Sempena harijadi Ameer & Areef tahun ni, kami ke Lost World of Tambun, Ipoh. Keputusan dibuat setelah bermacam blog saya survey nak compare antara Lost World of Tambun dengan Bukit Merah laketown Resort. Pertama nak tahu berapa harga tiket masuk. Kami beli online je sebab katanya kat situ ada diskaun. Mmg ada diskaun tapi tak la banyak. So harga tiket masuk memalui online selepas GST adalah MYR50.4 untuk dewasa dan MYR44.07 untuk kanak2. Sekali fikir mmg mahal. Tapi kalau nak dibandingkan naik gajah kat Hatyai pun MYR60 sorang hanya utk 20~30 min baik lagi Lost World yg boleh enjoy berjam2.
Officially tiket ini adalah untuk sekali masuk. So make sure barang yg diperlukan dibawa masuk ke dalam Lost World ni. Parking kereta disediakan dgn bayaran MYR1 untuk sekali masuk. Security juga disediakan. Parking bukan masalah besar kat sini.
Selepas masuk kita akan dapat tag yg perlu dilekat kat tangan. Kemudian kita akan melalui check point utk check beg. Makanan adalah dilarang. Seeloknya makan tengah hari puas2 dekat luar dan kemudian baru masuk ke Lost World ni. Air mineral boleh dibawa masuk. Sebelum masuk kami dah beli 2 botol mineral besar letak dlm bag. Mungkin officially air pun tak boleh tapi pekerja dia tutup sebelah mata saja.
lepas settle semua check point, maka sampai lah kami ke dalam Lost World.
Mula2 kami pergi main permainan yg tak basah contohnya mcm naik kuda, swan lake, roller coaster, tour train, petting zoo, rumah hantu dsb.
|
merak ni dilepaskan dan jalan merata2 dlm theme park ni. |
Lepas spent lebih kurang 2 jam jalan2 theme park ni, kami pun start tukar pakaian untuk mandi. Untuk pakaian pula, theme park ni tak strict sgt. Boleh tengok gambar2 dibawah ni.
Bila dah berendam tu mestilah lapar. Dalam ni pun ada dijual makanan tapi harganya basically 2 jali ganda dari luar. Contohnya mee kari ni harganya MYR8. Tapi dalamnya ada udang besar dan sedapnya mmg jauh mengalahkan Mee Kari yg dikatan legend kat tgh bandar ipoh tu.
Terdapat pelbagai jenis kolam disediakan . Ada yg untuk kanak2, ada untuk dewasa, ada untuk family dan ada juga untuk ekstrim.
Ada medan selera berdekatan dengan kolam untuk kanak2. So mak bapak boleh tengok anak main2 kat dalam kolam tu sambil makan. Makanan kat sini pun sedap2 belaka cuma harganya 2 kali ganda dari luar. Contohnya mcm cendol kat dalam gambar ni, rasanya mmg superb. Harganya MYR4.50.
Kebetulan masa kami masuk sini time Halloween. hantu la sgt tapi bagi saya biasa biasa je. Ada persembahan depan kolam dan kelihatan budak2 besar enjoy dgn persembahan diorang.
Setelah hampir 3 jam berendam dlm air sampai mata pun dah merah, kami pun balik. Kol 5 adalah waktu sesuai untuk balik. Kalau tak jam dlm bilik persalinan. Bilik persalinan rasanya mampu menampung lebih kurang 100~200 org shj.
Kesimpulannya Lost World mmg tempat yg berbaloi utk dilawati.