Khamis, 13 September 2018

Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau, Perak







Memang sedap Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau ni. Asalnya saya pergi Kuala Kurau untuk makan Cik Aya Laksa Ketam yang famous tu tapi tutup la pulak. Masa tu hari Rabu 12pm. Puas saya pusing area situ dan akhirnya ada makcik tepi jalan rekomenkan saya pergi ke Mee Udang Parit 30 ni. " Adik pergi kat jambatan kecil  nanti nampak sign board dan jalan kecik ke restoran tu." Asalnya saya mcm malas juga sebab jalannya kecil jauh masuk ke dalam. Nanti penat je jalan, tapi tak sedap. Tapi bila dah pekena sekali mee ketamnya, saya boleh order 1 lagi mee udang! sedapnya tak tau nak cakap dan better anda datang kesini untuk mencubanya. Mesti resepi tradisional turun temurun ni.Kedai ni dibuka 11am~10pm. Suasana pun aman disini. Oleh kerena ini adalah jeti nelayan, ramai pekerja2 hasil laut berkumpul disini dan sernok juga dengar mereka bersembang tentang hasil laut.
















Mee Ketam ni MYR15 harganya.






Ada akak sedang memproses hasil laut.


















Mee Udang ni MYR5 sahaja
























Location: Kg. Batu 14,Kuala Kurau( GPS: 5.009495, 100.407382)


Speciality: Mee Udang & Mee Ketam


budget: around MYR5~25


Operation time: 11am~10pm


capacity:100 person(estimate)


toilet:provided


parking:provided



Entertainment: radio


Untuk tempahan, sila contact 0125873844.




#Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau, Perak

Sabtu, 8 September 2018

Hari Terbuka TUDM Butterworth Pulau Pinang 2018


8 September 2018, Butterworth: Kami dapat info mengenai acara ini dari awal melalui FB dan kami memang menantikan hari ni sejak kami tinggal di Butterworth. Kami bertolak dari rumah pada 8:30am dan tiba pada 9:00am. Lokasi TUDM dekat sahaja dengan rumah kami dan sepatutnya mengambil masa kurang dari 10 min tapi oleh kerana traffic yang sesak dari biasa. kami tiba agak lewat. Parking juga sukar dan kami bernasib baik mendapat parking yang terletak lebih kurang 400m dari pintu masuk. Parking hanya di tepi jalan. Ada yang paking kereta sejauh 1.5km dari pintu masuk!Bila dah sampai, semua pengunjung perlu melalui proses imbasan sebelum masuk.













 Didalamnya terdapat pelbagai gerai yang saya anggarkan lebih 80 gerai semuanya. Selain makanan yang terdapat dipasar malam, ada juga gerai2 celcom, coway, cwa dan booth TUDM sendiri.



 Selain dari pameran aset2 TUDM, juga terdapat pertunjukan udara yang amat menarik untuk pengunjung. Acara terbahagi kepada











 Pada acara ini ramai ibu bapa yang hilang anak. Mungkin sebab ibubapa dok sibuk tengok atas sampai terlupa nak tengok bawah(anak)



















































Lebih kurang 40 ribu pengunjung telah membanjiri TUDM pada kali ini dan ratanya puas hati dengan acara ni. Alhamdulillah cuaca juga baik pada hari ini walaupun cuaca mendung dan kadang kala hujan. Harap acara ini dijadikan acara wajib setiap tahun.





#Hari Terbuka TUDM Butterworth Pulau Pinang 2018