Selasa, 24 Disember 2013

Pulau Sapi

Kami menaiki boat pada pukul 12pm untuk ke destinasi berikutnya iaitu Pulau Sapi. Disini katanya airnya lebih jernih dari Manukan.

Pulau Sapi

Areef tertidur sambil berdiri dalam boat. Amazing.

Jeti Pulau Sapi

Crowded sebab jadi tempat makan
Perasaan kami ketika sampai disini pada mulanya memang teruja sebab keadaan geografinya yg menarik. Tapi kami terkejut sebab disini orangnya terlalu ramai dan masing2 berbaris panjang untuk mengambil makanan. Barangkali ini adalah untuk mereka yang mengambil complete package(transfer,snorkel, lunch).
Mood kami memang kureng sikit sebab kemudahan dan tanah pantai disini terhad tak seperti di Pulau Manukan.

View dari tempat family saya lepak

Bersebelahan dengan Pulau Mamutik


Shop

Toilet

Boat kami ke tanah besar sepatutnya pada pukul 3pm. Oleh kerana anak kecil dan letih dan mood pun tak de, kami minta agent kami untuk balik awal sikit. Penantian satu penyeksaan. Lamanya nak tunggu 2 jam tu. Asyik2 tengok jam. last2 masuk berendam jugak dalam air. Air disini lebih  jernih dari Pulau Manukan. Pada pukul 2 kami pun pulang ke tanah besar.

Dinner at Philipine Market area

Lepas keletihan dan kelaparan dari Island hopping, kami pun terus turun ke bawah hotel untuk makan malam. Dimana? Dekat area Philippine market je. Terdapat banyak gerai disini yang menjual seafood bakar. So pilih dan harga terpulang kepada skill tawar menawar masing2.
Salah satu kedai on the way kami ke Philipine market

Lobster kami yang beharga MYR70.


Ameer dalam mood yang kurang baik sebab nak makan ayam

Lobster kami yang sedang dibakar.

Deretan pelanggan 

Yang ini dipanggil ikan putih. Isinya tebal dan berlemak.


Ini sotong bakar kami yang beharga MYR 15.

Kerabu rumpai laut yang sedap ni berharga MYR10.

Ketam bakar kami berharga MYR15.

Akhirnya mood ameer OK bila bgtau lobster pun rasa macam ayam juga.
Kami menghabiskan MYR170 disini. Lepas kenyang kami pun balik ke hotel.

Travel from Kota Kinabalu to Kundasang, Sabah

Keesokannya kami check out awal sebab kami mahu sampai ke Kundasang seawal mungkin. Tapi sebelum ke sana kami singgah dulu di waterfront. Tak sah rasanya kalau tak bergambar disini.

















Perjalan ke Kundasang mengambil masa selama 2 jam lebih melalui Tuaran. Pada pagi itu kami ternampak puncak gunung Kinabalu dari Jesselton Point. Teringat pada company trip saya yang lepas dimana ramai staff yang kempunan nak tengok gunung kinabalu.Padahal kami ada pergi Jesselton Point utk minum petang. Kami isi minyak secukupnya di area UMS. Isi minyak secukupnya . Jalan pendakian bukit bermula dari jambatan Tamparuli dan suasana mengasyikkan dikiri kanan jalan. pastikan minyak anda diisi sebelum tamparuli sebab anda takkan jumpa petrol station hinggalah anda tiba di Ranau. Kelajuan kereta terhad kerana jalan berliku dan pemandangan yang cantik. 




Berhenti ditepi jalan berhampiran Pekan Nabalu


Kinabalu Park, Kundasang

Kami tiba di Kinabalu Park iaitu pintu untuk pendaki gunung Kinabalu. Bayaran masuk sebanyak MYR3 dikenakan dan tiket haruslah disimpan kerana anda boleh gunakannya lagi jika anda pergi ke tempat2 under Kinabalu Park contohnya seperti poring Hot Spring.





Desa Dairy Farm, Kundasang

Kemudian kami ke Desa Dairy Farm. Perjalanan mengambil jarak sejauh 5km tapi mengambil masa yang sedikit panjang kerana perjalanan mendaki bukit. Entrance fee sebanyak MYR3 dikenakan utk dewasa.
Suasana disini mengasyikkan sebab rasa macam dok kat New Zealand.



Susu segar ada dijual disini. Harga standard.

Tempat susu diperah







Kami bertolak untuk check in hotel tapi perut sudah mula lapar. Maka kami singgah di pekan kecil Kundasang. Surprisingly kami jumpa KFC tapi saya propose semua untuk makan makanan local. Ada few local restaurant disekitar tapi mcm tak kena selera saja. Setelah pusing pekan ni yang bulatannya cuma 200m sahaja,akhirnya kami pilih KFC untuk makan tengah hari.


Pekan Kundasang


Sini tak ada sos cili thai

Isnin, 23 Disember 2013

Celyn Resort, Kundasang


Booking dibuat melalui iklan AGODA yang ada dalam blog ni. Kebetulan offernya menarik dan lebih murah dari book direct. Hotel ini bukan berada ditepi jalan sebaliknya untuk ke hotel ini kami terpaksa menaiki bukit sejauh 3km dengan jalan yg tidak berturap. Ada perkampungan kecil disini dan hotel ini berada dipuncak bukit kampung semuruh. Setelah sampai kami pun check in.














 Kami book hotel yang menghadap Gunung Kinabalu namun receptionist memberi kami pilihan untuk diupgrage ke bilik besar. tapi bilik itu tak nampak gunung kinabalu sebab pemandangan terlindung sikit dengan hutan. Kami pilih untuk tinggal dibilik yang lebih besar.




Bilik kami adalah antara yang tertinggi disini. 






2 bilik ni kami punya






Ameer & Areef seronok sebab x pernah dapat katil besar macam ni










Jangan komen walaupun cuma ada kipas. Sebab malam sure korang bangun untuk off kan kipas...sejuk.


Sabah Tea, Ranau

Selepas mandi, kami terus ke Sabah Tea. Jarak dari hotel kami lebih kurang 30km dan mengambil masa lebih kurang 30min. Sabah Tea terletak 2 km dari jalan besar dan kami terpaksa berjalan atas jalan batu. Agak mencabar juga jalannya dan mendaki bukit.



Bergambar di cafe Sabah Tea untuk menikmati teh sebenar

Ameer gembira, Areef mandom

My wife and her twin

Apa yang kami nak order ye?

Akhirnya kami pilih 6 jenis teh yang berbeza. Masing2 rasa sikit.

Walaupun rupa Ameer macam dia yang minum sorang, tapi sebenarnya bukan

Buah tangan untuk jiran2 walaupun kat kedai biasa pun ada jual