#penang food #sedap #delicious #best #terbaik #western
Nak cari makanan atau masakan western? Sebenarnya saya kurang berminat dengan masakan western. Berbanding dengan isteri saya yang gemar dengan masakan western dan sering keluar makan dengan jiran2. Kebetulan satu hari isteri saya bawa balik mushroom soup dan suruh kami anak beranak rasa. Mmg rasanya terbaik. Mushroom nya mmg betul 2 rasa seolah2 semuanya disediakan oleh chef dari raw hanya untuk kami. Kemudian diajak pula kami untuk mencuba pelbagai lagi menu yang terdapat di restoran ini.
Location: taman sungai dua utama, Butterworth Penang.
Speciality:Western
budget: around MYR70 for 4 person
Operation time: 4pm~12pm
capacity:70 person
childseat:provided
toilet:provided
parking:provided
Entertainment: tv
My good comment: sebenarnya saya pernah makan western di salah sebuah restoran terkenal di Germany yang ada bintang Michelin dan Michael Jackson serta ramai lagi artis terkenal makan disitu.Tapi dari segi kesedapan, memang tempat ni champion pada saya. Harga pun amat berpatutan. Really nice food!!
Harga minuman sama dengan kedai mamak tapi gelas sini lagi besar.
Mushroom soup sini mmg sedap tahap gaban. Memang rasa betul cendawan nya.
1st time makan Carbonara dan terus terpikat.
Habis areef kerjakan. Kombinasi kuah dan daging hiris nya memang menjadi.
Lamb chop. Kuantiti lamb yang banyak dan side dish nya yang pelbagai.
Sama macam lamb chop tapi ini adalah chicken grill.
Nasi goreng ni memang special. Disamping ada keropok macam popadam, udang , sup, sayur yg atasnya ada Mcm ayam( mmg kami tak dapat agak); nasinya jugaa ada telur, kismis dan pelbagai lagi bahan yang kami tak dapat teka.
Gabungan resepi terbaik and really nice food di Utara!!