Hanamasa adalah jenama nostalgic utk bebudak "Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun".Buffet Jepun MYR10 ditahun 1996.
Little Penang pun ada kat sini.Since saya org Penang,takkan saya nak makan sini.
Kalau takat nak beli makanan ringan,kat sini pun ada jual.
Finally saya pilih restoran Sate Senayan.Nak tahu unik ke?Berbaloi ke?
Cantik menunya.Pelbagai makanan dan minuman disediakan.
Akhirnya saya pilih Teh Poci,Sate Manis Sapi dan Lontong.Walaupun dimulut saya minta Nasi impit,diresitnya ditulis Lontong.mmm..tengok je la nanti.
Setelah 5 minit menunggu datang la Teh Poci.Cara penyediaannya unik dan ada class.Gula yg digunakan adalah gula batu.
Takkan nak terus minum.Jom tengok apa ada dalam teko tanah liat nih.mmm...sebelum kita nampak apa yg ada didalamnya,terlebih dahulu kita dapat mencium aroma wangi yg keluar dari teko tersebut.Bau mcm air mandi bunga tau.
Kemudian datang lah lontong.Surprise juga sbb ingatkan lemang.Tapi mmg nasi impit yg bentuknya bulat.
dan akhirnya datang lah Sate Manis Sapi.
Rasa satenya sama je mcm sate Malaysia.Bezanya cuma kuah.Kacang di kisar halus dan ditambah gula agar rasanya manis.
Ingatkan dibawah ada bawang,timun dsbnya tapi rupanya ada arang yg digunakan utk memanaskan sate kita sentiasa.
Lepas tak larat makan,saya pun bungkus balik bilik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan