Ahad, 3 April 2022

13 Permainan popular kanak-kanak 80an

Brick game/ game watch
 Sebelum wujudnya game seperti hari ini  kanak-kanak pada tahun 80-an amat gemar dengan game Tetris ini. Pada mulanya game ini hanya boleh didapati di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur namun lama-kelamaan ianya mudah didapati  di negeri-negeri lain juga. Lepas tu boleh kata separuh dari kawan kawan kita juga mempunyai brick game ni. Permainan ini menguji kecekapan minda kita untuk menyusun kotak-kotak dalam pelbagai bentuk dan makin lama kita main, kelajuan game makin bertambah.


Game watch
  Game watch adalah satu permainan yang satu level up hebat daripada brick game. Ada pelbagai mainan contohnya racing kereta, koboi tunggang kuda elak pelbagai halangan seperti cactus, koboi tembak orang jahat dan pelbagai lagi. Siapa yg mak bapa dia berduit sikit, mesti boleh dapat ni. Tak boleh nak sembang panjang sebab saya cuma boleh dapat brick game sahaja.

Playdoh
 play-doh adalah permainan seperti tanah liat dalam pelbagai warna dan kita boleh membuat pelbagai bentuk dari playdoh tersebut. Masa tahun 80-an selalu keluar iklan playdoh buat burger dan French fries McDonald. Siapa yang ada ni mesti mak bapak dia ada duit lebih berbanding mak bapak yang boleh mampu beli game watch. Oleh kerana saya bukan tinggal di bandar besar maka saya tak pernah jumpa kawan-kawan saya mempunyai play-doh. Main plastesin biasa pun dah ok. Lagipun mak bapak tak berkenan dengan permainan seperti ini sebab permainan seperti ini boleh menyebabkan rumah kotor

Kalkitos
 kalkitos adalah satu permainan yang wujud dari tahun 60-an dan akhirnya terkubur pada tahun 80-an. Ia adalah permainan di mana kita perlu memindahkan kartun dari satu kertas/plastic ke kertas yang lain yang mempunyai background. untuk memindahkan kartun kita perlu tekap dan lakarkan pensil di atas kertas tekap tersebut. setelah lakaran pensil dibuat kartun akan melekat di kertas background. Saya tak tahu berapa harganya tapi saya rasa mungkin mahal sebab walaupun ala komik, saya pun hanya pernah mempunyai satu kalkitos sahaja seumur hidup.


Lego
 Lego adalah syarikat permainan yang berasal dari Denmark dan diasaskan dari tahun 1930 an. Walaupun Lego adalah jenama terkenal tetapi kebanyakan kanak-kanak pada tahun 80-an dan 90-an tak mampu nak beli Lego original dan hanya mampu membeli jenama jenama lain. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak ketika itu masih menggelarkannya LEGO walaupun jenama yg dibeli tu bukan Lego. Permainan ini menguji minda kanak-kanak dalam reka bentuk. 

 mak bapak juga suka beli Lego sebab kalau beli kereta mainan ianya mungkin membazir. Selalunya kanak-kanak yang main kereta mainan hanya seronok satu dua hari saja dan esoknya dah bosan. Dengan adanya Lego maka kanak-kanak itu boleh mencipta main mainan baru tanpa melibatkan kos tambahan untuk ibu bapa

Barbie
 Barbie adalah patung kanak-kanak yang terkenal utama kepada kanak-kanak perempuan pada tahun 80-an dan 90-an. ianya dikeluarkan oleh Syarikat Mattel dari Amerika Syarikat. Mattel juga mempunyai beberapa kilang di Malaysia dah Setahu saya kilang Mattel di Manjung mengeluarkan produk Barbie ini. Saya pernah berjumpa dengan bekas pekerja kilang Mattel manjung di mana tugas pertama beliau adalah memikirkan proses terbaik untuk menyikat rambut Barbie.


Hotwheels
 Satu lagi permainan yang terkenal keluaran Mattel adalah Hotwheels. Jika Barbie lebih menumpukan pelanggan perempuan, Hotwheels pula lebih menumpukan pelanggan lelaki. Hotwheels adalah mainan kereta. Ada yang kategori bajet dan ada juga yang dalam kategori premium. Yg premium selalunya ada kontrak dengan pengeluar kereta asal dan Mattel akan mengeluarkan model kereta tersebut dalam size yg kecil. Saya berpeluang melawat kilang Mattel di Perai berapa kali semasa di alam pekerjaan dan setiap kali saya masuk ke kilang Mattel saya teruja bila melihat koleksi-koleksi kereta mainan yang cantik dipamerkan di ruangan lobi. Saya difahamkan kilang Mattel akan menjadi lebih sibuk dari biasa bila menjelang hujung tahun kerana ketika hujung tahun itulah terdapat beberapa perayaan contohnya seperti Krismas. Ketika inilah kebanyakan ibu bapa ringan tangan membelikan hadiah untuk anak-anak.

 Saya juga difahamkan staf Mattel Perai, Pulau Pinang  boleh membeli mainan Hot Wheels dengan harga yang amat murah di kiosk yg terdapat  dalam kilang tersebut.

Kasut Roda
 kasut roda ni tak ramai yang ada sebab kemudahan yang terhad. ramai yang bermain di atas jalan raya dan atas sebab keselamatan ramai ibu bapa yang tak galakkan anak untuk bermain pun. Sampai hari ini pun susah nak nampak budak yang ada kasut roda.

Kereta control
 Masa mula-mula kereta kontrol ini dikeluarkan ramai budak-budak yang teruja. Masa tu juga ketika itu teknologi remote control Masih baru. remote kontrol TV pun baru wujud. ke Seronoklah budak-budak bila kita pusingkan tekanan kereta itu pun bergerak ke kanan mengikut arahan kita. siapa yang ada ni kira hebat sangatlah.


Dam ular
 Dam ular ni best sebab ia punya murah dan boleh dimainkan dengan beberapa orang. Mula-mula kita perlu membaling dadu dan menggerakkan kita punya buah berdasarkan nombor dadu tersebut. Kalau kita punya tapak tu kena dekat tangga maka kita boleh naik dan Kalau tapak kita itu adalah kepala ular maka kita pun kena turun bawah. Selalu juga daripada 100 petak, kepala ular ni terletak pada petak 99. Walaupun kita mendahului dari pemain-pemain lain tapi tak semestinya kita boleh menang selagi tak melepasi petak99 ni. silap-silap dari petak 99, boleh terus turun ke petak nombor 3.

Saidina/ Jutaria
 Saidina ataupun Jutaria adalah dua permainan yang mengajar kanak-kanak dalam bidang pelaburan.  seronok rasanya bila kecil-kecil lagi dah ada empat hotel.  yang paling tak suka Bila kena bayar kat kawan sebab menginap di hotel ataupun rumah sewa dia.  permainan ni simple je, siapa yang kaya dialah yang menang.
Sahiba
 Sahiba adalah permainan yang menguji perbendaharaan kata. Siapa yang pandai dalam perbendaharaan kata maka dia punya peluang untuk menang adalah tinggi. tak ramai kanak-kanak yang mempunyai permainan ini kerana harganya agak mahal. Selalunya sekolah yang belikan dan diletakkan di perpustakaan sekolah. di sekolah pun banyak juga blok blok huruf yang hilang dan menghadkan keupayaan kita dalam membentuk perkataan.


Mainan dari Hasbro
 syarikat permainan dari Amerika iaitu Hasbro banyak mengeluarkan mainan yang dikategorikan sebagai action figure pada tahun 80-an dan 90-an. Tak cukup dengan mainan Hasbro juga menerbitkan kartun-kartun yang berdasarkan mainan yang mereka keluarkan contohnya seperti Mask, Transformers, GI Joe dan lain lain. Sekarang ni hasbro terkenal dengan filem-filem bajet besar.

Askar terjun
 Askar terjun ni membuatkan ramai kanak-kanak ketika itu agak gila. secara asasnya lagi tinggi kita baling lagi best lah askar tu terjun dengan payung terbuka elok. oleh kerana itu Saya pernah menaiki bumbung flat 10 tingkat blok A5 TLDM untuk membaling askar terjun ini. ketika itu saya baru berumur lapan tahun. Bila difikirkan semula saya amat bersyukur kerana masih hidup lagi hari ini. flat tu terletak di tepi laut dan bila angin lalu memang kita boleh terasa angin tolak badan kita. saya yg ketika itu budak 8 tahun pula boleh berdiri di tepi hujung sudut bumbung flat untuk membaling askar.

Sabtu, 2 April 2022

Kisah seram TLDM Lumut 1985

 Kali ni saya nak ceritakan kisah seram yang berlaku pada diri saya pada sekitar awal 80-an. Ketika itu kami baru pindah ke TLDM lumut yang ketika itu juga baru dibuka.  Kami antara  yang awal pindah dari Singapura ke TLDM Lumut.  Masa tu bangunan banyak kosong dan bila malam suasana gelap saja. Bayangkanlah kalau ada kawasan yang luas besar dan banyak bangunan tinggi tapi kosong dan anda tinggal di situ mesti anda pun rasa seram kan?  Begitulah juga perasaan kami semasa tinggal di sana. 

 Banyak cerita yang kami dengar dari jiran-jiran tentang aku makhluk halus yang mereka jumpa di sekitar bangunan kami iaitu Blok A5.

 Selain dari cerita hantu di blok A5 kami juga selalu dengar cerita cerita hantu di sekolah SK TLDM. Namun saya sendiri tak pernah lagi jumpa hantu di sekolah. Setelah beberapa tahun Tinggal di TLDM barulah kami merasai sendiri pengalaman yang menyeramkan. Masa tu sekitar tahun 1985 di mana adik saya Shidi di baru saja dilahirkan. Dia selalu menangis pada waktu malam. Oleh kerana susah nak bagi dia berhenti menangis maka kami pun cuba cara alternatif iaitu dengan merujuk kepada seorang makcik yang dikatakan pandai mengubat. Makcik tu tinggal di blok A7 tak silap saya.

 Beberapa minggu sebelum menjumpai makcik tersebut, mak saya ada menceritakan yang beliau ternampak bola-bola api menuju Pulau Pangkor. Apabila dia menegur, bola api tersebut pun padam. Ada beberapa jiran yang ternampak bola api juga

 Mak saya bawa saya sekali ke rumah makcik tersebut. Setelah bercerita tentang masalah kami makcik itu pun baca berapa surah dan kemudian memotong limau nipis di dalam satu bekas yang berisi air. Dari pengamatan beliau ada makhluk halus yang mengganggu adik saya pada waktu malam. Dia cuba menunjukkan sesuatu pada mak saya dari bekas air tapi saya pun sendiri pun tak faham apa yang boleh kita nampak dari bekas air tersebut. 

 Sebelum balik kami diberikan satu tangkal dan beliau berpesan untuk kami letakkan tangkal tersebut di buaian. Setelah pulang ke rumah, pada malamnya kami gantung tangkal tersebut di buaian adik saya. Adik saya tidur di bilik ibu bapa saya dan saya pula tidur sorang-sorang dalam bilik sebelah. Malam tu saya tidur macam biasa namun pada pukul lebih kurang 5 pagi saya terjaga kerana bermimpi pelik. 

 Bila terjaga mata saya ternampak bayang-bayang dalam bilik saya. bayang-bayang tersebut lebih menyerupai kepada serigala jadian sebab boleh nampak bayang telinga dan bulu-bulu di badannya menyerupai serigala jadian.  Masa tu saya tak tahu apa itu serigala jadian dan saya tiada istilah yg tepat untuk menggambarkan makhluk yg saya nampak sehinggalah saya tengok cerita warewolf kat televisyen. Tinggi makhluk tu hampir menyamai tingkap bilik saya. bayang-bayang tersebut kelihatan jelas di pintu bilik. Saya beranggapan yang makhluk halus tu sebenarnya berada diluar tingkap dan memerhati saya yang sedang tidur di dalam bilik. 

 Pelik juga sebab saya nampak di bahagian mata bayang bayang tersebut bersinar berwarna merah. Sepatutnya  bayang-bayang warna hitam sahaja. jika dia berada diluar dan bayang bayang boleh kelihatan pada pintu bilik, itu bermakna objek itu adalah objek legap. takkan hantu objek legap pula kan? Pening.

 Lupa nak bagitahu yang rumah kami berada di tingkat 7. Kalaulah ada orang yang nak menyamar jadi hantu, sanggup ke orang nak panjat bangunan tingkap 7 dan duduk di luar tingkap saya pada 5am? masa tu pelbagai perkara yang melintas di fikiran. Walaupun ketika itu saya berada di sekolah rendah dan belum lagi belajar sains tapi saya dah boleh  fikir dari segi logik.

 Yang pasti ada bayang-bayang serigala jadian di pintu bilik saya bersama 2 pantulan cahaya merah. Sejam juga saya melihat bayang-bayang tersebut. Takut nak bergerak dan berlari keluar bilik sebab takut nanti kena gigit dengan serigala jadian pula. Nak menjerit panggil bapa saya pun tak berani sebab nanti kena gigit juga. aduhai. Saya pun terus berdiam diri. Saya tengok dia dan dia tengok saya selama hampir satu jam. 

 Akhirnya kedengaran azan subuh dan ketika Itulah saya mendapat semangat untuk lari sekuat hati serta memanggil ibubapa saya dibilik sebelah. Bapa saya bangun dan terus ke bilik saya untuk melihat apa yang saya katakan. Namun kelibat hantu tersebut telah tiada. 

  Pagi tersebut mak saya menceritakan hal tersebut kepada jiran dan ketika itu juga ada jiran mengatakan yang mereka juga mengalami pengalaman yang aneh. Suami jiran mengadu yang tangannya telah dipulas semasa mengambil wuduk untuk bersembahyang subuh. Selepas dari insiden tersebut, tiada lagi makhluk halus yg melawat rumah kami.
 Semasa di Sekolah Menengah waktu tu famous dengan novel seram Bercakap Dengan Jin. Tengok muka depan novel tersebut ada menyerupai serigala jadian yang saya nampak pada malam tersebut. Kebetulan juga cerita cerita Siri Bercakap Dengan Jin tu lokasinya disekitar daerah Manjung . Adakah makhluk yang saya nampak malam itu adalah sama dengan makhluk yang penulis Bercakap Dengan Jin tu nampak?

Rabu, 30 Mac 2022

Tular video pekerja baling barang courier.


https://www.facebook.com/groups/950917849081189/permalink/1114899762682996/

 baru-baru ni heboh tentang video yang viral mengenai barang-barang yang dibaling secara kasar oleh pekerja syarikat penghantaran. rata-rata memberikan komen yang negatif mengenai cara syarikat tersebut mengendalikan barang-barang yang telah dibeli oleh client. 

 Pada pendapat saya tidak boleh menyalahkan kepada yang pembaling sahaja kerana kita kena tengok juga SOP di tempat kerja berkenaan. Kalau nak harapkan tenaga perempuan tersebut untuk naik dan turun lori berulang kali untuk meletakkan barang elok-elok adalah tidak logik. maka syarikat tersebut diharapkan untuk memperbaiki standard operating procedure pengendalian barang-barang.

 syarikat penghantar barang-barang menguruskan beribu barang setiap hari kita tak boleh nak buatkan mereka untuk mengendalikan barang-barang secara berlemah lembut atau bersopan santun. Mesti akan ada aksi baling membaling namun dengan SOP yang betul, dah tentu aksi baling membaling ini dapat dikurangkan.

 bila video seperti ini tular tertentu ramai pelanggan yang rasa susah hati bila menggunakan khidmat syarikat tersebut. Nanti bila datang barang yang sudah rosak dah tentu akan jadi masalah di antara penjual dan pembeli. kebanyakan dari kita malas nak hadapi masalah di kemudian hari. 

komen komen menarik kes Professor kecam golongan B40.

 Baru-baru ni viral video yang menunjukkan seorang Profesor telah memarahi anak muridnya kerana masih tiada laptop. namun yang menjadi panas adalah apabila kata-kata Profesor tersebut seperti memperkecilkan golongan b40. akibat dari tindakan beliau maka ramai yg tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan di komen-komen Facebook.

 Mari kita lihat komen-komen yang agak bernas dari kedua-dua belah pihak yang menyokong dan juga yang mengecam.

 Sebenarnya masih terlalu awal untuk sesiapa pun komen kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ambil contoh kes sebelum ini di mana ramai netizen yang mengecam tindakan seorang imam masjid memandikan pencuri tabung masjid seperti memandikan jenazah sebagai pengajaran. Akhirnya tak lama kemudian barulah kita mengetahui cerita yang sebenarnya dan ramai yg malu dengan komen sebelum tu. Begitu juga dengan kes ini. Mungkin ketika ini ramai yang mengecam professor tersebut tapi kita pun tidak tahu latar belakang pelajar yang dinyatakan itu. Mungkin juga Profesor tersebut telah lama simpan geram dengan pelajar itu atas kesalahan sebelum ini. Namun kata-kata Professor itu tentang b40 adalah tidak boleh dimaafkan. Inilah yang peribahasa katakan terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Difahamkan Professor tersebut mengajar di UiTM Seri Iskandar dan professor tersebut sepatutnya sedar yang UiTM wujud untuk golongan b40. Amat mengejutkan juga bila perkataan ini dikeluarkan oleh orang yang disegani di institusi pendidikan yang mengutamakan b40.

 UITM juga akan menyiasat dan mengenakan tindakan yang sepatutnya kepada Professor tersebut. Harap perkara ini dapat diselesaikan segera supaya cakap-cakap belakang ataupun komen yang tidak tepat dapat dihentikan serta-merta. Tak pasal ramai yg dapat dosa nanti.

Selasa, 29 Mac 2022

Senarai peniaga kuih raya Sungai Petani

 Bila raya dah dekat dah tentulah masing-masing sibuk nak cari kuih raya. kuih raya dulu dengan kuih raya zaman sekarang banyak beza. bukan saja rupa malah nama pun nama yang ada agak trending. kali ini saya ingin senaraikan peniaga-peniaga kuih raya yang berniaga di sekitar Sungai Petani.

  Ada yang boleh self pickup dan ada juga yang boleh hantar COD.  Pelbagai jenis kuih raya  yang dijual  dari kuih moden hinggalah ke kuih tradisional.  Kerepek pun pelbagai rasa sekarang ni . Ada yang perasa salted egg, teriyaki, cheese dan seaweed.

Selain dari jenis kuih yang diniagakan juga disertakan nombor contact untuk anda hubungi.


Serunding pun ada

Simpul kasih

yg ni panggil apa ye? Crunchy nuts?
nestum toping manik
Aneka biskut raya

Pistachio crunchy
Brownie cookie
Popia Sira
popia nestum

yg ni pula 4 setalam...dalam tu ada almond London, samprit, tart nenas, jejari oat

Kek lapis roll chocolate
Yg ni banyak juga pilihan. Ada almond London, tart nenas, mazola, tart blueberry, snowy Nestum, semprit, semprit susu, Florentine, batang buruk, Swiss hazelnut, short bread, Capuccino Almond, kuih Kapit dan aneka tempeyek dan kerepek.

Makmur pandan, Swiss tart blueberry, Swiss tart biscoff, bright eye Susan, jejari oat, Buble rice Almond, cornflakes crunchy, onde onde gula Melaka, biskut pasir( macam mana rupa?), Biskut Arab( pun tak pernah tahu), Swiss tart Nutella, Tart Cadbury.
Kuih siput
Ada yg nak tambah? Sila tulis diruangan komen.