Ahad, 30 Disember 2012

Welcome to Krabi,Tharapark View Hotel

Perjalanan pun diteruskan.Dari Wilayah Songkhla ke Trang dan akhirnya sampai lah ke Krabi.Jaraknya adalah 250km dan memerlukan 4jam  perjalanan.Perjalanan lancar kecuali di wilayah Trang yg sedang membangun.Banyak jalan yg sedang dilebarkan dan boleh membuatkan kereta anda kotor.Di sini juga tak banyak benda yg boleh dilihat kerana sini adalah agriculture area dan tupanya tak jauh beza dengan Malaysia.In fact,kitorang rasa mcm drive dari Jelebu ke Bera.

Akhirnya kami sampai ke hotel kami iaitu Tharapark View.Hotel ni agak terpencil sikit dan terletak di kawasan kampung nelayan melayu dan ada taman rekreasi.Hotel ni selesa dan kita boleh nampak PhiPhi island kalau cuaca baik.Yg confirm  boleh nampak ialah Pulau Ayam..Suasana hotel ni cantik,bersih dan staff semuanya ramah.Hotel ni taraf 2 bintang tapi service dia mmg top class.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan