Untuk trip ni saya akan menginap di Harris Suites yg terletak dalam FX Sudirman shopping mall.Saya sampai awal dan sementara menunggu utk check in,saya pergi cari sesuatu yg boleh mengisi perut di tengah hari itu.FX Sudirman mall ni boleh tahan la besarnya.
Hanamasa adalah jenama nostalgic utk bebudak "Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun".Buffet Jepun MYR10 ditahun 1996.
Little Penang pun ada kat sini.Since saya org Penang,takkan saya nak makan sini.
Kalau takat nak beli makanan ringan,kat sini pun ada jual.
Finally saya pilih restoran Sate Senayan.Nak tahu unik ke?Berbaloi ke?
Cantik menunya.Pelbagai makanan dan minuman disediakan.
Akhirnya saya pilih Teh Poci,Sate Manis Sapi dan Lontong.Walaupun dimulut saya minta Nasi impit,diresitnya ditulis Lontong.mmm..tengok je la nanti.
Setelah 5 minit menunggu datang la Teh Poci.Cara penyediaannya unik dan ada class.Gula yg digunakan adalah gula batu.
Takkan nak terus minum.Jom tengok apa ada dalam teko tanah liat nih.mmm...sebelum kita nampak apa yg ada didalamnya,terlebih dahulu kita dapat mencium aroma wangi yg keluar dari teko tersebut.Bau mcm air mandi bunga tau.
Kemudian datang lah lontong.Surprise juga sbb ingatkan lemang.Tapi mmg nasi impit yg bentuknya bulat.
dan akhirnya datang lah Sate Manis Sapi.
Rasa satenya sama je mcm sate Malaysia.Bezanya cuma kuah.Kacang di kisar halus dan ditambah gula agar rasanya manis.
Ingatkan dibawah ada bawang,timun dsbnya tapi rupanya ada arang yg digunakan utk memanaskan sate kita sentiasa.
Lepas tak larat makan,saya pun bungkus balik bilik.
Location:FX Sudirman,Senayan(GPS:-6.222345,106.806207)Serving:Varieties of SateBudget: MYR30Operation:everyday 9am~9pmParking:provided by FX SudirmanChildseat:yesToilet:yesMy good comment:The Sate is good.But I like Sate Kajang Samuri more.My bad comment: A bit expensive.But the place is exclusive.