Selasa, 24 Disember 2013

Imperial Boutec Hotel, Plaza Warisan Kota Kinabalu


     Untuk kereta sewa, saya sudah membuat booking melalui online pada Hertz. Setelah mengetahui yg Hertz tidak mempunyai kaunter di terminal 2, maka saya mencari option lain.Di terminal ada beberapa kaunter kereta sewa disediakan dan saya terus bertanya do booth berkenaan. Akhirnya kami dapat menyewa Proton Waja dengan harga MYR175/hari. Muat untuk 4 dewasa, 2 kanak kanak dan 1 bayi. Boot juga muat untuk 2 luggage besar. Saya menggunakan standard Nokia GPS pada hpone saya iaitu Nokia Lumia 620 sahaja.


    Dengan berpandukan GPS, kami tiba dihotel. Booking dibuat melalui iklan AGODA yang ada dalam blog ni. Kebetulan offernya menarik dan lebih murah dari book direct. Hotelnya selesa dan yg penting hanya 100m dari Philippine market. Perlu diingat nak cari parking di area situ bukannya senang terutama untuk orang luar.







Lobby hotel ditingkat 7










Ada hot shower










Areef ngendap ameer mandi

 Booking hotel dibuat melalui Agoda dan harga yg kami dapat amat berbaloi.



Aircond: yes

Entertainment: LCD TV

Hot shower: yes

Iron: upon request

Internet: not sure

Parking : available in Plaza Warisan

Parking fee: MYR10/night

Parking subsidy by hotel : MYR5/night


Restoran Terapung, Kg. Nelayan Kota Kinabalu


Looking for best live seafood in Sabah?


Saya inginkan kelainan dalam trip ke Sabah ni.Kalau boleh ada pertunjukan kebudayaan sabah lagi bagus untuk tatapan keluarga saya yang tak pernah ke Sabah. Maka saya decide utk ke restoran ini kerana disini ada pertunjukan kebudayaan. Pertama kali saya kesini dulu bersama teman yang rata2nya chinese.










Entrance






Final entrance di parking area










Macam kat pasar. Lepas pilih, timbang.






Just tunjuk, nanti ada orang tangkapkan






Deretan seafood hidup menanti kami






Akhirnya kami pilih black grouper




Ketam pilihan kami






Lobster ni kami takat tengok je la. Tapi kami ada perancangan lain.






Keadaan restoran yang teratur






Meja kami hotseat






Sebab betul2 dok depan stage. My wife tgh update FB






Bill of Order dan chinese tea














Black grouper kami dalam contonese style steam






Butter crab






Sotong goreng tepung pun ada


Location: Taman Tun Fuad Stephens( GPS:5.951071,116.107279)

Serving: Live Seafood

Budget: This is not cheap restaurant...prepare your credit card. Time to collect point.

Waiting time:30min

Operation time:noon until mid night

Capacity: 300 person

Parking: available

Entertainment: traditional dance, fire show

Childseat: yes

Toilet: Yes.

My good comment : Really enjoyed the food and show.

My bad comment:  I would come again next day if the total price below MYR300 but...

Breakfast at Pasar Pagi, Philippine market

Makan pagi kami simple saja sebab kami nak cepat. Kami decide untuk turun makan di area Philippine market. Kami mencari yang unik dan bukannya yang sedap. Memang ada restoran disekitar tapi kami pilih untuk makan digerai untuk mencari pengalaman yang unik.Kami pilih gerai yang paling dekat dengan laut sebab seronok tengok aktivity terutama dari orang pulau Gaya.

View dari meja saya

Meja disediakan

Tak tahu la kuih apa ni tapi sedap


Murtabak yg rupanya lain dari semenanjung. Saya beli satu untuk rasa. Intinya kurang dan rasanya jauh beza dari semenanjung.
Kos makan pagi kami disini adalah MYR10 shj.

Pasar pagi, Philippine market

Nak kenal sesuatu tempat, pergilah ke pasar. Tak kira la pasar pagi atau malam. Mesti ada benda unik yang kita boleh jumpa. Tak caya tengok gambar dibawah ni. banyak gak benda yang saya pun tak tahu apa namanya.



Rumpai laut






Apa benda ni.

Pulau Manukan




Kejernihan air dan warna warni hidupan laut yang menggamit pelancong ke Pulau Manukan





Selepas makan pagi kami ke Jesselton point untuk island hopping. Disini ada banyak kaunter dan pakej yang disediakan. Kami cuma ambil pakej yang budget iaitu "transportation only" ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kos adalah MYR 43 seorang.




Bergambar dengan pintu gerbang Jesselton Point







Suasana di Jesselton Point






Adelia first time naik speed boat






Perjalanan mengambil masa 20min. 






Jeti Pulau Manukan




Office jeti Pulau Manukan







Sewa snorkel adalah MYR10










Ameer yang sudah pandai menulis



Pulau manukan memang cantik. Boleh dikatakan wajib untuk datang kesini. Bayaran sebenyak MYR3 dikenakan kepada setiap pengunjung bila anda tiba di jeti. kami tiba disini pada pukul 9am.




Ameer & seashell










Crystal clear water











Ikan apa ni ye..





Setelah 3 jam disini dengan aktivity mandi manda, snorkeling dan sebagainya, kami pun bersiap untuk ke pulau berikutnya iaitu pulau sapi.