Ahad, 9 Ogos 2015

ABC & Cendol seringgit


Yang ni saya kategorikan sebagai Penang Hawker food.





Mana nak cari ABC dan Laksa seringgit dalam zaman sekarang ni? Abc tu siap ada cendol lagi. Ini adalah info dishare oleh kawan yg ke Taman Negeri Bukit Panchor, Pulau Pinang baru2 ni. So kepada sesiapa yg teringin, pergilah cuba sendiri.












Location: Kg.Sungai Buaya, Nibong Tebal.


GPS: 5.163539, 100.547296







laksa seringgit






ABC seringgit

ABCnya memang sedap dan hargany amat murah





tolong share kan.


Ahad, 26 Julai 2015

Senarai 10 restoran, warung atau gerai makanan melayu yg sedap dan harga berpatutan di negeri Pulau Pinang/Penang.





#penang food #sedap #delicious #best #terbaik #top 10 #laksa #mee udang #daging bakar #cendol #bawal #yong tau foo #gulai batang pisang



Dah nama pun Famous penang halal food, Disini saya listkan
tempat makan sedap dan mudah dikunjungi di Penang . Basically Penang adalah syurga makanan dan banyak
lagi tempat yang sedap selain dari nasi kandar. Nasi Kandar mmg sengaja tidak
dimasukkan dalam list ni dan kami ingin memberi keutamaan kepada lain2 makanan.
Kalau sesiapa yang singgah di Penang, ini adalah tempat2 yg selalu saya bawa.
Tak kira bangsa walaupun orang luar, semuanya puas hati dengan tempat2 yg saya
rekomenkan ini. Kalau nak tahu setiap satu tempat ni dengan lebih lanjut, boleh
click detail dlm untuk setiap satu tempat ni.







1. Laksa Udang Iryani


Terletak di Pengkalan tambang, laksa disini memang terbaik, pekat dan harganya amat berpatutan. Laksa biasanya hanya MYR3 shj.(detail)












2. Aziz Mee Pak Ngah


Terletak di Sungai Dua, Mee Pakngah ni special dengan kuah
Mee Rebusnya. Kuahnya mmg pekat. Kalau nak special sikit boleh amik Udang
Galah. Rasanya sedap dan bagi saya harga makanan disini murah kalau nak
dibandingkan dengan kesedapannya.(detail)







3. Bawal Goreng
Kelapa Sawit


Terletak di Juru tempat makan ni sesak waktu office lunch.
Bawal gorengnya ranggup dan sambal kicapnya mmg best. Boleh kata sini
pelanggannya 40% Malay, 30% Cina, 10% India dan kekadang ada juga orang putih,
jepun dsb. Rasanya sedap dan harga makanan(ikan) disini dalam lingkungan
MYR7~8/seekor. Boleh dikatakan murah juga(detail)







4. Puncak Mutiara Cafe


Terletak di Kubang Semang tempat ni mmg best utk makan
sambil menikmati suasana teratak kayu. Special utk makanan berasaskan kambing
sebab restoran ni didalamnya ada kandang kambing. Rata2 makanan disini memang
sedap dan harganya amat berpatutan. Ada sesetengah makanan yang harganya lagi
murah dari warung pacak.(
detail)


 





5. Adam Char Koey Teow


Terletak di Permatang Pauh, Char Koey Teow ni mmg terpower
dan udangnya besar dari kedai lain. Rasanya memang sedap dan harga makanan
disini boleh dikatakan murah juga.(detail)


 







6. Warung Kulat, Teluk Air Tawar


Ni Port terbaru untuk penggemar Mee Udang dan Ketam. Udang pun ada pelbagai pilihan. Rasanya memang sedap dan harganya murah juga. (Detail)
















7. Yong Tau Foo Bagan Ajam


Terletak di Bagan Ajam berdekatan dengan laut, tempat ni
akan sesak dari pukul 4pm. Rasa makanan disini memang sedap dan murah. Sebab tu
la orang ramai datang makan disini.(detail)









8. Mid Gulai Kawah Batang Pisang


Terletak di Sungai Dua, tempat ni khas utk penggemar Gulai
Batang Pisang utk makan tgh hari. Rasa makanan disini memang sedap, berlemak
dan harganya murah juga.(Detail)


 





9. Din Ikan Bakar Kepala Batas


Macam 2 benda kat sini dibakar. Ikan, Daging, Udang, Sotong,
Petai dsb. Makanan disini sedap dan puas makan disini. Harganya standard lah...(detail)










10. Cendol Maklom


Terletak di celah2 banyak gerai di simpang 3 Maklom,
Butterworth. More than 50% datang sini sebab nak pekena Cendolnya. Rasanya
memang sedap, murah dan bagi saya cendol yang terbaik di Penang.(detail)





 











Di Utara ni banyak lagi makanan yang menarik tapi diatas ni adalah top pick saya.


Tak setuju?...hantarkan comment anda...








mohon share kan.



#best penang # sedap penang #terbaik penang# murah penang # berbaloi penang#


























































Isnin, 4 Mei 2015

Leha Kelfood


 Tak mau komen apa2. Just nak share resit semasa trip kami ke KL baru2 ni. Tak teringat nak ambil gambar sebab hanya restoran biasa dan tak tahu apa specialitynya.






Kedai Makan Sedap: Tupai Tupai


I think most of people heard this name before. Like myself I heard this name from a TV3 program. I know the place will little bit expensive but I think it worth try during our trip to KL.









Location: 551A, Jalan Bukit Petaling, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur( Near dewan Bahasa & Pustaka)


GPS: 3.131933, 101.702605


Contact: 03-2143 2525


Operation hour : 11:30am ~midnight


Serving : Steamboat & ala carte menu


capacity: about 400 persons


waiting time: 20 min(ala carte)


parking: yes


toilet: yes


babychair: yes


entertainment: radio


my comment: Kampung concept in the middle of the mega city! They also have their own trademark manu too. Worth try.










Siakap Butter






Steamboat varieties






Nice place to dine



Kedai Makan Sedap: Lala Seafood, Kampung Baru Kuala Lumpur


We learnt about this place from other blogger. I was amaze with the kampung style and heard the Thai food is also good. After we try, I can say if you wish to have a good Pattani Thai food, here is the place. The tomyum has the original Thai taste.





Location: 154, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru


Serving: Thai food


Waiting time: 10 min


Capacity: about 150 person


Parking: roadside


babychair; yes


toilet: yes


entertainment: radio















aneka pulut, cendor & etc









We miss Krabi after eating this pulut mangga


Ahad, 5 April 2015

Lawak : Engineer vs Doktor

Seorang engineer masih tak dapat kerja setelah beberapa lama mencuba. Akhirnya si engineer decide nak buka klinik dan letak sign board besar di depan klinik " Dapatkan rawatan dengan MYR500 atau kalau masih tak baik, kami akan pulangkan MYR1000".



Seorang Doktor fikir mungkin ini cara terbaik untuk dia dapat MYR1000 dengan mudah.



Doktor: Saya hilang deria rasa kat lidah saya.

Engineer: Nurse...tolong ambil ubat dari box A dan bagi 3 titik kat lidah pesakit.

Doktor: Ni Petrol!

Engineer: Tahniah..anda dapat balik deria rasa anda. Chargenya ialah MYR500.



Doktor tak puas hati dan datang balik beberapa hari kemudian untuk dapatkan balik duitnya.



Doktor: Saya hilang ingatan.

Engineer: Nurse...tolong ambil ubat dari box A dan bagi 3 titik kat lidah pesakit.

Doktor: Itu Petrol!

Engineer:Tahniah..anda dapat balik ingatan anda. Chargenya ialah MYR500.



Kali ni Doktor jadi marah. Doktor tak puas hati dan datang balik beberapa hari kemudian untuk dapatkan balik duitnya.



Doktor : Daya penglihatan saya dah makin lemah

Engineer: Yg ni saya tak ada ubat....nah ni MYR1000.

Doktor: Eh...ini MYR500.

Engineer:Tahniah..anda dapat balik penglihatan anda. Chargenya ialah MYR500.

Lawak : speed trap

Polis: Awak ditahan sebab memandu 140km sejam.

Driver: mana boleh...saya baru pandu 20 minit.