Selasa, 20 Oktober 2015

Lost World of Tambun


Sempena harijadi Ameer & Areef tahun ni, kami ke Lost World of Tambun, Ipoh. Keputusan dibuat setelah bermacam blog saya survey nak compare antara Lost World of Tambun dengan Bukit Merah laketown Resort. Pertama nak tahu berapa harga tiket masuk. Kami beli online je sebab katanya kat situ ada diskaun. Mmg ada diskaun tapi tak la banyak. So harga tiket masuk memalui online selepas GST adalah MYR50.4 untuk dewasa dan MYR44.07 untuk kanak2. Sekali fikir mmg mahal. Tapi kalau nak dibandingkan naik gajah kat Hatyai pun MYR60 sorang hanya utk 20~30 min baik lagi Lost World yg boleh enjoy berjam2.










Officially tiket ini adalah untuk sekali masuk. So make sure barang yg diperlukan dibawa masuk ke dalam Lost World ni. Parking kereta disediakan dgn bayaran MYR1 untuk sekali masuk. Security juga disediakan. Parking bukan masalah besar kat sini.



Selepas masuk kita akan dapat tag yg perlu dilekat kat tangan. Kemudian kita akan melalui check point utk check beg. Makanan adalah dilarang. Seeloknya makan tengah hari puas2 dekat luar dan kemudian baru masuk ke Lost World ni. Air mineral boleh dibawa masuk. Sebelum masuk kami dah beli 2 botol mineral besar letak dlm bag. Mungkin officially air pun tak boleh tapi pekerja dia tutup sebelah mata saja.








 lepas settle semua check point, maka sampai lah kami ke dalam Lost World.







Mula2 kami pergi main permainan yg tak basah contohnya mcm naik kuda, swan lake, roller coaster, tour train, petting zoo, rumah hantu dsb.




























merak ni dilepaskan dan jalan merata2 dlm theme park ni.





























Lepas spent lebih kurang 2 jam jalan2 theme park ni, kami pun start tukar pakaian untuk mandi. Untuk pakaian pula, theme park ni tak strict sgt. Boleh tengok gambar2 dibawah ni.



Bila dah berendam tu mestilah lapar. Dalam ni pun ada dijual makanan tapi harganya basically 2 jali ganda dari luar. Contohnya mee kari ni harganya MYR8. Tapi dalamnya ada udang besar dan sedapnya mmg jauh mengalahkan Mee Kari yg dikatan legend kat tgh bandar ipoh tu.



Terdapat pelbagai jenis kolam disediakan . Ada yg untuk kanak2, ada untuk dewasa, ada untuk family dan ada juga untuk ekstrim.












Ada medan selera berdekatan dengan kolam untuk kanak2. So mak bapak boleh tengok anak main2 kat dalam kolam tu sambil makan. Makanan kat sini pun sedap2 belaka cuma harganya 2 kali ganda dari luar. Contohnya mcm cendol kat dalam gambar ni, rasanya mmg superb. Harganya MYR4.50.












Kebetulan masa kami masuk sini time Halloween. hantu la sgt tapi bagi saya biasa biasa je. Ada persembahan depan kolam dan kelihatan budak2 besar enjoy dgn persembahan diorang.









Setelah hampir 3 jam berendam dlm air sampai mata pun dah merah, kami pun balik. Kol 5 adalah waktu sesuai untuk balik. Kalau tak jam dlm bilik persalinan. Bilik persalinan rasanya mampu menampung lebih kurang 100~200 org shj.









Kesimpulannya Lost World mmg tempat yg berbaloi utk dilawati.

Isnin, 19 Oktober 2015

Old Town Ipoh


Kalau ke Ipoh, tak sah kalau tak singgah dan bergambar dengan Mural yg dilukis oleh Ernest Zacharevic. Zacharevix adalah artis kelahiran Lithuania tetapi mula terkenal di Malaysia. Lukisannya terdapat di Penang, Johor, Singapore dan yg terbaru adalah di Ipoh. Berbeza dengan hasil seninya yg lain, lukisan beliau di Ipoh adalah bersaiz besar. Saya percaya lukisan beliau di Ipoh adalah atas jemputan kerajaan negeri Perak untuk menaikkan lagi tarikan pelancong ke negeri ini.


     Matlamat utama ialah bergambar dengan "orang tua minum kopi" tapi susah nak jumpa. Jalan punya jalan akhirnya kami jumpa mural ni. Dalam perjalanan pun terdapat pelbagai tarikan lagi disini seperti gambar dibawah. 










Ameer & Areef awal2 lagi tak nak bekerjasama cari mural

















Rupanya lukisan ini terletak betul 2 dihadapan pejabat Perak Tourist Information Center. Setelah bergambar kami pun masuk ke pejabat dan disini kami dapat pamphlete yg menunjukkan dimana lokasi mural ni berada beserta dengan GPS. Saya tak pakai phamplete tu sebab ada kekurangan info. Tak ada masalah kalau nak pakai phamplete tu kalau ada masa yang panjang. Oleh kerana kami ada anak kecil dan masa pun sudah tengah hari, so kami cuma boleh 2 the best mural untuk bergambar. Maka kami lebih kepada tanya orang yg lalu dekat situ.

















Setelah dapat bergambar dengan 2 mural, kami pun bergerak ke Stesen Keretapi Ipoh dengan kereta. Basically disini kami bergambar dan mencari sesuatu yang classic. Kami terjumpa sign board seperti dibawah.










Ameer yg dah boring.


Lepas tu kami pun pergi ke destinasi berikutnya iaitu Kellie's Castle.

Kepada sesiapa yg nak cari mural ni, saya ada attach kan map yg disediakan oleh Kenwooi ni. Siap ada GPS lagi.







Kedai Makan Sedap: Restoran Tasik Raban, Ipoh


Susah sebenarnya nak cari restoran makan tengah hari yg banyak lauk, sedap dan beroperasi dengan sekala besar kat Ipoh. Untuk orang yg datang sekali sekala ke sini, nak juga merasa masakan identiti atau kampung Ipoh ni setelah penat drive dari jauh. Nasib baik saya terjumpa restoran ni...






Location:Tepi Stadium Ipoh


Serving:Lauk kampung


Capacity:150~200 people


Operation:Lunch


Budget: MYR32.40 mcm dlm gambar


Serving time:Self service.


parking: provided


childseat:provided


My good comment:Pelbagai lauk yg power disediakan. Ikan Patin tempoyak dia mmg superb dan the best yg saya pernah rasa walaupun saya dah cuba yg Temerloh punya. Mungkin sound ridiculuos tapi kena ingat orang Perak memang hebat bab tempoyak ni.




Room for improvement: Air self service?...dgn perut yg lapar terutama lepas tengok lauk2 dia yg menggiurkan, kena lak beratur panjang(peak hour) utk air...





























Sedap sgt sampai lupa nak amik gambar sebelum makan. Kuahnya mmg pekat dan penuh dengan rasa.









Kesimpulan: Antara kedai makan sedap di Ipoh

Ahad, 18 Oktober 2015

Kellie's Castle


Selepas 20 tahun , saya kembali melawat Kellie's castle. Antara produk pelancongan terkenal di Perak. Kalau dulu saya masuk free je tapi kali ni berbayar. Tiket sebanyak MYR5/dewasa dan MYR3/kanak2 dikenakan. Parking MYR2/kereta juga dikenakan.So total berjumlah MYR18 untuk kami sekeluarga hanya untuk 30min. Agak mahal kami rasakan hanya untuk melawat bangunan tinggalan Inggeris. Sedangkan Muzium Negeri Pulau Pinang yg juga bangunan zaman British yang sarat dengan info sejarah pun cuma mengenakan bayaran MYR1 shj. Rumah kelahiran P Ramlee yg penuh dengan info menarik pun free je. Saya harap kerajaan negeri dapat memainkan peranan dlm mengurangkan harga tiket. Saya rasa pemuliharaan bangunan ini tak memerlukan kos yang tinggi.





Tapi setelah merentasi jalanraya dari Ipoh yg banyak traffic light dan juga bonggol, takkanlah bila tengok tiket masuk mahal, kita balik terus je kan? So kami pun masuk je lah.





































































So kalau datang ke Perak, jangan lupa singgah ke tempat menarik ini.


Selasa, 29 September 2015

David's Diner Ipoh




Kebetulan saya ada tugas di Ipoh dan singgah disebuah restoran yg menyediakan Makanan Amerika Sebenar. Saya tak pernah pergi Amerika dan teringin juga nak rasa the true American Food tu. Saya tak pandai nak judge rasa american mcm mana. So saya bawa sorang kawan yg pernah pi America dan suka makan american food masa kat sana.





Lokasi : B-G-1, Ground Floor, Greentown Square, Jalan Dato Seri Ahmad, 30450 Ipoh, Perak


Operating time: Mon-Sun 11:00 am-10:30 pm


Serving: American (New), American (Traditional), Breakfast, Burgers, Diners, Italian, Mexican, Pizza, Sandwiches, Seafood, Steakhouses, Tex-Mex and Vegetarian


Waiting time: 20~30min(patty dibuat selepas order) 


Parking: Parking Lot. MYR1 will be paid by restaurant for above MYR20 purchase, 


Toilet: Yes


Entertainment: Radio 


Budget: My burger set+ honeydew juice+Service charge+GST= MYR27.20. 


My comment: Food memang rasa America dan ambiance dalam restoran tu menambahkan lagi keseronokan disini.





tolong share kan 















sijil halal jakim dipamerkan disini







































































Post-Name
Reviewed by Reviewer-Nameon August 25 2015
Rating: Your-Rating