Sabtu, 3 November 2012

Akuarium Pulau Pinang

 Kepada sesiapa yg ingat nak bawa family jalan2 tgk ikan yg best2 dgn harga yg murah,anda boleh lah ke Akuarium Pulau Pinang(GPS:5.286755,100.28625).Kenapa murah?Sbb ni adalah under Jabatan Perikanan Malaysia dan secara asasnya ia dalah bukan berasaskan keuntungan semata mata.
 Ia dibuka setiap hari kecuali Rabu dari 10pagi hingga 5 petang.Bayaran pula adalah MYR5 utk 1 dewasa manakala kanak2 7~12 tahun adalah MYR2.Romboongan sekolah pula cuma MYR1.5 sahaja.Percuma utk kanak2 bawah 7 tahun,OKU dan warga emas atas 55 tahun.
 Tempatny tak lah sebesar mana tapi boleh la utk memberi keriangan dan kelainan trio hujung minggu kita.Pada permulaan anda akan disajikan dgn kolam air mcm gambar kat atas.
 Kemudian anda akan disajikan pula dgn rangka2 haiwan ataupun haiwan yg sudah diawet.Gambar kat atas adalah rangka dugong.Ameer adalah pengemar filem sains fiksyen y berumur 4 tahun.Ayat pertama yg keluar bila dia nampak rangka dugong...."Abah..ada dinosour!".


 pelbagai spesis hidupan marin yg kita boleh lihat termasuk juga dari benua lain.Contohnya ikan diatas yg dikatan satu family dgn pirana.Sekali tengok mcm bawal pun ada.Kebetulan kami pun baru lepas pekena bawal kelapa sawit.Bila tanya areef yg berumur 2 tahun pasal ikan ni,ingatkan dia kata takut.rupanya dia kata "sedap". Harap2 rasa dia sama dgn bawal lah yek.



 Selama ni x pernah tengok toman(atas).selama ni dengar cerita je yg dia boleh melompat dan menyambar monyet atas pokok.Bila tengok gelagat dia dlm akuarium ni,mmg boleh percaya la cerita tu.memang lincah ikan ni.dalam gambar nampak mcm kecik tapi sebenarnya lebih besar dari peha org gemuk.

 Selain ikan cantik,ada gak ikan huduh.
 Diakhir journey,ada mini pawagam yg skrinnya adalah akuarium besar.Saiz akuariumnya sama mcm size skrin pawagam.tempat duduk mcm pawagam juga disediakan.kepada pemina ikan yg suka spend masa lama depan akuarium,mmg best la dok kat mini pawagam nih.Mcm2 hidupan marin ada dlm.Ada yg big size dan ada juga kecik.Menggambarkan hidupan marin yg sebenar kat laut dalam.
 Antara tarikan dalam akuarium besar ni adalah penyu besar.Ada lebih kurang 5 ekor dm ni.Penyu besar ni ada paruh mcm burung.Tenang rasany bila tengok dia berenang.Seolah2 terbang mcm burung juga.


Diluarnya ada taman.Kita boleh beli makan ikan dan bagi ikan2 tu makan.Taman pun cantik utk bergambar.
Penambahbaikan yg perlu utk akuarium Pulau Pinang ni adalah pada aircon.Ada sesetengah tempat,mmg rasa panas dan sesak nafas.

Wedding Photography by NZRPhoto http://nzrphoto.blogspot.com

1 ulasan:

  1. going to penang next week , tak pernah cuba walaupun dulu asal png

    BalasPadam