Selasa, 20 Februari 2018

Cik Aya Laksa Ketam, Kuala Kurau

 Ni saya nak share satu tempat makan yang famous di daerah Kerian Perak tapi mungkin ramai orang luar tak tahu. ramai yang dah singgah dan bagi komen positif tentang warung ni. Alamat seperti gambar dibawah(name card) di Kampung Nelayan Kuala Kurau. Sebelum Jambatan Kuala Gula, masuk ikut bawah. Selain makanan yang sedap; pemandangannya juga amat menarik dan tenang. Harga untuk makanan dibawah berharga MYR18 sepinggan dan bagi saya amatlah berbaloi. Ada Ketam, udang , sotong bagai. Ok lah tu. KFC yang biasa2 pun dah tak murah dah sekarang. Kalau nak compare dengan harga Mee Udang atau Mee Ketam warung2 lain pun, masih lagi berbaloi.












































































Ahad, 18 Februari 2018

Restoran Mak Jah, Danok Thailand.


#makan #danok #daging bakar #halal #thailand #menarik #sedap





Day trip yang amat memenatkan ke danok, Thailand. Mula2 keluar Malaysia dengan kereta. Lepas sejam masih dalam kereta hampir tak bergerak dalam kawasan imigresen Malaysia. Ikut perkiraan mungkin lagi 4 jam untuk sampai ke imigresen Thailand walaupun jaraknya cuma 1km lebih. Last2 decide u-turn masuk balik Malaysia, tinggalkan kereta di tepi jalan dan jalan kaki ke Thailand. Jalan kaki selama 20 minit di bawah matahari terik. Kesian kat tok, ameer dan areef. Lepas tu perlu 1 jam lagi untuk urusan imigresen. Kemudian jalan kaki lagi 600m ke restoran Kak Jah yg di rekomen wife. Wife dok mengidam nak makan Ikan puyu goreng.


























Nasib baiklah kami dihidangkan dengan masakan Thailand yang sedap di Restoran Kak Jah Danok ni. Berikut adalah serba ringkas tentang restoran ni.






Location: Dari imigresen Thailand, jalan kaki 500m then masuk simpan ke kanan.(Samnak Kham, Sadao District, Songkhla 06050, Thailand)


Speciality: Ikan Puyu Goreng, Kengsom, Daging Bakar, 


budget: MYR157 untuk 5 orang makan seperti gambar dibawah


Operation time: Pagi ke malam


capacity:150 person(estimate)


childseat: provided


toilet:provided


parking:provided


Entertainment: tv














































ikan puyu goreng danok






















restoran kak jah dari luar





 Selain makanan yang sedap, ruang makannya juga selesa sesuai dengan cita rasa orang Malaysia. Selepas makan, kami pun berjalan pulang ke arah sempadan dan membeli sedikit makanan ringan untuk dibawa pulang.








7 eleven Danok. Wajib bagi kami untuk beli Ovaltine disini.






Pulut mangga danok.






Boleh beli pulut ayam juga dengan harga lebih kurang THB80






salah satu gerai pulut mangga




Pulut mangga beharga THB60



















Beli kacang gajus THB200.














Nenas THB20






taxi motor MYR10 sehala. Naik berapa orang pun tak apa.






Lepas makan balik ke Malaysia dengan motosikal. Masing2 dah tak sanggup jalan kaki balik. Kesimpulannya, masuk Danok dah tak macam dulu lepas bangunan dan sistem baru dilancarkan. Sepatutnya masa menunggu makin singkat tapi yang jadi adalah sebaliknya. Dulu kami boleh sebulan 3 kali masuk Thailand tapi lepas ni setahun sekali pun belum tentu.




Laksa Udang Iryani, Pengkalan Tambang


#penang food #laksa



Penang terkenal dengan laksa. Banyak dah laksa yang saya dah try di Penang ni dan saya rasa Laksa ni lah yang paling sedap di Penang. Sejak kali pertama merasa, boleh kata seminggu paling kurang 2 kali saya akan singgah disini. Kuahnya yang pekat dan sambalnya yang sedap menjadikannya kegemaran penduduk disekitar dan selalunya 70% full capacity. Berikut adalah maklumat ringkas tentang warung ni.





Location: Jalan Kg. Kota, Pengkalan Tambang


Speciality: Laksa


budget: Bermula dari MYR3 untuk laksa biasa


Operation time: 12pm ~7pm


capacity:150 person(estimate)


childseat: provided


toilet:provided


parking:provided


Entertainment: tv




Laksa sotong
































chicken chop MYR5.50








Kalau anda ada berdekatan dengan Butterworth, Permatang Pauh, Penanti dan mencari laksa sedap, jom singgah ke warung ni.