Memang sedap Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau ni. Asalnya saya pergi Kuala Kurau untuk makan Cik Aya Laksa Ketam yang famous tu tapi tutup la pulak. Masa tu hari Rabu 12pm. Puas saya pusing area situ dan akhirnya ada makcik tepi jalan rekomenkan saya pergi ke Mee Udang Parit 30 ni. " Adik pergi kat jambatan kecil nanti nampak sign board dan jalan kecik ke restoran tu." Asalnya saya mcm malas juga sebab jalannya kecil jauh masuk ke dalam. Nanti penat je jalan, tapi tak sedap. Tapi bila dah pekena sekali mee ketamnya, saya boleh order 1 lagi mee udang! sedapnya tak tau nak cakap dan better anda datang kesini untuk mencubanya. Mesti resepi tradisional turun temurun ni.Kedai ni dibuka 11am~10pm. Suasana pun aman disini. Oleh kerena ini adalah jeti nelayan, ramai pekerja2 hasil laut berkumpul disini dan sernok juga dengar mereka bersembang tentang hasil laut.
Mee Ketam ni MYR15 harganya. |
Ada akak sedang memproses hasil laut. |
Mee Udang ni MYR5 sahaja |
Location: Kg. Batu 14,Kuala Kurau( GPS: 5.009495, 100.407382)
Speciality: Mee Udang & Mee Ketam
budget: around MYR5~25
Operation time: 11am~10pm
capacity:100 person(estimate)
toilet:provided
parking:provided
Entertainment: radio
Untuk tempahan, sila contact 0125873844.
#Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau, Perak