Jumaat, 8 April 2022

Senarai hukuman kat sekolah yang budak pernah kena


 Setiap orang mesti ada kenangan manis di sekolah termasuklah kenangan kena denda. Kali ni kita dah tengok apakah jenis hukuman yang pernah ada di sekolah di Malaysia.  Mungkin hukuman yang disebutkan di sini pernah kita ataupun kawan kita alami di sekolah.

Senarai hukuman yang pernah ada kat sekolah 

"Berdiri atas kerusi, jalan itik, ketuk ketampi, cabut kemuncup kat padang, cuci tandas, junjung buku, rotan."
" Sembahyang atas stage,"
"Jadi tukang kebun, baca Yassin guna MIC"
"Naikkan bendera"
"Kena cubit"
"Digantung sekolah, junjung kerusi atas kepala"
"Bawa kad gantung kat leher dan pusing sekolah, berdiri kat luar kelas, kena gantung tong sampah kat belakang, kena baling pemadam papan hitam, berdiri kat tapak perhimpunan waktu rehat, rotan di khalayak ramai"
"Kena pakai kain pelikat atau batik, berlari dalam hujan, polis datang ambil, kena sumbat mulut dengan kertas."
" Kena kerat seluar, penampar"
Ketuk ketampi, sebat, rotan kat tapak kaki, ketuk kuku
"Potong sideburn, gantung kasut kat tengkuk, ikat necktie dengan kawan"
"Tarik sideburn"
"Dipaksa kentut"
"Buka baju lari keliling padang, gunting rambut"

Namun hebat abang kat atas ni sebab boleh jadi kawan dengan cikgu yg gunting rambut dia. 

 Ada hukuman yang saya tak senarai lagi? sila tuliskan di ruangan komen

Patutkah kelas murid diasingkan mengikut kemampuan

 Topik samada pelajar harus diasingkan mengikut kemampuan ataupun tidak adalah satu topik yang tidak berkesudahan. kali ini mari kita tengok apa komen-komen daripada netizen tentang topik penting ini.
" murid yang laju ni bila dah siap kerja sekolah dia akan kacau kawan yang lain."

" zaman PKP ni makin banyak budak ketinggalan dan pelajar haruslah diajar mengikut kemampuan masing-masing"
" cikgu yang mengajar kelas belakang bukan semuanya nak mengajar sungguh-sungguh pun.."
 "kelas campur ni sesuai hanya untuk di sekolah yang kurang murid sahaja"
 "cikgu yang nak pencen dihantar untuk mengajar kelas belakang, cikgu yang hebat pula dihantar untuk mengajar di kelas depan."

 cuma pendapat saya ada cikgu yang dah nak pencen ini dihantar berdasarkan pengalaman sebenarnya 


" kelas campur ni bukan Hanya memberi kesan kepada Cikgu Sshaja tetapi kepada murid juga"

' ibubapa tak sepatutnya risau anak masuk kelas mana sekalipun"

 "arahan untuk tidak membeza-bezakan kelas adalah datang daripada komen ibu bapa juga"

" Kementerian Pendidikan tidak seharusnya melarang kelas campur ni hanya berdasarkan komen daripada ibubapa sahaja"

" murid yang cepat faham mungkin bosan bila mendengar cikgu mengulang benda yang sama  berulang bali dan pelajar yang lambat pula akan berasa stress bila cikgu mengajar terlalu cepat"
" jika kita mempunyai ramai anak di rumah,kita pun mesti tahu yang cara ajar setiap anak tidak sama"

 "Kementerian Pendidikan seharusnya tidak mendengar komen-komen ibu-bapa yang hanya suka mengkritik dan akhirnya cikgu dan anak murid pula yang jadi mangsa"

 saya sendiri menyokong untuk kelas diasingkan mengikut kemampuan pelajar Sebab saya sendiri pun pernah mengalami situasi yang sama. saya pernah duduk di kelas paling depan dan juga pernah duduk di kelas yang paling belakang. Saya pernah duduk di kelas paling belakang untuk subjek matematik tambahan semasa di tingkatan 5. Saya diajar oleh cikgu yang juga penulis buku teks matematik tambahan tingkatan 5 yang  digunakan pada tahun 95. Bayangkanlah master sifu add math yg buat buku teks yg ajar kami. Muka dia pun ada kat belakang buku teks tu. 

Namun kami faham tugas beliau bukanlah untuk buat magic dari bakal gagal sampai boleh dapat A1 SPM. Kami faham yang matlamat utama kelas kami hanyalah untuk lulus SPM dalam mata pelajaran tersebut manakala matlamat untuk pelajar kelas depan pula mestilah untuk mendapat A1. Kami Okey dengan matlamat itu sebab kami tahu kemampuan kami. Maka cikgu pun hanya tumpukan 2 atau 3 bab awal yang senang saja berbanding semua bab dalam buku yg kelas depan buat. Paling tidak dengan hanya menjawab soalan dari bab awal dengan betul pun membolehkan kami lulus subjek tersebut.

Anda pula bagaimana ? sila tulis di ruangan komen

Selasa, 5 April 2022

Nostalgia: Kartun Kegemaran budak 80an dan 90an

 Zaman kanak-kanak dan zaman yang tak boleh dilupakan oleh setiap orang. kali ni saya nak bawa anda untuk melihat senarai kartun kegemaran ramai yg disiarkan setiap petang pada era 80an dan 90-an.

Thundercats
 ThunderCats mengisahkan Lion-O, serta Cheetara, Panthro, Tygra, "ThunderKittens" WilyKit dan WilyKat, dan Jaga(roh mentor ala obi wan Kenobi)

 Bersama-sama, ThunderCats dan penduduk asli Third Earth yang mesra membina "Cat's Lair", rumah dan ibu pejabat baharu mereka, tetapi tidak lama kemudian, Mutants telah menjejaki mereka hingga ke Third Earth. Pencerobohan kedua-dua bangsa asing ini ke atas dunia tidak disedari, walau bagaimanapun; ahli sihir mumia, Mumm-Ra, merekrut Mutants untuk membantunya dalam kempennya untuk memperoleh Eye of Thundera dan memusnahkan ThunderCats supaya kejahatannya mungkin terus menguasai Bumi Ketiga.


G Force
Dalam rancangan ini, lima remaja yang berani — Ace Goodheart, Dirk Daring, Agatha June, Pee Wee dan Hoot Owl bertarung dengan alien Galactor dan Computor untuk mempertahankan Bumi.

Mask
M.A.S.K. (akronim untuk Mobile Armored Strike Kommand) ialah pasukan petugas khas yang diketuai oleh Matt Trakker, yang mengendalikan kenderaan berperisai mengubah dalam pertempuran berterusan mereka menentang organisasi jenayah V.E.N.O.M. (singkatan untuk Vicious Evil Network of Mayhem) dengan menggunakan kenderaan canggih yang boleh berubah fungsi  oleh watak kedua-dua puak.

 Matlamat utama V.E.N.O.M. ialah mendapatkan wang melalui sama ada rompakan, peras ugut, pemalsuan, penculikan atau cubaan mencuri artifak sejarah, tetapi M.A.S.K. sentiasa mencari jalan untuk menggagalkan rancangan mereka.

Kereta boleh terbang, motor menjadi helicopter ( condor), Bruce Sato, helicopter jadi kapal terbang adalah antara memori yang terpahat dalam minda budak-budak zaman tu.

Disiarkan dari 1986 ke 1987 dan iklan mainan Mask juga sering disiarkan.

He-Man
Apabila memegang Pedang Kuasa ajaib dan mengucapkan kata-kata "Dengan kuasa Grayskull," Putera Adam berubah menjadi hero kuat Eternia, He-Man. Bersama sekutu rapatnya, Battle Cat (yang mengalami perubahan serupa daripada menjadi harimau peliharaan Adam yang pengecut Cringer), The Sorceress, Teela, Man-At-Arms dan Orko, He-Man menggunakan kuasanya untuk mempertahankan Eternia daripada kuasa jahat Skeletor. Matlamat utama Skeletor adalah untuk menakluki kubu misteri Castle Grayskull, dari mana He-Man mendapat kuasanya. Jika berjaya, Skeletor akan mempunyai kuasa yang cukup untuk memerintah seluruh Eternia dan mungkin seluruh alam semesta.

Selepas tu ada satu lagi siri kartun yg mempunyai kesinambungan dengan Herman tetapi dalam versi perempuan iaitu She-Ra


Visionaries
Visionaries mengisahkan kesatria yang terbahagi kepada dua puak: Kesatria Spektral yang heroik dan Penguasa Kegelapan yang jahat. Visionaries yang ingin mendapatkan penggunaan sihir dijemput ke pertandingan oleh ahli sihir Merklynn. Selepas menewaskan perangkap, makhluk berbahaya, dan berlawan satu sama lain, mereka yang terselamat diberi ganjaran dengan totem haiwan unik yang dilekatkan pada pelindung dada perisai mereka; azimat ini adalah berdasarkan sifat individu pembawa sambil membolehkan mereka berubah menjadi makhluk khusus mereka. Seronok bila tengok orang boleh jadi singa, helang, serigala dan sebagainya.

Voltron
Siri ini memfokuskan kepada lima robot singa dan juruterbangnya semasa mereka mempertahankan galaksi dan planet Arus terhadap kuasa jahat Raja Zarkon dan Putera Lotor dari planet Doom. Keterujaan setiap siri muncul apabila 5 singa bergabung menjadi robot. Berapa kali ulang pun tetap hebat.


Toriton

Transformers
Siri ini memfokuskan kepada Transformers, berpecah kepada dua puak yang berperang: Autobots yang heroik dan Decepticons yang jahat ketika mereka terhempas di Bumi dan meneruskan konflik mereka. Robot yg mampu berubah kepada kenderaan dan ada juga alatan seperti radio.


Ninja Turtles
Teenage Mutant Ninja Turtles terhasil apabila empat anak penyu terdedah kepada radioaktif, mengubahnya menjadi humanoid. Mereka memerangi kejahatan di New York City, di mana mereka tinggal di pembetung bersama Master mereka iaitu Splinter( tikus). Watak antagonis dalam kartun ini adalah Shredder, Bebop, Rock steady, Krang, dan lain lain.


Doraemon
Nobita Nobi ialah budak sekolah berumur sepuluh tahun yang baik hati dan jujur ​​tetapi juga pemalas, tidak bernasib baik dan lemah dari segi fizikal. Dia sering dibuli oleh Takeshi Goda (digelar Giant), seorang pembuli yang pemarah, dan Suneo Honekawa, seorang budak kaya dan manja yang menggunakan persahabatannya dengan Giant untuk memenangi rasa hormat rakan sekolah yang lain. Satu-satunya impian Nobita untuk mengahwini Shizuka Minamoto, rakan dan rakan sekelasnya, terhalang oleh kehadiran Hidetoshi Dekisugi, seorang pelajar pintar yang memberikan daya tarikan yang kuat kepadanya.

 Nobita sentiasa ditegur kerana grednya yang lemah oleh guru dan ibu bapanya, Tamako dan Nobisuke, yang cuba menggalakkannya untuk berbuat lebih banyak dan bertanggungjawab. Walaupun begitu, dia terus mengalami kegagalan, termasuk tidak diterima masuk ke universiti; menubuhkan perniagaan yang akhirnya terbakar, membawa keluarga masa depannya ke dalam hutang dan kemiskinan; dan bukan untuk mengahwini Shizuka yang dia cintai, tetapi adik Giant, Jaiko. Cucu Nobita dari abad ke-22, Sewashi Nobi, memutuskan untuk menghantar seekor robot kucing bernama Doraemon kembali ke masa lalu untuk menjaganya, supaya keturunannya boleh mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Doraemon mempunyai kantung empat dimensi di mana dia menyimpan alat yang tidak dijangka yang dia gunakan untuk membantu Nobita. Alat ini membantu Nobita mengatasi masalah, memperbaiki hubungan dengan ibu bapa dan rakan-rakannya.

 Doraemon cepat berkawan dengan Nobita dan sangat bertimbang rasa terhadapnya: dia menyokong Nobita semasa kesukaran, tetapi juga cuba mengelak gajetnya digunakan secara melulu, menjadikan masalah lebih teruk daripada awalnya. Nobita, walaupun kadang-kadang melakukan kesilapan, masih berjaya menyelesaikan masalahnya dengan bantuan Doraemon, melakukan perkara yang betul dan belajar pelajarannya, akhirnya membuatkan dia boleh berkahwin dengan Shizuka. 

Semasa belajar di Jepun di tahun 90an saya sempat layan Doraemon. Disana ianya ditayangkan pada pukul 7:30pm sama seperti Malaysia.

Silverhawks
Anggota polis bionik Komander Stargazer merekrut SilverHawks, wira yang "sebahagian daripada logam, sebahagiannya manusia," untuk melawan Mon*Star yang jahat. Menyertai Mon*Star dalam kejahatannya ialah kumpulan perusuh antara galaksi: Yes-man yang seperti ular, Buzz-Saw bersenjatakan pisau, Mumbo-Jumbo berkepala "lembu jantan", pengawal cuaca Windhammer, pengubah bentuk Mo-Lec-U-Lar, robotik card shark Poker-Face.

 Quicksilver mengetuai SilverHawks, dengan teman burung logamnya TallyHawk di sisinya. Kembar Emily dan Will Hart menjadi Steelheart dan Steelwill. Badan bionik mereka dilindungi oleh perisai logam dan hanya mendedahkan muka dan lengan, perisai itu dilengkapi dengan topeng pelindung retractile, pendorong sayap retractile di bawah lengan (kecuali Bluegrass) pada siku, dan laser- senjata di atas badan. 

 Siri ini berkait rapat dengan ThunderCats, berkongsi syarikat produksi yang sama, gaya jalan cerita yang sama dan pelakon suara yang hampir sama. Mon*Star, penjahat utama, mempunyai suara yang serupa dengan Mumm-Ra, penjahat utama ThunderCats.


Saber Rider and the star Sherif
Siri ini ditetapkan pada masa hadapan yang jauh. Manusia telah merebak melampaui kehidupan di Bumi dan telah menjajah planet-planet di seluruh alam semesta. Untuk melindungi peneroka baharu ini dan mengekalkan undang-undang serta ketenteraman di New Frontier, Earth’s Cavalry Command diwujudkan. Dalam Saber rider ada unit koperasi khas yang dikenali sebagai Star Sheriff yang berfungsi menyiasat sebarang jenayah dan plot yang mengancam keselamatan Dunia baru.

 Musuh utama Saber rider dan Star Sherif ialah kaum makhluk bukan manusia yang dikenali sebagai Makhluk Wap (juga kadangkala dipanggil Outriders) yang telah melompat ke dalam dimensi kita untuk menaklukinya. Mereka menyerang Peneroka, memusnahkan penempatan, dan menculik manusia untuk melombong pelbagai logam atau kristal dari tanah pelbagai planet.

 Outriders lebih kuat daripada manusia dalam teknologi pertempuran. Mereka mengawal sekumpulan robot gergasi ("Renegade Units") dengan senjata yang jauh lebih hebat. Sebagai tindak balas kepada ancaman Outriders, Cavalry Command membangunkan prototaip kapal angkasa yang dikenali sebagai "Ramrod Equalizer Unit" (atau ringkasnya Ramrod) yang mempunyai keupayaan untuk berubah daripada kapal angkasa menjadi robot berkuasa yang boleh melawan Unit Renegade Outriders.


Inspector Gadget
Rancangan ini berkisar tentang pengembaraan seorang detektif pelik dan kurang bijak bernama Inspektor Gadjet—seorang manusia cyborg dengan pelbagai alat bionik terbina dalam tubuhnya—yang dihantar dalam misi untuk menggagalkan rancangan oleh musuhnya Dr. Claw, ketua kejahatan organisasi yang dikenali sebagai "MAD".

The Smurfs
The Smurfs ialah francais komik  Belgium yang berpusat pada koloni fiksyen makhluk kecil, biru, humanoid yang tinggal di rumah berbentuk cendawan di dalam hutan. Smurfs mula-mula dicipta dan diperkenalkan sebagai satu siri watak komik oleh artis komik Belgium Peyo (nama pena Pierre Culliford) pada tahun 1958, yang mana mereka dikenali sebagai Les Schtroumpfs. Terdapat lebih daripada 100 watak Smurf, dan nama mereka berdasarkan kata sifat yang menekankan ciri-ciri mereka. Musuh mereka adalah Gargamel dan kucingnya.


Ada yang tertinggal? Boleh tulis diruang komen 

Isnin, 4 April 2022

Apa cara terbaik nak minta kawan bayar hutang

Umum kita ketahui bahawa bukan senang untuk kita menuntut hutang. Masa mula kawan tu minta mungkin macam macam janji yg ditaburkan tapi bila dah dapat duit kita, masa tu baru tahu betapa susahnya nak dapat balik.


Antara yang selalu digunakan peminjam sebelum meminjam adalah seperti berikut 
1-dapat gaji saya bayar
2-tunggu hujung bulan
3- kau la kawan aku dunia akhirat...jika kita bagi pinjam la


 Akhirnya kita pula seperti mengemis duit sendiri. Baru baru saya ada buat survey cara cara untuk dapatkan duit kembali dari kawan yang berhutang dengan kita dan ramai yang memberi sambutan dari segi idea dan ramai juga nak tahu.

Langkah pertama semestinya jumpa secara berdepan. Semestinya yg pinjam dari kita tu adalah kenalan rapat kita. Cakap elok dsb tapi saya rasa mungkin bukan ini jawapan yg diinginkan oleh orang ramai. Sebab kalau senang dapat tak perlu saya tulis panjang.

Kalau langkah diatas tak berjaya, maka kita boleh lah hantar mesej sampai penerima muak ataupun akhirnya blok kita.

Kemudian doa kepada Allah moga diberi kesenangan kepada peminjam untuk keluar dari kesusahan dan dipermudahkan peminjam untuk pulangkan duit dengan segera.

Mari kita tengok apa cadangan netizen.



Rata rata cadangan adalah lucu tapi boleh dijadikan idea. Apa pun unsur unsur yg bertentangan dengan ajaran Islam haruslah dijauhkan. Takat sebagai hiburan sahaja boleh lah.

Namun saya tertarik dengan cadangan diatas ni sebab nampak berilmiah. Selidik punya selidik saya jumpa info ni.



Untuk membuat Saman Tuntutan Kecil di mahkamah, yg bagi hutang masih perlu keluarkan duit. Namun kosnya kurang sikit sebab tak guna peguam. Kalau nasib baik boleh dapat balik duit walaupun secara ansuran. Ataupun barangan penghutang boleh kena sita dan dijual. 

Antara perkara yang boleh dituntut adalah seperti berikut :-

1. Hutang

2. Barang Rosak

3. Sewaan

4. Tuntutan perkhidmatan yang tidak dibayar termasuk gaji dari majikan 

Namun saya tak pasti pula apa caranya jika penghutang menghilangkan diri. Nak cari orang hilang atau penjenayah bukannya senang kan? Sebab dari penerangan di link seolah olah kita perlu serahkan notis pembelaan secara serahan tangan ataupun pos. Lainlah kalau pihak berkuasa yang carikan orang yang berhutang tu.

Viral... kalau dah buat macam macam pun tak jalan, mungkin viral adalah jalan seterusnya. Tapi kenalah ada bukti dsb takut nanti tak pasal pula kena saman. Tak pun netizen pula yg kecam balik. Apa pun kadang kala viral pun tak dapat duit juga.

Ada juga cadangan supaya kita dapatkan cagaran terlebih dahulu sebelum bagi pinjam. Cara perlaksanaannya terpulang kepada masing-masing.


Moga bermanfaat