surau:no

Credit card payment:Forgot to ask.But no VISA & Mastercard sign shows.



My good comment: This is like life saving restaurant.You will fell safe if you are first timer to Thailand.This restaurant is famous among Malaysian because almost 100% of customer is Malaysian.Most of the staff can speak malay.In this restaurant I met a group of my old school teachers and my very old friend.My school teacher told me that its normal to see old friend in this restaurant and he came here more than 10 times.Ringgit also accepted.



My bad comment:In term of food,this is not the best restaurant.Even some Thai restaurant in Malaysia are better than this.If you are imagine cheap food in Thailand,this is not the place.

Klong Hae Floating Market,Hat Yai(GPS:7.044846,100.475121)


Cari makanan best kat Hat Yai?

Selepas kami makan di Hamid restaurant,kami pun jalan2 disekitar Lee Gardens untuk membuang kalori.Selepas seketika kami pun bertolak ke floating market yg terletak di Klong Hae.Floating market ni terletak lebih kurang 5 km dari tempat penginapan kami tapi perjalanannya boleh mengambil masa selama 30min.Selepas meredah beberapa traffic light,maka kami pun sampai ke tempat yg dituju.Perkara pertama yg anda kena lakukan mestilah parking kereta.Kami parking depan sekolah dan parking adalah free.














Kemeriahan mula terasa bila melalui Wat Klong hae dimana ramai peniaga jalanan menjual pelbagai barangan,makanan,minuman termasuklah benda2 pelik macam ulat goreng.namun yg tak syoknya anjing bersepah kat sana.So kalau nak tangkap gambar pun kena hati2.Takut dok tgh nak amik shot baik punya,terpijak anjing la pulak.






Dari jambatan jelas nampak sampan beratur dan ramai org berkerumun.Once nampak suasana ni mmg kita pun kalau boleh nak cepat sampai ke sampan.


Lebih kurang 80% peniaga atas sampan ni adalah muslim dan boleh cakap melayu sikit2.basically diorang ni melayu tapi kerajaan Siam telah Siamkan diorang sampai diorang tak tau cakap melayu lagi.Apa yg best kat sini?























Air dalam bekas buluh atau tembikar.


Mula2 pilih gelas apa yg anda nak pakai dan kemudian cakap nak minum air apa.Oren,milo,kelapa dsb nya ada.Harga bermula dari 20THB.Saya minum dengan bekas buluh dan tembikar.









Mcm otak2

Nama sebenar saya pun tak tahu.Masa dia masak nampak macam ikan bakar.So kitorang pun amik la.Harga cuma 20THB.Mmg excited la bila bila ikan bakar dengan harga MYR2.Bila buka...ehh..apa ni.Rasa dia mcm otak2 tapi lain resipinya.Mmg sedap sampai kami patah balik ke sampan ni utk beli lagi.Rasanya ni sedap lagi kot dari otak2.
















Ayam Percik hybrid


Nama sebenarnya saya pun tak tahu.Mcm mana nak tahu.Semuanya tulis siam.Saya anggap makanan ni adalah hybrid antara sate dan ayam percik.Rasanya sedap dan harga nya ialah 10THB saja.









Yang ni saya tak ingat apa rasanya.Ayam ke Ikan ke pun saya tak ingat.Harganya adalah 20THB shj.Tapi pengalaman makan dalam daun yg berbentuk sampan adalah tak ternilai.












Ada banyak makan kat sini tapi memandangkan perut kami dah penuh, maka kami pun surrender takat ni je.Ada kerusi dan meja disediakan.Lepas makan jgn lupa buang sampah di tempat yg disediakan.Buat malu Malaysia je nanti.Disini juga anda boleh jumpa kawan lama.Disini saya jumpa sahabat saya masa belaja kat Jepun dulu.


Selain dari peniaga atas sampan,ada juga peniaga yg ala2 pasar malam.Souvenir pun dijual kat sini.So jangan lupa singgah disini juga.









Bersambung...

Hat Yai Night Market(GPS:7.001896,100.472331)

Lets find Halal Food in Thailand...
Pasar malam yg menjadi destinasi kami ialah disekitar Lee Garden.Ada banyak jenis makanan yg kita boleh jumpa.Perut kami dah penuh sebab makan kat floating market.Kami beli pun takat ala kadar saja.Senang kata pasar malam ni wajib dikunjungi.

Ramai orang dan kebanyakannya adalah rakyat malaysia

Cakoi dengan kaya hijau

Ustazah jual durian sorang sorang


Pulut mangga


teh tarik tepi jalan

Goreng2

Haiwan apakah ini?
Ameer dah penat berjalan dan Areef pun dah mengamuk nak tido.Maka kami pun balik la hotel.nasib baik hotel kami ni dlm kawasan night market ni.

bersambung...

Salma restaurant,Hat Yai

Lets find Halal Food in Thailand...
Hotel kami without breakfast.Malas nak amik sebab tujuan kami ke Thailand nak makan local food.So pada pagi tu kami berjalan ke Hamid Restaurant lagi.Tapi malangnya ramai org dan nak tunggu makanan sampai mungkin lambat.So kitorang jalan depan sikit(lebih kurang 50m) dan jumpa satu lagi restaurant muslim.

Restoran ni dari luar nampak ala kadar je tapi dalam dia pun cantik jugak.






Location : 50m  dari Hamid Restaurant
Speciality: Thai food
Budget: MYR20 above
Operation hour: morning until mid night
Serving time: 30 min(if crowded)
Capacity:50 person
Parking : not provided
Entertaintment: No
childseat:Couldn't find
toilet : provided
Surau:no
Credit card payment:Forgot to ask.But no VISA & Mastercard sign shows.





My Good comment:Lebih kurang sama mcm Hamid Restaurant cuma saiz kecik sikit.
My bad comment:Lebih kurang sama mcm Hamid Restaurant.
Lepas breakfast kat sini,kami pun terus berkemas utk bertolak ke Krabi.

Bersambung...

Welcome to Krabi,Tharapark View Hotel

Perjalanan pun diteruskan.Dari Wilayah Songkhla ke Trang dan akhirnya sampai lah ke Krabi.Jaraknya adalah 250km dan memerlukan 4jam  perjalanan.Perjalanan lancar kecuali di wilayah Trang yg sedang membangun.Banyak jalan yg sedang dilebarkan dan boleh membuatkan kereta anda kotor.Di sini juga tak banyak benda yg boleh dilihat kerana sini adalah agriculture area dan tupanya tak jauh beza dengan Malaysia.In fact,kitorang rasa mcm drive dari Jelebu ke Bera.

Akhirnya kami sampai ke hotel kami iaitu Tharapark View.Hotel ni agak terpencil sikit dan terletak di kawasan kampung nelayan melayu dan ada taman rekreasi.Hotel ni selesa dan kita boleh nampak PhiPhi island kalau cuaca baik.Yg confirm  boleh nampak ialah Pulau Ayam..Suasana hotel ni cantik,bersih dan staff semuanya ramah.Hotel ni taraf 2 bintang tapi service dia mmg top class.




Ao Nang,Krabi

Selepas berehat sebentar,kami pun keluar cari tempat yg best.Setelah round2 kat area pekan Krabi,kami decide utk ke Ao Nang.Mungkin terlalu awal kami round2 kat Krabi sbb Krabi happening waktu malam minggu saja.

Ao Nang terletak 15km dari hotel kami.Perjalanan ke Ao Nang disajikan dengan bukit batu kapur yang cantik dan perkampungan Melayu Thailand.Anda boleh lihat makcik2 bertudung naik motor,lepak kat depan umah dsb.

Bila sampai di Ao Nang,ternyata Ao Nang adalah tempat yg happening.Deretan kedai dan restaurant dikiri-kanan jalan.Pantainya cantik dan airnya jernih.Jauh di tengah lautan anda boleh nampak pulau2 kecil yg terdiri dari bukit batu kapur.




Perut pun sudah mula lapar.Jom makan.

Bersambung...