Ahad, 30 Disember 2012

Krabi to Malaysian border


Traffic cantik yg terdapat di Krabi

Setelah makan pagi,kami pun memulakan perjalanan pulang ke Malaysia dan waktu sudah menunjukkan pukul 10am.Perjalanan kami akan mengambil masa 4 jam lebih.

Antara pemandangan cantik yg ada ditepi jalan

Stop sebentar utk bergambar


Ada peniaga yg datang ketuk tingkap kereta kami utk jual mempelam unik nih.Kami pun beli.


Cuba teka apa rasanya?Saya ingatkan asam.Rupanya yg merah tu ialah cili api.Pedas!!!

Belok kanan utk ke Penang.Kalau terus boleh sampai Sg.Golok dan Kelantan.

Sampai saja kami ke sempadan,jalan dah jam dgn kenderaan Malaysia yg nak balik.Kesesakan sepanjang 1km.Tapi jangan balik dulu.Singgahlah ke pekan Danok.
Anda mungkin tak jumpa apa yg anda cari kat Krabi.So ini adalah last spot anda untuk mencari sesuatu yg anda inginkan di Thailand.

Pulut durian


Kat Thailand safety awareness diorang kurang.Dari budak kecik sampai la org dewasa.
Carilah parking ditepi jalan dan pasti pekan ini tak akan kecewakan anda.Kat sini MYR diterima.Kalau anda beli barang dgn THB,jangan terkejut kalau baki anda dipulangkan dgn 2 matawang(MYR+THB).Ex-rate kat sini tak ikut standard semasa.Sini kira 10THB=1MYR.

pulut mangga yg best
Bersambung...

Sabtu, 29 Disember 2012

Yahya Restaurant,Danok

Lets find Halal food in Thailand...
Setelah berjaya mendapatkan parking,kami pun terus cari restoran ni.Restoran ni adalah favorite rakyat Malaysia yg dtg ke Thailand.





Location:less 100m dari Malaysian border(GPS:6.520715,100.419781)
Speciality: Thai food
Budget: MYR10 above
Operation hour: morning until mid night
Serving time: 15 min
Capacity:40 person
Parking : not provided
Entertaintment: TV
Shildseat:Couldn't find
toilet : provided
Surau:no
Credit card payment:No

Ini bukan sebarangan ulam.Timun dan sos ni mmg match dan gerenti boleh habis sebelum makanan lain sampai.
Nasi goreng seafood.Mmg kaya dgn seafood.

Kailan ikan masin

Tom Yam yg paling best yg saya pernah rasa


Sotong goreng tepung.
My good comment:Nak makan puas di Thailand?Inilah restorannya.Makan sedap dan harganya murah.Kos kami makan kat sini ialah MYR45.Tom Yamnya amat sedap dan mmg ada class.Saya pernah makan Tom Yam di restoran mewah di Bangkok dan Pattaya.Inilah rasanya.

My bad comment:nothing so far

Selepas makan kami pun terus masuk Malaysia.Apa kesimpulan dari trip kami ke Thailand ni?
  • Makanan kat Thailand tak lah murah seperti yg kita ingatkan.Rata2 harganya start dari THB20.
  • Tak semua restoran kat Thailand rasanya sedap.Kena cari the right jugak.
  • Street food mesti dicuba.
  • Seronok bawa kereta ke Thailand.Jalan free yg cantik dan pemandu lorry yg tak pernah beri masalah.
  • Maya Bay adalah tempat yg berbaloi utk dilawati.

Isnin, 24 Disember 2012

Bawa masuk diri dan kereta ke Thailand

Passport
Utk masuk ke Thailand anda perlukan Passport yg at least validity dia 6 bulan.Visa tak diperlukan.Ada juga disediakan border pass tapi ada syarat2 tertentu.Saya akan masuk jauh ke dalam Thailand so saya fikir border pass ni mungkin x boleh pakai.Lagipun mmg kami semua dah ada passport.So pakai je lah.

Geran kereta
Utk membawa kereta masuk ke Thailand anda perlukan original geran.Walaupun ada yg pakai photostat copy dan berjaya bawa masuk kereta ke Thailand,to be safe better bawa original geran.Lagipun tujuan aku ke sana adalah utk bercuti dan bergembira bersama keluarga.kalau boleh x mau ada sedikit pun masalah semasa trip ni.Tambahan lagi government officer Thai kat border Malaysia ni kerek dan ikut mood diorang je.Nasib x baik mmg dia suruh kita balik.
So bawalah original geran.Kalau ada kat bank,pergilah amik kat Bank.

Insurans
Bawa masuk kereta ke Singapore lagi mudah sbb insurans Malaysia cover sekali dgn Singapore.Tapi Thailand tak dicover.Rasa mcm tak adil pun ada gak sbb polisi ni untung utk orang Johor.Utk org Perlis,mmg susah utk ke Singapore walaupun bayar insurans yg cover sampai Singapore.Rasa bab ni syarikat insurans kena improve sikit.
Insurans ada dua.Insurans yg wajib adalah insurans yg anda kena beli di Changlun.Tapi kalau apa2 jadi,kereta anda tak dicover.Untuk cover kereta anda,anda kena extend insurans anda ke Thailand.Mcm saya,saya pergi ke Kurnia dan uruskan insurans extention.Kos extension ke Thailand selama seminggu adalah lebih kurang MYR50.
Tapi jawapan yg tak best dari Kurnia adalah kalau jadi apa2,kita kena bawa kereta tu sampai ke sempadan.Sampai sempadan baru Kurnia take over.
Insurans lain tak tau la pulak.Saya nampak MSIG kat Hat Yai.Mungkin MSIG boleh bagi better service?

Duit cash
Kemudahan credit card adalah kurang di Thailand berbanding Malaysia.So anda kena ada duit cash yg cukup.Contohnya setakat ni saya tak jumpa lagi stesen minyak Thailand yg ada kemudahan credit card.

Ubat ubatanAda banyak farmasi kat sini tapi anda mungkin menghadapi masalah komunikasi.So better bawa ubat2 dari Malaysia.

GPS
Benda ni kena ada.Kalau tak mmg payah nak jalan kat Thailand.Kalau boleh baca Siam,mungkin lain cerita.

Bersambung...

Family trip 2012

Setiap tahun aku akan plan cuti2 ngan family ke tempat yg best2.Banyak tempat yg aku survey.Singapore,Bali,Kota Kinabalu,Bangkok dsb.Memandangkan shutdown company aku adalah last week of Dec, maka banyak cost yg naik masa musim ni.Terutama cost flight & penginapan.
Then aku decide utk pergi melancong dengan kereta sendiri.Tambahan pula aku ada anak k  ecil yg pakai pampers dan masih lagi menyusu.Maka destinasi yg aku pilih adalah Singapore dan Bangkok.Singapore aku dah pergi tahun lepas.So aku pilih Bangkok kot?Tapi Bangkok jauh sangat rasanya sbb jaraknya dari Penang lebih 1000km dan memerlukan 14jam driving.Banyak risiko kalau nak bawa kereta sampai Bangkok.So aku kena pilih tempat menarik disekitar selatan Thailand.
Setelah puas aku survey aku jumpa satu tempat yg dipanggil Maya Bay.

   
Maya bay ni terletak dlm wilayah Krabi yg terkenal dengan keindahan pantai dan pulau2 nya.Jaraknya dari Penang adalah 400km dan memerlukan 6 jam driving.Tak lah dekat dan tak lah jauh.Asalkan perjalan itu berbaloi.
   Kalau nak tahu lanjut pasal Maya Bay,boleh kesini.
Cara nak memilih tempat penginapan di next post...

Rabu, 14 November 2012

Mee Udang Mak Teh,Kuala Sepetang


Looking for Perak's best food ? Searching for the best Mee Udang in Perak specifically in Taping area?







































Location : Kuala Sepetang(GPS:4.840725,100.648391) near charcoal factory

Speciality: Mee Udang Banjir

Budget: MYR6~12


Operation hour: noon until mid night

Serving time: Mee Udang 5 min,Nasi Goreng:25 min


parking : Road side




Entertaintment: no





childseat: provided




toilet : provided



My good comment: Deserve to be one of the best food in Perak




My bad comment: I ordered MYR10 nasi goreng too.Does it look like MYR10 nasi goreng to you?Where is vegetable?











Jumaat, 9 November 2012

Penang Butterfly Farm

Berkali juga aku ke sini bawa family.Tempat ni agak menarik cuma agak mahal.Tiket utk dewasa adalah MYR18 dan kanak2 pula MYR10.Sekali sekala datang sini boleh la.
Tiap2 hari tempat ni dibuka dari kol 9 pagi hingga 6 petang.


Untuk first timer yg masuk,mesti anda akan teruja bila nampak beratus ekor rama2 berterbangan dekat dengan anda.Landscape juga cantik.rasa mcm nak dok kat sini je.Utk bebudak sekolah yg datang sini,cuba cadangkan kat sekolah utk buat taman mini mcm Butterfly Farm ni.Rasanya kos tak mahal.Rama2 pun bukannya kuat makan.Tahi rama2 pun aku tak pernah nampak.So why not?


Walaupun rama2nya banyak tapi yg aku perasan jenisnya tak banyak mana.Kebanyakan rama2 nampak lebih kurang sama saja terutamanya jenis yg kat atas ni.
Rama2 sini jinak belaka.Boleh landing atas tangan kita.Siap boleh pass pass bagi kat Ameer lagik.


Rama2 yg kembar siam pun ada.
Didalam tu juga ada panggung mini yg menayangkan info pasal rama2.Kalau rasa panas,panggung mini ni lah tempat anda menyejukkan badan.

Lepas tu ada bahagian serangga.Pelbagai jenis serangga juga ada kat sini dan kebanyakannya yg kita x pernah tengok.Contohnya mcm kala jengking florecent.



Disamping tu juga ada pameran rama2 yg diawet.Mmg cantik tapi lagi cantik kalau semua ni hidup.

Kepada yg nak datang,Penang Butterfly farm terletak di Teluk Bahang.


Selasa, 6 November 2012

Rumah Kelahiran P Ramlee


































Siapa yg x kenal P Ramlee?Kepada yg kenal,x kan x teringin nak gi melawat rumah P Ramlee?Selalu jugak kami sekeluarga melawat Rumah Kelahiran P Ramlee nih.Tambahan lagi bayaran masuknya adalah free.Ianya dibuka setiap hari dari 10am hingga 5pm kecuali Isnin.Tapi kalau Isnin tu adalah cuti umum,tempat ni akan dibuka.













Mengikut ceritanya rumah ni dibina pada tahun 1926 dan kerja pemuliharaan telah dilakukan beberapa kali.Disebelahnya pula ada Arkib Negara yg mempamerkan banyak koleksi2 dan gambar berkaitan dgn P Ramlee.Tempat ni mmg terjaga elok.Parking pun disediakan.













Bukan sahaja rumah ni special sebab P Ramlee,kita juga boleh melihat mcm mana rumah orang melayu dulu2.Rumah ni terbahagi kepada 4 beberapa bahagian.




 











1.Pengenalan P. Ramlee




2.Ruangan Seni dan Sukan



3.Bilik Tidur



4.Ruang Dapur







Aku pernah jumpa seorang pakcik yg tinggal berdekatan dgn rumah P Ramlee.Dia kata dia kawan P Ramlee.Mcm2 yg diceritakan.So kalau nampak ada org2 tua dok melepak kat situ,jgn segan bertanya.Mungkin itu kawan P Ramlee dan banyak cerita P Ramlee yg diorang boleh ceritakan.Pakcik tu bagitau yg rumah P Ramlee ni sebelah ngan kubur jepun.Sepanjang aku gi sini, x pernah pun aku nampak.Bila aku perati betul2,punya la banyak kubur jepun kat tepi rumah dia. Padan la dlm cerita P Ramlee pun ada hantu jepun.Mungkin dia expert bab hantu jepun.







Jgn lupa bawa kamera sbb tempat ni mmg cantik kalau nak bergambar.So kepada semua yg berkunjung ke Pulau Pinang,jgn lupa singgah sini(GPS:5.410069,100.313469)