Isnin, 27 Mac 2017

Tokyo Family Trip Travel Log. Tips melancong ke jepun dengan murah















Salam;

Atas permintaan kawan2, saya pun tulis lah travel log yang panjang ni untuk dijadikan tips dan rujukan kepada yang berminat melancong ke Tokyo, Jepun. Semuanya bermula apabila kami berpeluang membeli tiket murah dari Thai Airways dengan harga MYR890/dewasa dan MYR650/kanak untuk pergi dan balik. Lebih murah dari Airasia yg menawarkan MYR1200 utk masa yang sama. Selain dari ada makanan, entertainment dsb, timing TG lebih baik dari Airasia yang selalunya tiba lewat malam atau bertolak awal pagi.

thai airways



Kami decide untuk mencari apartment sebab kami tak mahu berpisah bilik dan boleh memasak, basuh baju dsb, Kami dapat apartment MYR560/semalam untuk 9 orang. Apartment ditempah melalui Airbnb. Kebanyakan Apartment juga disediakan poket wifi. So dah jimat banyak kat situ. Ini adalah apartment kami. Ratenya bergantung kepada tarikh(low/high season) dan kadar tukaran matawang. Juga ada charge untuk cleaning and service fee. Jimat kalau tinggal disatu tempat sepanjang trip sebab charge cleaning & service hanya dikenakan sekali.

Tukaran wang dilakukan di Suria Muhabat yg pada saya menawarkan rate yg paling menarik dalam Malaysia. Suria Mubahat terdapat banyak cawangan terutama di lembah kelang dan 2 di Penang.



Day 1-




Kami bertolak dari Penang ke stesen ERL salak tinggi dan berjumpa dengan semua ahli rombongan disana. Ahli rombongan semuanya terdiri dari adik beradik dan ipar duai belaka. Kami parking kereta disini kerana charge parking disini hanya MYR3 sehari dan tambang ERL ke KLIA adalah MYR4.90 shj.Jauh lebih berbaloi dari parking di KLIA ataupun naik teksi/uber.

Salak Tinggi









Setelah check in kami pun menaiki flight pada 9pm dan flight ini transit di Bangkok .Kami transit di Bangkok selama sejam dan kemudian disambungkan ke flight seterusnya ke Haneda. 















Kami memilih Haneda kerana kos dari Haneda ke Tokyo city center lebih murah dan urusan imigresennya lebih cepat dari Narita kerana kurang orang.



Day 2-


Kami tiba di Haneda pada 6:30am. kami ambil masa untuk refresh di Toilet Haneda dan memberi laluan kepada orang lain berurusan dengan imigresen. Kebanyakan toilet di Jepun tidak mempunyai air tetapi di Haneda bidet toilet(auto) yang mempunyai air disediakan. 

haneda

Selepas selesai kami beratur selama 1~2 minit untuk imigresen. Untuk pengunjung yang menggunakan Airbnb, anda perlu menulis alamat rumah dengan lengkap. Berbanding dengan penginap di hotel, mereka hanya perlu menulis nama hotel dan alamat yang lebih kurang.





Selepas selesai urusan imigresen, kami ke kaunter JR yg terdapat didalam Haneda untuk membeli Tokyo Wide Pass. Pass ini berharga JPY10000/dewasa dan JPY5000/kanak2 boleh digunakan selama 3 hari berturut2 di wilayah Tokyo, Saitama, Gunma, Yamanashi, Tochigi, Chiba, Ibaraki, Kanagawa, Shizuoka dan Gala Yuzawa, Niigata. Bullet Train(Shinkansen) pun boleh naik. Kaunter dibuka dari 7:45am~6:30pm. So budget perjalanan anda untuk tiba di Haneda dalam tempoh ini. Kalau tidak anda terpaksa belanja lebih untuk tiket train anda dari Haneda ke destinasi seterusnya. Di Haneda juga ada travel egent dimana anda boleh beli tiket Tokyo Subway 24 hour pass dengan harga JPY800/dewasa. Berbanding dengan 1 day pass yg berharga JPY1000, kami boleh guna tiket ini selama 24 jam. Contohnya 9am hari ini hinggalah 9am esoknya.





JR Kaunter di Haneda




Menunggu monorel ke pusat bandar Tokyo






suasana dalam monorel


Kemudian kami ke Tokyo station menaiki monorel dan normal train(yamanote line). Sementara menunggu train berikutnya ke Kawaguchiko station, kami bergambar dulu dihadapan salah satu mercu tanda tokyo ini.















Di Tokyo kami sepatutnya menaiki Narita Express(NEX) ke Kawaguchiko(Mt.Fuji) tapi malangnya train ni terlibat dalam kemalangan. NEX menyediakan 1 trip pada setiap Sabtu dan Ahad dan option ni adalah yang paling selesa dan cepat ke Kawaguchiko. Kami terpaksa menaiki train lain untuk sampai ke Kawaguchiko dan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai. Kami lewat 2 jam dari plan asal. 




berjam2 menunggu NEX






stress 2 jam naik keretapi sesak dengan luggage






kesian anak2 letih

Setelah tiba di Kawaguchiko, kami membeli tiket retro bus berharga JPY1200 untuk ke Saiko Iyashi Sato no Nenba. Tiket ni boleh digunakan selama 2 hari tapi disebabkan kelewatan, kami cuma sempat ke 1 tempat sahaja. Dengar macam rugi je bayar mahal tapi pakai sikit, namun harga yang perlu dibayar jika tanpa pass ini melebihi JPY1400 untuk kesini.Disini stesen ini juga ada menyediakan coin locker, tapi nak jimat punya pasal kami letak je luggage kami diatas locker. Anyway mmg tak ada coin locker yang kosong pun. Jepun negara yang selamat dan tak ada orang yang nak curi pun.
















luggage kami tinggal mcm ni shj



Kami tiba disini pada 4:30pm dan malangnya tempat ini akan ditutup pada 5pm. Dah nak malam pun. Sepatutnya kami plan untuk sewa kimono dan pakaian samurai berharga JPY500 disini tapi malangnya kedai yg menyewakan pakaian ditutup 4pm. So kami bergambar sahaja disini. Satu tips yang saya nak kongsikan ialah Gunung Fuji selalunya jelas kelihatan pada awal pagi atau lewat petang. Selain dari itu kebanyakannya diselaputi awan. Penat kalau luangkan 4 jam pergi balik untuk datang sini tapi tak nampak gunung Fuji.































Kemudian kami pulang ke Kawaguchiko untuk menaiki train seterusnya ke apartment kami di Tokyo yang mengambil masa selama 2 jam. Sebelum tu kami singgah untuk mengambil luggage kami dan membeli sedikit makanan untuk makan malam.


















Kami menyewa apartment di Ogikubo. Nama memang menyeramkan tapi tempat ini amat strategik kerana rapid JR train akan berhenti disini dan ianya station permulaan untuk Metro Subway Marunouchi line. Pendek kata connection memang bagus. Apartment kami pun cuma 2 min berjalan kaki dari train station.

















Day 3-





Hari ni kami plan untuk bermain salji di Gala Yuzawa dan kemudian ke Akihabara(Electric & Anime City). Since makan di Gala Yuzawa adalah mahal, kami singgah di convinient store berdekatan(Lawson Store 100) untuk beli makanan sebanyak mungkin. Kedai ni banyak membantu kami dalam berjimat. Kebanyakan item dalam kedai ni berharga JPY100. Yang kami selalu beli ialah Onigiri, Ikan bakar, minuman dan makanan ringan. Bahasa tidak menjadi masalah sebab saya pernah tinggal di Jepun selama 3 tahun dan selalu berulang alik ke Jepun atas urusan kerja selepas itu. Cuma sebelum ni travel sorang2 je.






 Kami menaiki shinkansen dari Tokyo station ke Gala Yuzawa, Niigata. Alhamdulillah time ni tak ramai orang. Kami tiba di Gala Yuzawa pada 10am dan mengambil masa hampir sejam untuk urusan membeli tiket dan juga menyewa sled, boots & sarung tangan. Ada special package & diskaun jika kita pakai Tokyo Wide Pass.


































Setelah hampir 2 jam bermain salji, kami pun pulang ke Tokyo. Kami berhenti di Ueno Station dan Ueno adalah antara station utama di Tokyo dan disini juga terdapat pelbagai premis yang menjual makanan, cenderahati dsb.













  Kemudian kami ke Akihabara iaitu bandar elektronik dan anime di Jepun. Terdapat pelbagai elektronik yang terkini dijual disini. Cuma perlu hati2 kerana voltage Jepun adalah 110V iaitu lebih rendah berbanding Malaysia yang menggunakan 240V. Selain itu radio jepun juga mempunyai frequency yang lebih rendah dari Malaysia.













Antara tujuan utama kami ke Akihabara adalah untuk mencari Kebab Doner Turki. Cuma perlu hati2 disini makanan halalnya hanyalah untuk ayam.









Since dah sampai sini, bagi la anak2 chance main game kejap. Banyak kedai Game disini antaranya SEGA. Surprisingly dengan JPY100, game sini boleh bertahan lama tak macam game Malaysia MYR1 yg tahan cuma 2~4min shj. Dekat sini dengan level Ameer n Areef yg tak pernah main game dan bahasa Jepun tu pun boleh bertahan 10min. Kami spent JPY500 kat sini sebelum pulang ke Apartment.

























Day 4-

Hari ni hujan sepanjang hari tapi nasib baik owner rumah sediakan 10 payung. Kalau dok hotel biasanya payung tak disediakan. Jimat lagi duit. 



Pada hari ni kami plan ke Nikko sebelah pagi dan ke Odaiba sebelah petang. Nikko mengambil masa 2 jam dari Tokyo dan oleh kerana altitudenya yg tinggi, suhunya lebih sejuk dari Tokyo. Oleh kerana suhu hampir diparas beku disamping hujan yang turun, kami terutamanya anak2 tak tahan dan mahu pulang secepat mungkin. Tapi tempat ni memang menarik untuk dikunjungi. Terasa ala2 samurai gitu. Disini kami spent JPY500 untuk menaiki bas yg khas untuk membawa pelancong ke tapak Unesco ini.









































Dari Nikko kami menaiki train biasa ke Utsunomiya dan kemudian kami menaiki Shinkansen dari Utsunomiya ke Omiya . Dari Omiya kami menaiki saikyo line untuk ke Odaiba. Odaiba ni basically city yang berkonsepkan futuristic.











Kami tiba di Odaiba pada 2:30pm dan lokasi pertama kami ialah Fuji TV. Fuji TV ni adalah stesen penyiar terkenal di Jepun ibarat macam Astro & TV3 di Malaysia. Masuk free saja dan tak ada guard dsb.









Berdekatan disini ada Statue of Liberty. Rasa macam dekat New York la pulak.







 Selepas bergambar dengan statue of Liberty, kami ke Venus Fort iaitu tempat shopping yang menakjubkan. Berkonsepkan ala Italy abad ke 16 dengan langitnya seakan akan real. Memang seronok window shopping disini.































 Selepas penat berjalan kami pun balik ke Apartment. Trip kami ke Odaiba pasti lebih menarik kalau Gundam Statue masih wujud. Untuk pengetahuan Gundam statue dah dirobohkan untuk memberi laluan kepada project baru. Katanya Gundam yg lebih besar dihujung tahun ni.





Day 5-


Hari ni kami ke Tokyo Disneyland dan hari ini juga kami sudah tak boleh gunakan Tokyo Wide Pass lagi sebab hari ni hari ke 4. Tokyo Wide Pass hanya boleh diguna selama 3 hari sahaja. Anyway tak mahal mana pun dari tempat kami nak ke Disneyland.



Kami pilih hari yang kurang orang untuk ke Disneyland ni. Maklumat boleh didapati dari sini. Mengikut data ni, capacity Disneyland ialah 43% pada hari ni.




Kami sampai pada pukul 8:50am dan dah ramai orang beratur(at least beratur 50m). Nasib baik kami dah beli tiket secara online siap2. Tiket tak boleh dibeli direct melalui website Tokyo Disneyland dari Malaysia atas sebab teknikal(dah confirm dgn Maybank dan forum dari negara lain pun mention benda yang sama). Kami beli melalui klook dan harganya sama dengan harga website disneyland. Kelebihan klook ialah dia tak tetapkan tarikh. Kita boleh masuk 1 hari asalkan dalam tempoh yg tertera dalam tiket tu(sampai Mar 2018). So kalau hari ni hujan dan nak tukar tarikh ke Disneyland esok pun tak apa. Dengan tiket ni, kita tak perlu beratur. Terus scan code yang tertera dipintu masuk dan masuk.









Makanan disini mahal maka kami beli atau prepare siap2 dan bawa masuk ke sini. Ada pemeriksaan beg sebelum memasuki Disneyland tapi makanan dibenarkan. Tujuan pemeriksaan lebih kepada tujuan keselamatan. Di website disneyland juga ada mention pasal makanan luar dilarang masuk. tapi percayalah makanan boleh dibawa masuk. Ini kali ke 4 saya masuk Tokyo Disneyland.































Ada pelbagai character contohnya Donald Duck, Goofy dsb berdekatan dengan pintu masuk dan ramai yg tak sabar nak bergambar dengan mereka, Saya cadangkan supaya teruskan perjalanan sbb ini semua akan melambatkan anda untuk beratur di permainan yg anda ingin bermain. Anda boleh cari character2 ni kemudian masa rehat selepas penat bermain.



















Disneyland sinonim dengan beratur panjang. Antara trick yg kami gunakan untuk mengelak beratur panjang adalah dengan install application Tokyo Disneyland Waiting Time. Dari sini kita boleh buat perancangan dan bermain permainan sebanyak mungkin. Sentiasa dapatkan update dari masa ke semasa. Antara trick lain ialah dapatkan Fast Pass. Kami berjaya dapatkan 2 tiket Fast Pass disini. Kalau kuat jalan, mungkin boleh dapat 5 Fast Pass. Dengan Fast Pass kami cuma perlu beratur 1 min(hujung waktu) berbanding 1 jam tanpa Fast Pass.













Disamping permainan, perarakan juga ada. Spot terbaik untuk melihat perarakan ini ialah di Haunted Mansion kerana perarakan bermula dari sana dan berakhir di Toon Town. Lepas habis parade boleh terus ke permainan. Jika melihat parade dari Toon Town, 10~15min kemudian baru parade habis dan barisan untuk permainan sudah menjadi panjang.








berehat sebab letih sangat






















dalam rumah minie mouse






dapur minie mouse











Diwaktu 8:50pm ada pertunjukan "once upon a time" yg menggunakan projector yg berteknologi tinggi dipancarkan ke castle. Lepas habis pertunjukan ni, kebanyakan pengunjung akan mula keluar dari Tokyo Disneyland. Tapi kita sebagai pengunjung yang susah nak datang kesini lagi better stay dulu. Kami sempat ke satu permainan " Jungle Cruise" yg pada awalnya perlu 1 jam menunggu, tapi masa kami ke sana pada 9:30pm tak perlu menunggu lansung. Waktu pulang memang sesak dan better keluar dari Disneyland pada 10pm.



Day 6-


Hari ni kami pusing2 melawat bandar2 Tokyo dengan menggunakan Tokyo Subway 24 hour Pass.

Kami bermula dari Harajuku diamana disini adalah fashion street untuk golongan muda. Disamping itu disini ada Daiso 100yen dimana kami plan untuk beli gift atau cenderahati yang rata2nya berharga JPY100. Kami luangkan masa hampir 2 jam disini.

















 Selain itu di Harajuku juga ada Takoyaki yang famous iaitu Gindaco. Memang sedap.







Kemudian kami ke Shibuya dan wajib untuk menyaksikan beratus orang crossing jalan kat sini pada masa yang sama. Lihat video ini kalau nak tahu betapa ramainya nya disini..





Disamping itu shibuya juga mempunyai restoran sushi yang unik iaitu Uobei. Disamping unik, harganya juga murah disamping portionnya besar. Surprised sebab total cost kami makan disini lagi murah dari Sushi King di Malaysia. Juga boleh lihat video untuk mengetahui kenapa ianya berbeza dengan belt sushi yang lain.






























Kemudian kami ke Masjid Tokyo untuk menunaikan solat. Stesen terdekat ialah Yoyogi Uehara. Selain itu masjid ni juga berfungsi sebagai pusat kebudayaan Turki. Masa kami sampai, ada tok siak orang Jepun dok jaga.







 Hari dah nak senja dan kami tiba di Imperial Palace. Stesen terdekat ialah Otemachi. Masa ni kaki dah rasa macam nak tercabut sbb banyak berjalan dari pagi tadi. Kesian kat anak2.







Kemudian kami ke Ryogoku. Disini ada sumo museum tapi dah tutup masa kami sampai. Bergambar dengan stadium sumo pun jadilah.





 Kemudian kami ke Tokyo Metropolitan Goverment Building untuk menyaksikan Tokyo Night View dari ketinggian 202m. Free je masuk sini.









Kemudian kami ke Kabukicho, Shinjuku untuk sushi dan juga jalan2. Oleh kerana anak2 dah tak larat jalan, maka kami tak sempat ke Tsukiji(World Biggest Fish Market) dan Tokto Skytree,





















Day 7-

Kami bertolak dari apartment 7:30am dengan menggunakan Tokyo Subway 24 hour Pass yg diguna semalam untuk ke Haneda Airport. Peak hour tapi tak ada masalah bagi kami sebab Ogikubo adalah stesen permulaan. Tak ada masalah dengan beg besar.



















Ada sedikit pertambahan bayaran(JPY400+ sebab line ke Airport diuruskan oleh syarikat lain(Keikyu) walaupun kami menaiki subway train yang sama. Kami tiba di Airport 8:45am dan seterusnya check in untuk menaiki pesawat TG683.



Diharap maklumat diatas boleh menjadi panduan untuk mereka yang ingin melancong ke Tokyo.Total cost perbelanjaan dari Flight, Apartment, Disneyland, Transport, Makan, Snow,game dsbnya ialah MYR2600/dewasa. Ini bukanlah travel super saver. Bukan senang nak datang ke Jepun dan alang2 datang, enjoy dan nikmatinya sebaik mungkin tapi masih lagi amalkan berbelanja dengan bijak. Kalau tanpa ke Disneyland, main salji, Fuji, Nikko, rumah yg lebih murah, makan pun budget dsb, percutian ni mungkin hanya memerlukan dibawah MYR1500 shj.





gunung Fuji semasa flight pulang



Pada pandangan saya percutian ini memerlukan 1 hari lagi supaya trip ronda bandar Tokyo dilakukan selama 2 hari dan tak terlalu rushing dan letih sangat. Tiket Tokyo Subway 48hours berharga JPY1200 shj dan kita boleh buat agenda tambahan contohnya melawat Tuna Auction, melawat latihan sumo dsb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan