Rabu, 11 September 2019

Trip to Singapore 2018


#singapore trip #jalan jalan #bajet #itenerary





Kami bertolak dari Melaka pada pukul 8am dan tiba di Jb dalam 11:30pm. Plan asal kami nak cari hotel murah di Singapore tapi macam tak berbaloi je. Budget hotel di Singapore kalau ada pun, kami akan hadapi masalah parking. Kebetulan banyak juga hotel yang murah di sekitar Johor Bharu ni dan Baguss hotel adalah salah satu darinya. Hotel kami tempah melalui agoda sahaja.  Baguss hotel ni dari luar macam bangunan tak siap dan agak menyeramkan. Tapi dalam bilik selesa.  Dari hotel, kami cari tempat untuk makan tengah hari. Nak juga cari Johor Bharu local food kan? Akhirnya kami jumpa restoran yang ramai orang  iaitu Zainal's place.  Asam pedas sini memang sedap sampaikan saya tambah kuah.  Cuma bagi kami orang penang yg makan tengah hari biasanya hanya myr15 untuk satu family,  bila kena myr60 tu memang terkejut.  











Selepas makan kami membuat tukaran wang Malaysia Ringgit(MYR) ke Singapore Dollar(SGD) di Shekeen money changer yang terletak di Plaza Pelangi. Kadar tukaran OK la juga setanding dengan rate di money changer lain. Kemudian kami bergerak ke immigration JB dan mengambil masa hampir 2.5jam untuk selesai semua urusan di Woodlands immigration check point. Untuk bawa kereta masuk ke singapore,  anda perlu membawa salinan geran dan insurans. Anda perlu isi borang untuk apply autopass selepas anda pass through immigration officer . Autopass adalah wajib dan denda maksimum SGD1000 jika anda tidak mempunyai autopass. Kalau tak mahu pening kepala, parking kereta di JB dan naik kenderaan awam seperti Mass Rapid Transit(MRT)  di dalam Singapore.   So bila dah settle semua tu " what to do in Singapore?". Port pertama kami adalah Gardens by the Bay. Singapore Gardens by the Bay sebenarnya berdekatan dengan Marina Bay Sands. 



 Singapore Gardens by the Bay ni ada kawasan free dan ada kawasan yang kena ticket. Kami diberitahu oleh information centre yang lampu akan dinyalakan pada 7:30pm dan kawasan Singapore Gardens by the Bay ni akan lebih menarik pada waktu itu.So kami decide untuk ke tempat lain dan datang kemudian pada 7:30pm.



Kami decide untuk ke merlion dan meluangkan masa di hadapan marina bay sands sambil menikmati panorama indah sebuah bandar yang moden. Kami parking kereta di fullerton hotel kerana ia paling berdekatan dengan merlion. Kami luangkan masa lebih kurang 1 jam di sini dan parking fee yang dikenakan adalah SGD6!







Sudah hampir 7pm dan kami pun terus ke garden by the bay. Kami ke flower dome tapi cuma di bahagian luar sahaja. Macam gambar di bawah.



Kemudian kami ke tarikan utama di garden by the bay ni iaitu kawasan yang feeling dia sama macam berada di planet avatar. Memang amazing tempat ni.











Kami pulang ke JB untuk makan malam dan kami lega sebab  urusan di imigresen cuma mengambil masa setengah jam sahaja. Kami makan malam di ZZ sup tulang sebab ramai yang rekomen tempat ni di Google. Tapi kami rasa sedikit kecewa sebab rasanya taklah sesedap seperti yang diperkatakan. Harganya munasabah dan secara keseluruhan kami puas hati tahap 3.5 bintang.





Esoknya kami masuk singapore lagi. Kali ini kami mengambil masa selama 1 jam untuk melepasi kedua dua imigresen. Oleh kerana kami tak yakin yang baki kredit autopass kanu cukup untuk hari ini,  maka kami pun top up autopass di 7 eleven yang terdekat di imigresen Woodlands. Kebetulan saya pernah tinggal di salah satu flat disini semasa bapa saya bekerja di tldm.  Dulu TLDM berpangkalan di singapore sebelum ianya berpindah ke Lumut. Saya bawa anak2 untuk merasakan sedikit pengalaman saya tinggal di flat singapore. Memang bersih dan terurus.




















Lepas topup autopass,  kami ke zoo singapore yang terletak lebih kurang 7km sahaja dari sempadan. Kami tiba pada 11am dan terdapat banyak parking disini. Parking rate disini  adalah maksimum SGD10. 


kami tempah tiket zoo dari awal melalui klook. Klook adalah booking agent yg membolehkan anda menempah tiket banyak tempat menarik melalui online. Harganya selalu sama atau lebih murah berbanding beli direct.Kali pertama kami menggunakan klook adalah semasa kami ke Tokyo Disneyland tahun lalu. Untuk klook,  kita tidak perlu beratur panjang. Terus ke collection note kiosk yang terletak di kanan kaunter tiket dan scan qr code online tiket anda. Kemudian anda akan dapat tiket original zoo dan kemudian cuma perlu tunjuk tiket untuk masuk. Kalau tanpa klook,  kami harus beratur panjang untuk membeli tiket. 





style="display:block"
data-ad-client="ca-pub-2807825009345194"
data-ad-slot="7179490011"
data-ad-format="auto"
data-full-width-responsive="true">


























Zoo singapore nampak lebih teratur dan ceria berbanding dengan Zoo negara. Banyak juga binatang pelik yang zoo singapore ada tapi zoo negara tak ada.















Facility sini juga lebih bagus berbanding zoo negara. Kalau kawasan Australia, bangunan juga mempunyai ciri ciri Australia. Kalau kawasan Afrika,  bukan setakat bangunan sahaja malah perhiasan ciri ciri Afrika pun ada.















































Disini kami makan di kfc yang terletak di dalam zoo.  Tempatnya tersorok sedikit dan ada banyak ruang berbanding kfc yang terletak berdekatan dengan pinty masuk.  Kfc di pintu masuk selalunya ramai dengan orang sampai tak ada tempat duduk di waktu puncak makan tengah hari. Harga kfc di sini adalah sgd 10.50 untuk set 3 ketul ayam.































































































Selepas hampir di penghujung waktu tutup kami pun keluar dari zoo dan menghala ke pusat bandar untuk menghabiskan masa di sana. Ianya lebih bagus dari menghabiskan masa di imigresen dan kebetulan hari itu adalah hari bekerja.  Tentu ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura balik masa tu. Kami ke orchard road dan dari Google,  kami kami dapat informasi yang parking di far east plaza adalah yang termurah di sekitar orchard road. Bayaran adalah sgd3.50 selepas 5pm untuk sekali masuk.



























Kami banyak meluangkan masa di ION orchard sebab tertarik dengan bangunan itu. Selepas belanja anak2 ais krim,  kami pun pulang ke JB.



Sampai sahaja di JB,  kami terus ke Bazar Karat sebab ramai orang JB yang rekomen tempat ini. Katanya makan kat sini sedap.  Namun kami hampa disini seban makanan di sini tak sedap dan mahal pula tu. Nasi goreng biasa yang sepatutnya myr4.50~myr5 pun dijual myr8 disini. Namun yang best disini bagi saya ialah busking yang menampilkan bakat2 hebat dari JB. Kami pulang ke hotel selepas jam 12am.















Itulah serba sedikit cerita dan tips dari kami untuk tatapan pembaca blog ini. Harap serba sedikit informasi disini membantu anda dalam rancangan percutian andabke Singapura. Kami tak ke universal studio sebab dengan anak2 yang kecil,  permainan yang kami boleh main adalah terhad. Mungkin tunggu mereka besar sedikit atau terus ke universal studio osaka.