Ahad, 4 Mac 2018

5 Tips berjimat ketika melancong ke Tokyo





Jepun adalah destinasi pilihan untuk rakyat Malaysia melancong keluar negara. Selain memberikan pengalaman 4 musim, Jepun juga menyajikan pemandangan yang indah, kebudayaan yang unik, teknologi yang hebat dan entertainment yang baik untuk kenangan para pelancong. Menurut rekod Jepun mengalami peningkatan pelancong yang mendadak tahun tahun kebelakangan ini dari Malaysia dan Indonesia. Fakta yang agak menarik sebab Jepun adalah negara yang mahal bagi kedua2 negara ini. So macam mana nak berjimat?






Tempah penginapan melalui Airbnb


Kos percutian sekarang sudah semakin murah berbanding dengan dahulu dengan wujudnya pelbagai sharing platform yangb wujud macam cendawan sekarang. Airbnb adalah platform untuk berkongsi kediaman. Basically sama macam concept homestay di Malaysia ni. Ada rumah tapi tak duduk dan sewakan ke orang lain berdasarkan bilangan hari. Di Tokyo terdapat pelbagai apartment atau rumah yang ditawarkan. Anda boleh pilih berdasarkan jarak dari stesen keretapi yang terdekat dan saiz yang cukup untuk bilangan penginap. Menginap menggunakan Airbnb lagi best dari tinggal di Hotel kerana kita boleh merasa bagaimana hidup di rumah orang jepun. Sesetengah apartment menyediakan kemudahan yang lebih dari hotel contohnya pocket wifi, payung, dapur masak dsb. So dah banyak jimat kat situ.








Mendarat di Haneda


Kebanyakan international flight akan mendarat di Narita. Umum perlu ketahui Narita bukanlah berada di Tokyo walaupun kod airportnya TYO. Sama seperti KLIA yang sebenarnya terletak di hujung selangor/negeri sembilan. Narita berada di wilayah Chiba, wilayah bersebelahan dengan Tokyo. Jarak dan tambang dari Narita ke Tokyo adalah lebih mahal dari Haneda ke Tokyo. Haneda adalah ibarat Subang Airport tetapi Haneda ada beberapa international flight mendarat disana contohnya ANA, Thai, Airasia dsb. Tambang dari Haneda ke pusat Tokyo pun lebih kurang 400yen shj.











Mendarat di Airport pada 6:45am - 18:30pm


Anda boleh jimat duit tambang train kalau anda sampai pada waku ini sebab ini adalah waktu JR office dibuka. Disini anda boleh beli JR Pass dan terus pakai pada hari tersebut. Kalau anda sampai lewat, maka pada hari itu anda perlu membeli tiket train seperti biasa untuk ke destinasi anda.










Membeli Pass untuk public transport sekitar Tokyo

Terdapat pelbagai Pass yang dijual untuk mengurangkan kos perjalanan di Jepun untuk pelancong. Rancang perjalanan anda dengan bijak dan tentu anda boleh jimat banyak.

Antaranya:





















Membeli belah di kedai 100yen

Jangan terkejut kalau anda boleh berbelanja dengan nilai yang lebih murah berbanding dengan di Malaysia. Berikut adalah kedai2 yang boleh membantu anda berjimat.



Lawson 100: Onigiri, ikan goreng, Ikan bakar, minuman kotak 1liter termasuk susu, kopi, teh, jus epal dsb, makanan ringan, dan pelbagai barangan runcit. Kami singgah sini setiap hari kalau ke Jepun.

Can-Do: Stationary & Kitchen supplies

Seria: Ceramics, Home Deco

Daiso: Cenderahati

Le Plus: Barang keperluan harian




Tiada ulasan:

Catat Ulasan